بسم الله الرحمن الرحيم  
 
Assalamualaikum
Mungkin ada yang kata berblogging atau ada blog ni buang masa je kan..mungkin juga ada yang tak tau apa faedahnya ada belog  sendiri ni?  Walaupun bukan menulis secara  formal dan tidak terlalu ilmiah, tapi sebenarnya kita akan rasa puas dan nikmat bila dapat  share something dengan orang ramai terutamanya apabila dpt share sesuatu yang  bermanfaat.
Betul ke dengan berblogging kita mudah dapat pahala ?

Yela..sebagai manusia, siapa la kita nak tentukan dia dapat dosa dan dia dapat pahala. Tapi dalam Al-Quran dah digariskan perbuatan yang menyebabkan seseorang itu berbuat kebaikan atau berbuat kejahatan kan. Jadi, itu menjadi kayu pengukur kita untuk menentukan sesuatu perbuatan baik atau buruk. Habis tu, apa kaitan dengan belog?
Memang ada kaitan..setiap  perbuatan yang kita lakukan, mesti perbuatan tersebut sama ada baik atau  buruk. Bagi saya, blogging tu memang baik sebab dapat kongsi maklumat  dengan semua orang, satu dunia boleh baca. Selain tu, dapat asah  kemahiran menulis, mengarang, mencipta idea dan mengembangkan idea yang  ada.
Abes tu, yang jadi saham pahala macam mana pulak eh?
Bila kita  menulis sesuatu yang :
- Bermanfaat untuk diri, agama, masyarakat amnya.
Maksud kat atas tu memang luas, semua tu termasuklah dapat menginsafkan diri seseorang, dapat mengubah diri menjadi baik, dapat menyebarkan agama Allah dan lain-lain.  Selagi ada yang membaca dan menyebarkan apa yang kita tulis, insyaAllah  selagi itu juga saham pahala kita akan bertambah meskipun kita sudah  tiada. Mudah-mudahan. Sama juga kes nya macam jadi guru, selagi ilmu  yang kita ajar dekat seseorang itu digunakan dan diajarkan kepada orang  lain..selagi itu jugalah pahala akan terus mengalir kepada kita.
Best kan? Jadi, pilih lah..nak saham yang mana ;)
P/s : Nak buat baik memang susah kan, sebab perlukan pengorbanan dan kena sentiasa menentang arus.  Zaman sekarang ni, perkara buruk dah dipandang mulia, perkara baik dah  jadi sesuatu yang pelik. Perasan tak? Lihat dengan mata hati, baru boleh  perasan. Tapi, bagi sesiapa yang hatinya bersih, nak buat kebaikan itu  bukanlah sukar...
So, pilihan ada dihati kita..tepuklah dada, pujuklah hati yg kecil itu ye!!
Pujuklah ia dgn Iman..(^_^)
So, pilihan ada dihati kita..tepuklah dada, pujuklah hati yg kecil itu ye!!
Pujuklah ia dgn Iman..(^_^)
 والسلام

 
betul tu syarul..blog ni medan dakwah..medan u kite berkongsi dgn rakan2 kite, bukan saje rakan ttp dengan sesiape shj selagi mereka tinggal, berpijak di bumi Allah...
BalasPadam