Ahad, 11 Disember 2011

"Sampaikanlah Walaupun Satu Ayat"

24 Perkara Jangan Dilakukan



Sesungguhnya didalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yang mendatangkan keburukan kepada kita. Terdapat 24 perkara-perkara yang jangan dilakukan yang seharusnya kita ambil iktibar supaya kita dapat memuhasabah diri sendiri


1- Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh ALLAH S. W. T.

2- Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.

3- Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.

4- Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.


5- Jangan tidur selepas solat subuh, nanti rezeki mahal (kerana waktu pagi itu membuka segala pintu keberkatan)


6- Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan. Nanti makanan yang dijamah adalah dari muntah syaitan.


7- Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan atau kebaikan. Takut-takut anda mati dalam perjalanan.


8- Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.


9- Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.


10- Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dan baiknya.


11- Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.


12- Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.



13- Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Ia boleh merosakkan silaturrahim.

14- Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH S. W. T. dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.


15- Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.


16- Jangan banyak ketawa nanti jiwa mati.


17- Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang orang kepada kita.


18- Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH


19- Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.


20- Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.


21- Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makanan jin.


22- Jangan lupa membaca BISMILLARRAHMANIRAHIM dan salam ketika masuk ke rumah. Dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.


23- Jangan memakai tangkal kerana ALLAH S. W. T. tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakainya tangkai. Ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal, bukan kepadanya.



24- Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata ‘jangan’. Sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya  ALLAH S. W. T itu lebih mengetahui.

InsyaAllah smoga ia bermanfaat bt smua...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan