Jumaat, 16 Disember 2011

Waktu-waktu Mustajab Berdoa


بسم الله الرحمن الرحيم 
 
Assalamualaikum

Doa, Waktu Mustajab Berdoa, Doa Orang Soleh, Doa-doa

Sesungguhhnya doa mempunyai kekuatan dan keajaibannya yang tersendiri sehinggakan dapat menahan ketetapan Qada' dan Qadar dari Allah. Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh At-Tarmizi bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud :

"Dan sesungguhnya doa itu pemberi manfaat kepada yang telah diturunkan dan kepada yang belum diturunkan dan tidak ada yang dapat menangkis ketetapan Allah kecuali doa kerana itu berdoalah kamu"

Baginda juga pernah bersabda yang bermaksud :

"Doa adala senjata orang mukmin, tiang agama dan cahaya dari langit"

(Riwayat Abu Ya'la dan Hakim)

Jadi wajarlah setiap orang mukmin menjadikan doa sebagai senjata dan perisai dalam menghadapai dunia yang penuh dengan dugaan sama ada ditimpa musibah atau dalam kesenangan, gembira atau dukacita, bahagia atau derita, sakit atau sihat hendaklah kita selalu menggunakan "hadiah" yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. selalu iaiatu DOA.

Terdapat waktu-waktu yang mustajab (mudah diterima ) doa, antaranya ialah :

  • Selepas azan
  • Antara iqamah dan sembahyang
  • Antara 2 khutbah
  • Waktu sahur
  • 1/3 malam
  • Waktu hujan turun
  • Di tengah medan peperangan yang terlalu sengit
  • Semasa melihat kaabah
  • Ketika tawaf dan Sa'ie
  • Selepas setiap kali mendirikan sembahyang
  • Ketika berpuasa wajib atau sunat
  • Semasa dalam penderitaan atau kesusahan
  • Selepas membaca Al-Quran
  • Waktu hampir berbuka puasa
  • Semasa meminum air zamzam
  • Ketika ayam berkokok (pagi/subuh)
  • Semasa berkumpul di majlis zikir

Firman Allah yang bermaksud : 

"Dan Tuhan kamu berfirman : Berdoalah kepadaku, nescaya akan ku perkenankan doamu. Sesungguhnya orang-orang yang takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaku akan masuk ke dalam neraka jahanam dalam keadaan yang hina"
(Surah Al-Mu'min 40 : 60)



 والسلام


Syukran kerana sudi membaca

Tiada ulasan:

Catat Ulasan