Khamis, 30 Jun 2011

Bidadari di Bumi itu??...Milik siapakah dia??


Bidadari adalah wanita suci yang menyenangkan dipandang mata, menyejukkan apabila dilihat, dan mententeramkan hati setiap pemiliknya. Rupanya cantik jelita, kulitnya mulus. Dia memiliki akhlak yang paling baik, perawan dan dipenuhi dengan  cinta.


Siapakah yang orang yang beruntung mendapatkannya ?
Siapa lagi kalau bukan orang-orang yang syahid kerana berjihad di jalan Allah, orang – orang yang tulus dan ikhlas membela agama Allah. Sebahagian dari kita mungkin terfikir, berpeluangkah kita untuk  berjumpa dengan bidadari – bidadari itu? Adakah layak untuk kita milikinya? Adakah diantara kalangan  mereka mendiami bumi sekarang ini?

Bidadari – bidadari itu telah turun ke bumi. Semenjak Islam mulai bangkit lagi di bumi ini. Bidadari-bidadari itu menghias diri setiap hari. Dia wujud sebagai manusia yang berhati lembut, sedap dipandang mata, menyejukkan apabila dilihat, menenteramkan hati setiap pemiliknya.
Bagaimana bidadari bumi itu?
Dia adalah wanita solehah yang menjaga kesucian dirinya. Setiap perempuan boleh menjadi bidadari.
Tetapi bagaimana ciri-cirinya?
Wanita solehah adalah wanita yang paling taat kepada Allah. Dia sentiasa menyerahkan segala urusan hidupnya kepada hukum dan syariat Allah. Dia menjadikan Al-Quran dan Al-Hadis sebagai sumber hukum dalam seluruh aspek kehidupannya. Ibadahnya baik dan memiliki akhlak serta budi peketi yang mulia.
Tidak mempnyai hobi berdusta, mengumpat  dan riya. Berbuat baik dan berbakti kepada orang tuanya. Senantiasa mendoakan ibu bapanya, menghormati mereka, menjaga dan melindungi kedua – duanya.  Dia taat kepada suaminya. Menjaga harta suaminya mendidik anak-anaknya dengan kehidupan yang islamik.
Hati akan tenang apabila meninggalkanya untuk pergi bekerja. Dia melayani suaminya dengan baik, berhias hanya untuk suaminya, pandai membangkitkan dan memotivasi suaminya untuk berjuang membela agama Allah. Dia tidak bermewah- mewah dengan dunia, tawadduk dalam bersikap sederhana. Kesabarannya luar biasa atas janji-janji Allah, dia tidak berhenti belajar untuk mencari bekal hidupnya.

Mereka sangat bermanfaat kepada orang sekitar. Pengabdiannya kepada masyarakat dan agama sangat besar. Wanita solehah  menyeru manusia kepada Allah dengan kedua tangan dan kata – katanya  yang lembut. Hatinya yang bersih, akalnya yang cerdas.
“Dan dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita sholehah”. (HR. Muslim). Dialah bidadari bumi, dialah wanita solehah yang keberadaan dirinya lebih baik dan bererti dari seluruh isi alam ini..

Subhanallah....



--> Cuba baca kejap... meh2...

Akhi nk share 1 artikel yg sgt menarik nie...moga2 kite dpt iktibar dr nya....

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ....
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah....
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? ..

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat.....
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. ..
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? ..

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. .... (kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu ....
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?

Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....

Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1... Anda - Patutke aku biarkan teks ini tetap di sini..
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal (sebarkan ini)
3. Syaitan - Tak payahlah sebuk2 biar je disini..kalo boleh delete je..


So??...tepuk dada tanya iman ye..(^____^) 
Wassalam....

Rabu, 29 Jun 2011

Peristiwa ajaib Israk dan Mikraj..


Sepanjang perjalanan israk Rasulullah S.A.W diiringi oleh malaikat Jibril dan Israfil.Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W menghadapi gangguan jin Afrit dengan api jamung yang menyaksikan peristiwa simbolik yang amat ajaib.Antaranya:

-Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka.Apabila dituai,hasil yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai.Hal ini berlaku berulang-ulang.Jibril berkata:Itulah kaum yang berjihad 'Fisabilillah' yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda.

-Tempat yang berbau harum.Jibril berkata: Itulah kubur Masyitah(penyisir rambut anak Firaun) bersama suami dan anak-anaknya.


-Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka.Setiap kali dipecahkan,kepala mereka sembuh kembali lalu dipecahkan pula.Jibril berkata:Itulah orang-orang yang berat kepalanya untuk sujud(sembahyang)

-Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka dengan secebis kain.Mereka dihalau seperti binatang ternakan.Mereka makan bara api dan batu dari neraka jahannam.Jibril berkata:Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat.

-Satu kaum,lelaki dan perempuan yang sedang memakan daging mentah busuk sedangkan daging masak ada disisi mereka.Kata Jibril:Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan masing-masing mempunyai isteri dan suami.



-Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu.Kata Jibril:Itulah orang-orang yang makan riba'.


-Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tidak terdaya memikulnya,tapi ditambah dengan kayu yang lain.Kata Jibril:Itulah orang yang tidak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah lain.

-Satu kaum yang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali.Setiap kali digunting,lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa.Kata Jibril:Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukan. 


-Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga.Kata Jibril:Itulah orang yang suka mengumpat dan menjatuhkan maruah orang lain.



-Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit.Tidak dapat dimasuki semula lubang itu.Kata Jibril:Itulah orang yang bercakap besar kemudian menyesal namun semuanya sudah terlambat.

-Seorang perempuan tua bongkok tiga yang menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu.Kata Jibril:Itulah gambaran perempuan umur dunia yang sangat tua dan menanti hari kiamat.

Isnin, 27 Jun 2011

Mehnah dan Tribulasi ..


Teringat kata-kata dari seorang sahabat.."Ujian yang Allah beri pada kita sebelum ini boleh dijadikan bekal dan kekuatan untuk kita terus berhadapan dengan ujian yang mendatang..menjadi bekalan dalam mengharungi mehnah dan tribulasi pada masa akan datang"...

Sedikit sebanyak saya dapat memahami corak kehidupan di BUMI HIJAU ini. Ternyata memang banyak mehnah dan tribul
asi yang perlu dihadapi... suasana waqi' yang betul-betul menguji iman dalam diri... ujian ukhuwah antara sahabat-sahabat... corak gerak kerja Islam..semua ni perlu di hadam dan di ambil cakna sebaiknya....

Matlamatnya adalah untuk mewujudkan bi'ah mukminin
di sini. Satu matlamat yang amat besar... perlu diteguhkan dengan keyakinan dalam diri bahawasanya Allah swt akan sentiasa bersama-sama dengan hamba-NYA yang ikhlas dalam mewakafkan diri dalam perjuangan Islam.

Alhamdulillah...memang benar..disebalik ujian yang pernah saya lalui sebelum ini Allah telah memberikan sedikit kekuatan-Nya kepada saya dalam menghadapi setiap ujian di sini..Pengalaman yang lalu menjadika
n saya lebih matang untuk mengharungi setiap mehnah dan tribulasi... Moga saya terus thabat dalam jalan juang ini..Moga Allah masih sudi meneguhkan diri saya bersama pejuang-pejuang agama-NYA.


Hadis Rasulullah s.a.w bermaksud:
"Orang mukmin sentiasa diambang lima dugaan yang susah; mukmin yang dengki padanya, munafik yang benci padanya, kafir yang memeranginya, syaitan yang menyesatkannya dan nafsu yang sering bertarung untuk mengalahkannya"
Terdapat beberapa halangan dalam dunia Islam:-
1. Perancangan mantap oleh Yahudi untuk menghancurkan Islam
-membudayakan orang-orang Islam dengan materialisme sehingga mereka sanggup menukar prinsip yang ditetapkan Allah untuk mencapai kemewahan dan memenuhi hawa nafsu.

2. Umat Islam lupa diri dan berada jauh dari nilai-nilai Islam yang sebenar
-Berpecah belah sesama sendiri
-Mengutamakan kepentingan diri lebih daripada kehendak Allah

3. Kelemahan pemikiran umat Islam.-meniru dan meminjam idea-idea asing
-prinsip berpada dengan apa yang ada menyebabkan tiada inisiatif dan usaha untuk menghasilkan benda baru untuk dunia Islam

4. Keruntuhan akhlak dan iman umat Islam



Hikmah Mehnah dan Tribulasi

1. Menunjukkan sifat kehambaan, tanggungjawab serta pergantungan kepada Allah swt.
2. Menampakkan yang haq dan yang batil
3. Sebagai satu bentuk pentarbiyyahan diri dan menghapuskan dosa.
4. Meningkatkan darjat taqwa untuk membantu kemenangan Islam
5. Membersihkan diri orang-orang yang beriman supaya keimanan mereka semakin mantap.
6. Mendidik generasi menjadi sabar, tangkas dan mempunyai azam yang kuat.
Cara menghadapi Mehnah dan Tribulasi

1. Ikhlas dalam perjuangan
2. Mendidik jiwa dan ketahanan menerusi latihan kerohanian
3. Berada dalam Jemaah
4. Sabar dan gigih dalam menghadapi musuh-musuh Islam
5. Meletakkan cita-cita tertinggi "syaheed dalam perjuangan" sebagai matlamat utama.

Jumaat, 24 Jun 2011

La Tahzan...

Jangan bersedih, meskipun kau merasa sangat  sakit dengan apa yang dikatakan orang lain terhadapmu..
Jangan bersedih, meskipun apa yang dibuat belum membuahkan hasil yang memuaskan untuk dirimu..
Jangan bersedih, meskipun tatkala orang lain memandang rendah terhadap kemampuan yang kau miliki...
Jangan bersedih, meskipun engkau telah banyak kali terjatuh dan tersungkur sehingga hendak menangis..
Jangan bersedih, meskipun banyak onak duri yang menjadi rintangan dalam mencapai apa yang kau inginkan..
Jangan bersedih, meskipun saat itu kau merasa tersisih  dari kehidupanmu..
.
Kerana ketahuilah, apa yang kau lakukan itu, jika bersedih,  tidak akan membuahkan hasil,
tidak akan boleh merubah apa – apa pun menjadi lebih baik,

bersedih tidak akan menghilangkan sakit hatimu,
bersedih tidak  akan menghasilkan  kerja yang  memuaskan,
bersedih tidak membuat orang memandang hormat kepadamu,
bersedih tidak membantumu untuk tidak terjatuh lagi,
bersedih tidak menghilangkan rintangan yang kau hadapi, dan
bersedih juga tidak membuat mu boleh  diterima didalam lingkunganmu..
.
hidup ini memang penuh dengan cubaan yang harus dihadapi,
tetapi yakinkanlah dari dalam lubuk hatimu,
bahawa Allah tidak akan menguji seseorang melebihi kemampuan dirinya,
Yakinlah setelah gelap pasti terang akan menjelang..
Ujian dan cubaan yang diberikan kepada kita, kepahitan dan keperitan yang kita rasai,
pasti ada makna disebalik itu semua,
Cuma bagaimana cara kita untuk mensyukurinya..
.
Jika ini ketentuan Allah,
mari kita cuba tabahkan hati,
kerana pasti tersirat sesuatu di balik yang tersurat itu…
kerana kita manusia biasa,
tidak terdaya memikirkan apakah hikmahnya..
apakah rahsianya..
.
hidup ini terus berputar!
tiada masa untuk berlengah!
tiada masa untuk berpatah!

mari kita kuatkan hati yang serapuh kaca ini,
salutkan bersama doa tulus suci,
kerana doa itu tersimpan satu kekuatan,
kekuatan dari yang Empunya segalanya..
.
Dan pastinya dunia bukan milik kita, untuk kita atur segalanya,
kerana takdir itu mengatasi tadbir…
tadbir dari manusia yang lemah,
takdir dari Tuhan Yang Maha Mencipta,
.
Simpan segala pahit dan duka, dalam surat kehidupan ini,
yang penuh sirat pengajaran.
disebalik yang terjadi pasti ada yang terjanji termateri sesuatu yang pasti jika kau ridha akan ketentuan Ilahi..
.
Siapa yang berbaik sangka kepada Penguasa ‘Arasy dia akan memetik manisnya buah yang dpetik di tengah tengah pohon berduri..
” Pimpinlah kami dalam menjalani kehidupan fana ini dengan kasih sayangMU yang tiada batasannnya..”

Peristiwa Isra' Dan Mikraj..


Hadis Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Aku telah didatangi Buraq. Iaitu seekor binatang yang berwarna putih, lebih besar dari keldai tetapi lebih kecil dari baghal. Ia merendahkan tubuhnya sehinggalah perut buraq tersebut mencecah bumi.

Baginda bersabda lagi: Tanpa membuang masa, aku terus menungganginya sehinggalah sampai ke Baitulmuqaddis. Baginda bersabda lagi: Aku mengikatnya pada tiang masjid sebagaimana yang biasa dilakukan oleh para Nabi.

Baginda bersabda lagi: Sejurus kemudian aku masuk ke dalam masjid dan mendirikan sembahyang sebanyak dua rakaat. Setelah selesai aku terus keluar, secara tiba-tiba aku didatangi dengan semangkuk arak dan semangkuk susu oleh Jibril a.s. Aku memilih susu. Lalu Jibril a.s berkata: Engkau telah memilih fitrah.

Lalu Jibril a.s membawaku naik ke langit. Ketika Jibril a.s meminta agar dibukakan pintu, kedengaran suara bertanya: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Lalu dibukakan pintu kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Adam a.s, beliau menyambutku serta mendoakan aku dengan kebaikan.

Seterusnya aku dibawa naik ke langit kedua. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Isa bin Mariam dan Yahya bin Zakaria, mereka berdua menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan.

Aku dibawa lagi naik langit ketiga. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Yusuf a.s ternyata dia telah dikurniakan sebahagian dari keindahan. Dia terus menyambut aku dan mendoakan aku dengan kebaikan.

Aku dibawa lagi naik ke langit keempat. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Idris a.s dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan. Firman Allah s.w.t Yang bermaksud: Dan kami telah mengangkat ke tempat yang tinggi darjatnya.

Aku dibawa lagi naik ke langit kelima. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Harun a.s dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan.

Aku dibawa lagi naik ke langit keenam. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Musa a.s dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan.

Aku dibawa lagi naik ke langit ketujuh. Jibril a.s meminta supaya dibukakan. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Ibrahim a.s dia sedang berada dalam keadaan menyandar di Baitul Makmur. Keluasannya setiap hari memuatkan tujuh puluh ribu malaikat. Setelah keluar mereka tidak kembali lagi kepadanya. Kemudian aku dibawa ke Sidratul Muntaha. Daun-daunnya besar umpama telinga gajah manakala buahnya pula sebesar tempayan. Baginda bersabda: Ketika baginda merayau-rayau meninjau kejadian Allah s.w.t, baginda dapati kesemuanya aneh-aneh. Tidak seorang pun dari makhluk Allah yang mampu menggambarkan keindahannya.

Lalu Allah s.w.t memberikan wahyu kepada baginda dengan mewajibkan solat lima puluh waktu sehari semalam. Tatakala baginda turun dan bertemu Nabi Musa a.s, dia bertanya: Apakah yang telah difardukan oleh Tuhanmu kepada umatmu? Baginda bersabda: Solat lima puluh waktu. Nabi Musa a.s berkata: Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan kerana umatmu tidak akan mampu melaksanakannya. Aku pernah mencuba Bani Israel dan memberitahu mereka. Baginda bersabda: Baginda kemudiannya kembali kepada Tuhan dan berkata: Wahai Tuhanku, berilah keringanan kepada umatku. Lalu Allah s.w.t mengurangkan lima waktu solat dari baginda.

Baginda kembali kepada Nabi Musa a.s dan berkata: Allah telah mengurangkan lima waktu solat dariku. Nabi Musa a.s berkata: Umatmu masih tidak mampu melaksanakannya. Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan lagi. Baginda bersabda: Baginda tak henti-henti berulang-alik antara Tuhan dan Nabi Musa a.s, sehinggalah Allah s.w.t berfirman Yang bermaksud: Wahai Muhammad! Sesungguhnya aku fardukan hanyalah lima waktu sehari semalam. Setiap solat fardu diganjarkan dengan sepuluh ganjaran. Oleh yang demikian, bererti lima waktu solat fardu sama dengan lima puluh solat fardu.

Begitu juga sesiapa yang berniat, untuk melakukan kebaikan tetapi tidak melakukanya, nescaya akan dicatat baginya satu kebaikan. Jika dia melaksanakannya, maka dicatat sepuluh kebaikan baginya. Sebaliknya sesiapa yang berniat ingin melakukan kejahatan, tetapi tidak melakukannya, nescaya tidak sesuatu pun dicatat baginya. Seandainya dia melakukannya, maka dicatat sebagai satu kejahatan baginya. Baginda turun hingga sampai kepada Nabi Musa a.s, lalu aku memberitahu kepadanya. Dia masih lagi berkata: Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan. Baginda menyahut: Aku terlalu banyak berulang alik kepada Tuhan, sehingga menyebabkan aku malu kepada-Nya. (HR Muslim)

Rabu, 22 Jun 2011

Indahnya Didoakan Sahabat..

Tiada satu makhluk pun didunia ini yang mampu menumbuhkan rasa cinta dan sayang dihati kita, melainkan ALLAH. Hanya Allah sahaja yang mampu menumbuhkan rasa itu didalam hati kita. Kerana ALLAH sang penciptanya, ALLAH yang telah menciptakannya dan meletakkannya didalam hati setiap makhluknya.
Disaat kita menyayangi seseorang, kita selalu mengharapkan orang yang kita sayangi selalu berada dalam kebaikan. Maka, buktikanlah rasa sayang kita itu dengan menyampaikan harapan kita kepada ALLAH dengan mendoakan sahabat kita.
Lafaskan doa anda untuk sahabat kita. Mohonkanlah agar ALLAH selalu melindungi sahabat kita, serta memberikan pelbagai kebaikan terhadap sahabat kita.
Setelah solat, doakanlah sahabat kita. Walau pun mereka tidak tahu bahawa kita selalu mendoakannya. Lafaskanlah doa kita dengan penuh harapan kepada ALLAH. Mohonlah keampunan untuk dosa~dosa sahabat kita kepada ALLAH. Sebut namanya dalam doa anda. Doakanlah dia selalu.
Ini sangat indah…
Sungguh indah.. Seorang sahabat mendoakan kebaikan untuk sahabatnya yang lain. Sahabat yang didoakan tidak mengetahui tentang hal itu. Tiada seorang pun yang mengetahui. Hanya dia dan Allah sahaja yang tahu tentang itu.
Hanya ALLAH yang mengetahui harapan~harapannya kepada ALLAH untuk sahabatnya. Ini sungguh luar biasa. Inilah sebuah ketulusan yang nyata. Tiada berharap kecuali kepada ALLAH.
Disaat seorang sahabat tiada disisi, sahabat yang lain memohonkan perlindungan kepada ALLAH bagi sahabatnya. Sungguh luar biasa… kita memohonkan kepada ALLAH satu kebaikan untuk sahabat  tanpa diketahui oleh sahabat tersebut.
Bagaimana perasaan anda jika anda mengetahui ada seorang sahabat yang selalu mendoakan anda? Padahal anda tidak pernah memintanya. Beginilah indahnya persahabatan dalam Islam

Subhanallah....

Selasa, 21 Jun 2011

SECEBIS MUTIARA DARI AL FURQAN...

                Kalian adalah insan yang istimewa.Kalian bukan seperti orang lain.Subhanallah,, kalian memang berbeza berbanding yang lain.Fikirkanlah… Renungkanlah,,,, Kalian sebenarnya seorang yang amat bermakna.
Bagaimana saya boleh katakan  bahawa kalian seorang yang istimewa dan bukan seperti orang lain? Carilah apa yang istimewa dalam diri kalian.
1.       Masih ada lagi insan lain yang tdk lupa menasihati  n menegur kalian sekiranya kalian trsalah laku. Itu bererti, kalian sgt istimewa.Kalian tdk dibiarkan begitu sahaja.

“…Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia tidak baik bagimu.Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” Al-Baqarah:216

2.       Bila sahaja kalian ingin mencuba melakukn 1 kesalahn kecil, org lain mudah sgt tahu. Knp org lain lakukn kesalahan slalu tiada apa2 pula berlaku? Maknanya Allah menyanyangi kalian.

“Dan ketahuilah bhwa ditengah2 kmu ada Rasulullah.Klu dia menuruti (kemauan) kmu dlm byk hal pasti kmu tetap akan dapat kesusahan.Ttapi Allah mnjdikn kmu cinta kpd keimann  n mnjadikn iman itu indah dlm hatimu, serta mnjadikn kmu benci  kpd kekafiran, kefasikan, n kedurhakaan….”Al-Hujurat:7

3.       Kalian acap kali mndpat berbagai2 ujian drpd Allah.Rasanya, ujian kalian inilah yang paling byk dan berat brbanding org lain.Ertinya Allah menyanyangi kalian.

“Allah tidak membebani seseorg melainkan sesuai  dgn kesanggupannya.Dia mndapt (pahala) dari (kebajikan) yg dikerjakannya n dia mndpat (siksa)  dri (kejahatan) yang diperbuatnya.”Al-Baqarah:286

4.       Alhamdulillah, sering juga kalian dipuji kerana kecantikan dan kesempurnaan kalian.Allah masih menyanyangi kalian kerana Allah tidak menarik kesempurnaan yg ada pada kalian.Itu semua kita pinjam dari Allah.Cukup cantik dan cukup sempurna.

“Bukankah dia mulanya hanya setitis  mani yg ditumpahkan (ke dlm rahim).Kemudian (mani) itu menjadi sesuatu yg melekat, lalu Allah menciptakannya dan menyempurnakannya.”
 Al-Qiyamah:37-38

“Kemudian, air mani itu Kami jadikn sesuatu yg melekat, lalu sesuatu yg melekat itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang , lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging.kemudian kami menjadikannya  makhluk yg berbentuk lain.Maha suci Allah, Pencipta yg paling baik.” Al-Mu’minun: 14

Kalian adalah makhluk yg dicipta Allah. Khaliq yg Maha Sempurna. Mustahil kalian tidak bermakna. Ingatlah, kalian diciptakan utk tunduk dan patuh pada Allah. Kalian diciptakan bukanlah sia2 dan bukan utk merosak bumi.Bumi ini kian uzur.Bangkitlah,,,, Esok belum pasti milik kalian..

Teka-teki imam Ghazali..


Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ).

Imam Ghazali : Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?



Murid 1 = ” Orang tua “

Murid 2 = ” Guru “

Murid 3 = ” Teman “

Murid 4 = ” Kaum kerabat “

Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali : Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?



Murid 1 = ” Negeri Cina “

Murid 2 = ” Bulan “

Murid 3 = ” Matahari “

Murid 4 = ” Bintang-bintang “

Iman Ghazali : Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Iman Ghazali : Apa yang paling besar didunia ini?



Murid 1 = ” Gunung “

Murid 2 = ” Matahari “

Murid 3 = ” Bumi “

Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.

IMAM GHAZALI : Apa yang paling berat didunia?



Murid 1 = ” Baja “

Murid 2 = ” Besi “

Murid 3 = ” Gajah “

Imam Ghazali : Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

Imam Ghazali : Apa yang paling ringan di dunia ini ?



Murid 1 = ” Kapas”

Murid 2 = ” Angin “

Murid 3 = ” Debu “

Murid 4 = ” Daun-daun”

Imam Ghazali : Semua jawapan kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat.

Imam Ghazali : Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?

Murid- Murid dengan serentak menjawab “Pedang “

Imam Ghazali : Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

 ...muhasabah bersama!!!..smoga bermanfaat utk kita smua ya....

Isnin, 20 Jun 2011

10 Jenis Air Mata



Menurut kata Ibnu Qayyim, ada 10 Jenis Tangisan iaitu :

1) Menangis karena kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis karena rasa takut.
3) Menangis karena cinta.
4) Menangis karena gembira.
5) Menangis karena menghadapi penderitaan.
6) Menangis karena terlalu sedih.
7) Menangis karena terasa hina dan lemah.
8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis karena ikut-ikutan orang menangis.
10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.



Allah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumber nya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering…. Seperti sungai yang mengalir ke laut tiada henti…


Tangis tercela atau terpuji

Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian.Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut yaitu tangisan karena menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis karena takut akan azab dan siksa Allah.


Tangisan dapat memadamkan api Neraka

Rasulullah saw bersabda : ”Tidaklah mata seseorang meneteskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."


Air mata taubat Nabi Adam a.s


Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendongak ke langit karena sangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir ke lembah-lembah. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata Nabi Adam lalu berkata,"Sungguh manis air ini." Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu menyindirnya sehingga ia memperhebatkan tangisannya.

Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, "Hai Adam sesungguhnya belum pernah Aku menciptakan air lebih lezat daripada air mata taubatmu!."


Air mata yang dilarang

1. Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-citamu, bukankah Tuhan yang telah menentukannya.
2. Janganlah menangis karena cinta tak berbalas, mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan untukmu.
3. Janganlah menangis jika gagal dalam ujian, mungkin kita kurang membuat persiapan.
4. Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah
5. Janganlah menangis kalau tidak dinaikkan pangkat, yakinlah bahawa rezeki itu adalah pemberian Tuhan


Oleh itu…

Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekal untuk menginsafi atas segala kelalaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa titik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt.

Serulah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menetes membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali. Dan juga semoga ia dapat melebur dosa-dosa dan akan mendapat ampunanNya jua.

Junjungan Mulia bersabda " Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, yaitu mata yang menangis di waktu malam hari karena takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu malam."

“Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah di hari qiamat diantaranya adalah seseorang yang berzikir sendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya."

"Jika tubuh seseorang hamba gementar karena takut kepada Allah, maka berguguran lah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering."

Berkata Salman Al Faarisi r.a

Aku dibuat menangis atas 3 perkara:

1. Berpisah dengan Rasulullah saw dan para sahabat-sahabat.
2. Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.
3. Aku tidak tahu apakah aku akan masuk syurga ataukah neraka.

Air mata tanda rahmat Tuhan

Rasulullah saw bersabda : Jagalah mayat ketika kematiannya dan perhatikanlah 3 perkara.

1) Apabila dahinya berkeringat.
2) Airmatanya berlinang.
3) Hidungnya keluar cairan seperti ingus

…karena hal tersebut menandakan rahmat Allah swt untuk si mayat. (riwayat dari Salman al Faarisi)

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,..dan dosa-dosa yang silam disulami dengan taubat kepada Dzat yang Memilikimu."

"sampaikanlah dariku walau satu ayat" al hadis

Nikmatnya dapat menangis....



"Bangun dan sujud pada tengah malam adalah amalan Rasulullah serta para sahabat.

Saidina Abu Bakar al-
Siddiq adalah seorang sahabat Rasulullah SAW yang amat penyedih. Apabila beliau membaca ayat Allah, air matanya tidak dapat dibendung. Hatinya begitu lembut, sensitif dan cepat tersentuh.

Saidina Umar pula suka
mengingatkan dirinya terhadap hari perhitungan. Ketakutan sentiasa menguasai hatinya. Wajahnya diguris bekas aliran tangisan yang terus-menerus mengalir mengingat hari perjumpaan dengan Allah kelak.

Ketika dalam keadaan sakit tenat yang membawa kepada
kematiannya, beliau berkata, kepada anaknya Abdullah bin Umar: "Letakkan pipiku di atas tanah." Abdullah melarang dengan lembut sambil berkata: "Wahai ayah, bukankah itu akan membuatmu semakin sakit?" Umar berkata lagi: "Aku tidak peduli, letakkan aku di atas tanah, celakalah aku jika Tuhanku tidak merahmati aku!"

Tangisan adalah ubat bagi h
ati yang keras. Ia mendatangkan cahaya dan membersih daripada kekotoran dosa, manakala berlebihan tertawa dan bersenda gurau membawa kepada kelalaian, mengeraskan hati dan mengeruhkan kesuciannya.


Rasulullah SAW suatu ketika bertemu sahabat yang tertawa sambil bergurau. Baginda SAW
bersabda maksudnya: "Jika kamu semua mengetahui seperti apa yang aku ketahui, nescaya kamu akan banyak menangis dan sedikit tertawa."

Ada beberapa alasan mengapa orang beriman perlu menangisi dirinya.

a) Dia tidak tahu q
ada dan qadar atas dirinya.

Rasulullah SAW bersabda
maksudnya: "Sesungguhnya kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibu 40 hari air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama 40 hari lagi, kemudian menjadi seketul daging selama 40 hari, kemudian diutuskan kepadanya malaikat lalu ditiupkan roh kepadanya dan dituliskan empat kalimah iaitu rezekinya, umurnya, amalnya, celakanya atau bahagianya. Maka, demi Allah yang tidak ada Tuhan selain-Nya, sesungguhnya seseorang mengerjakan amal ahli syurga sehingga tidak ada jarak antaranya dengan syurga itu melainkan sehasta, kemudian terdahulu atasnya ketentuan tulisan lalu ia pun mengerjakan amal ahli neraka maka masuklah ia ke dalamnya. Dan seseorang mengerjakan amal ahli neraka sehingga tidak ada jarak di antaranya dengan neraka kecuali sehasta. Kemudian terdahulu atasnya ketentuan tulisan lalu dia pun mengerjakan amalan ahli syurga maka masuklah dia ke dalamnya." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Siapakah yang boleh menjami
n nama kita termasuk dalam senarai ahli syurga? Tidakkah hal itu petanda bahawa kita tidak berkuasa menolong diri sendiri? Letakkanlah diri kita sentiasa dalam keadaan cemas, takut dan harap kepada Allah. Caranya dengan banyak menangis dan
memohon pertolongan- Nya.

b) Menangislah kerana
ingat terhadap malam pertama di alam kubur.

Siapakah yang menjadi teman untuk seorang pengantin yang
memakai helaian kafan? Ditinggalkan sendirian menanggung nasib, meratapi kepergian orang yang menghantar ke kuburnya. Jangan pergi! Mana anakku, isteri dan saudara mara yang dulu mengasihiku? Semua hartaku, siapa yang menghabiskan segala jerih payahku selama ini? Lubang itu terlalu sempit, tempat cacing dan ulat menggigit-gigit.

Malam pertama di sini sungguh berat ditanggung sendiri. Ada malaikat yang datang
membawa urusan amat penting. Persoalan yang bukan senda gurau kekasih pada malam pengantin. Bahkan, gertakan yang mengecutkan hati dan kekerasan yang memadamkan kegembiraan.

Siapakah yang mahu menolong aku, menemani dan membela
diriku? Di mana sembahyang, puasa, haji dan sedekahku? Datanglah selimuti aku daripada kepedihan seksa ini. Di mana bacaan al-Quran, zikir dan kelembutan lidah yang pernah mengeluarkan kata-kata yang baik?

Datanglah semua segala
kebaikanku dari atas kepala, di sebelah tangan, di kaki, di seluruh tubuh badan yang kaku dan pucat ini.

Siapakah yang sanggup
membela jika bukan amal salih di dunia. Mayat itu menangis di perut bumi, menyesal mengapa dulu ia tidak menangis ketika bersimpuh di atas bumi?

c) Menangis kerana ingatkan
hari perhitungan.

Sabda Rasulullah SAW yang
bermaksud: "Orang yang muflis di kalangan umatku ialah: Seseorang yang datang pada hari kiamat dengan pahala sembahyang, puasa dan zakat. Tetapi, dia pernah mencaci si polan, menuduh si polan, menumpah darah si polan dan memukul si polan. Maka akan diberikan kepada orang yang teraniaya itu daripada pahala kebaikan orang tadi sehingga apabila habis pahalanya, sedangkan belum semua terbayar, maka akan diambil ganti dari dosa orang itu dan dibebankan kepadanya dan dia dicampakkan ke dalam neraka kerananya." (Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)

Ingatlah keaiban diri yang terlalu banyak untuk dihitung, jangan sibuk menyebut aib
orang lain. Semua orang di sekeliling kita tidak dapat menolong kecuali amal ibadat yang dilakukan dengan keikhlasan.

Bilakah saat dan ketika paling tepat untuk kita menangis
supaya lembut hati yang keras oleh hawa nafsu yang dituruti? Pada tengah malam yang dingin, bangun dan berdiri tanpa diketahui oleh manusia yang asyik bermimpi, sujud dan doa yang panjang, bacaan al-Quran dan
zikrullah juga istighfar.

Amalan ini menjadi kebiasa
an Rasulullah SAW dan sahabatnya serta menjadi ikutan orang salih yang mahukan ketenangan jiwa pada akhir zaman ini. Ubati kegelisahan, tekanan dan kesakitan jiwa dengan menangis, solat dan zikrullah.


Sabtu, 18 Jun 2011

لا إله إلا الله

Bismillah wal hamdulillah..
Segala pujian itu hanya bagiNya, untukNya dan keranaNya..
Sama-sama kita lafazkan syahadah
'..Tiada Tuhan selain ALLAH dan Nabi Muhammad itu Pesuruh ALLAH..'

Semua dzikr memberi pahala yang terhad kecuali mereka yang membaca لا إله إلا الله pahala nya tidak terbatas. Nabi صلى الله عليه وسلم pernah bersabda yang bermaksud, "Ajarkanlah orang-orang yang hendak kembali ke rahmatuLlah kalimat لا إله إلا الله kerna ia menghapuskan dosa." Para sahabat رضي الله تعالى عنهم bertanya bagaimana pula bagi orang-orang yang hidup. Jawab Nabi صلى الله عليه وسلم, "Ia menghapuskan dan menghapuskan! (segala dosa)."


Ibn Abbas رضي الله تعالى عنه berkata bahawa RasuluLlah صلى الله عليه وسلم pernah bersabda yang bermaksud bahawa pintu Syurga terbuka dan kedengaran suatu suara bertanya dari bawah `Arasy ALLAH سبحانه وتعالى, "Bagi siapakah Syurga ini?" Jawab Syurga, "Tiada apa yang berada pada kami melainkan untuk ahli لا إله إلا الله. Dan kami diharamkan menerima sesiapa yang tidak menyebut لا إله إلا الله dan mereka yang tidak beriman kepada لا إله إلا الله." Begitu juga berkata Neraka, "Dengan apa siksaan yang disediakan, tidak akan memasuki nya melainkan mereka yang kafirkan لا إله إلا الله. Tidak aku meminta kecuali mereka yang membohongi لا إله إلا الله dan bagi aku haram mereka yang berkata لا إله إلا الله dan aku menjadi marah kepada mereka yang ingkar لا إله إلا الله."

Mereka yang melazimkan lidah nya menyebut لا إله إلا الله nescaya akan mendapat keampunan, Rahmat dan `Inayah dari ALLAH سبحانه وتعالى.

Diriwayatkan dalam suatu hadiths oleh Abu Hurairah رضي الله تعالى عنه bahawa Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda "Sesungguh nya segala kebaikan yang diamalkan ditimbang pada hari Kiamat kecuali syahadat لا إله إلا الله tidak diletakkan di timbangan, kerna barangsiapa yang memperkatakan nya dengan ikhlas, dan kata-kata ini diletakkan nya di timbangan dan diletakkan 7 petala langit dan 7 petala bumi serta semua isi nya nescaya kalimat لا إله إلا الله adalah lebih berat."

Semoga ALLAH سبحانه وتعالى melimpahkan anugerah-anugerah kebaikan dan kemuliaan kepada kita pada setiap nafas, dan menerbitkan matahari kebahagiaan dan ketenangan pada hari-hari kita dan tidak pernah akan terbenam hingga kita berjumpa denganNYA ALLAH سبحانه وتعالى

Tadabbur Doa..


Dengan lafaz ta'awwudz...
Alhamdulillah..Segala puji-pujian pada ALLAH yang masih memberi kita semua peluang dan ruang masa untuk kita melakukan ketaatan padaNya walaupun dalam langkah yang bertatih.. Selawat dan salam pada junjungan besar Rasulullah saw, kerana dengan cahaya keberkatan dan kasih sayang yang ada padanya menyampaikan kita pada ALLAH..

InsyaAllah sama2 kita hayati doa dari terjemahan Al Alqaaf :15

"Ya Tuhan hamba. tunjukilah hamba untuk mensyukuri nikmat yang telah Engkau berikan kepada hamba dan kepada ibu bapa hamba dan supaya hamba dapat berbuat amal yang soleh yang Engkau redhai; berilah kebaikan kepada hamba dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucu hamba. Sesungguhnya hamba bertaubat kepadaMU dan sesungguhnya hamba termasuk orang-orang yang berserah diri..'

Sabda Rasulullah saw:
..barangsiapa yang biasa melazimi istighfar, memohon keampunan pada ALLAH,maka ALLAH memberinya jalan bagi setiap kesempitan, memberi kegembiraan pada setiap kesulitannya, dan memberikannya rezeki dari jalan yang tidak disangkainya..'(Hr Bukhari dan Muslim)

InsyaAllah buat diriku dan dirimu..
..cukuplah balasan kebaikan itu, diredhai Allah dalam amalan2 ketaatan..(Ibnu Ata'illah)
kerana ia adalah sebaik-baik pemberian dan sebaik-baik kedamaian yang diinginkan oleh kita..

Rahmat ALLAH dengan hanya melihat~

Teringat kata2 seorang sahabat tentang rahmat ALLAH..
Tiga perkara ;ALLAH SWT kurniakan rahmat kepada hambaNya dengan hanya melihat ;
  1. Melihat Baitillah
  2. Melihat Al Quran
  3. Melihat wajah ibu dan ayah..=)
Subhanallah..lihat sahaja pun dah boleh berkat. Belum lagi melakukan amal dengannya. Hebat kasih sayang ALLAH..
Firman ALLAH SWT;
Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebajikan, akan tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta; dan (memerdekakan) hamba sahaya, mendirikan salat, dan menunaikan zakat; dan orang-orang yang menepati janjinya apabila ia berjanji, dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar (imannya); dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa.
(Al Baqarah: 177)

'Universiti Mujahadah'


Assalamu'alaikum wbt..
Teringat kata2 Saidina Ali kwj;
'..beribadatlah sehingga kita letih untuk melakukan kejahatan..Janji ALLAH pada hambanya dalam Al Quran;
..Barang siapa yang bersungguh2 dijalan kami, pasti akan Kami tunjukkan jalan2 Kami..
Kata seorang guru lagi;..mujahadah itu akan menjadi indah dan berkesan seandainya kita menyedari erti di sebalik mujahadah itu, kepada siapa tujuan mujahadah kita dan untuk apa mujahadah tersebut. Bagaimana kita menyusuri jalan mujahadah tersebut akan mempengaruhi gerak laku dan pemikiran kita.
Agar kita tidak berseorangan,ALLAH membekalkan kita teman2 dalam menyusuri jalan mujahadah ini. Teman yang sentiasa bersama kita..24 jam=)Teman yang tidak akan pernah meninggal dan mengecewakan kita seperti Solat.,teman yang tidak pernah berdusta seperti AL Quran,teman yang menenangkan seperti Zikrullah.., teman yang memberi petunjuk seperti Istikharah, teman yang menguatkan kita seperti tawakkal dan teman yang menyampaikan hajat kita seperti doa..Cantik sangat jalan ciptaan ALLAH..
Teringat juga kata2 seorang sahabat,yang menusuk ke dalam hati ini.. Tentang perkara yang pelik dalam islam. Apa perkara yang paling pelik dalam Islam yang tiada pada agama lain?Waktu itu hati dan fikiran berputar mencari jawapan. Pelbagai jawapan datang dalam fikiran dan hati.Namun semuanya ana ragui..Sehingga akhirnya,pasrah., ana gelengkan kepala menandakan tidak tahu...Dengan senyuman,ringkas jawapan sahabat tersebut.
–KEYAKINAN-.
Ya,jalan mujahadah itu tidak akan berlaku tanpa keyakinan. Keyakinan dengan ALLAH itu sendiri, keyakinan dengan kalimah tauhid, keyakinan ALLAH tidak akan membiarkan kita, keyakinan dengan kalimah laahaulawala quwwataillabillah..keyakinan dengan takdir2 dan jaminan ALLAH. Keyakinan inilah akan memberikan ketenangan dalam menyusuri jalan mujahadah.

Namun, tidak sempuran jalan mujahadah ini tanpa bekalan. Ibarat seorang musafir yang berteman tetapi tiada bekalan,juga tidak akan sempurna musafirnya. Dalam menyusuri jalan mujahadah,perlu untuk ada bekalan. Dan tiada bekalan yang paling baik melainkan bekalan taqwa. Perkara inilah yang cuba diri ini selami. Apa maksud taqwa yang sebenarnya. Pelaksanaan taqwa itu bagaimana? Tiada lain, kerana JAMINAN ALLAH hanyalah pada orang2 yang BERTAQWA.Terasa jauh sangat untuk meletakkan diri ini sebagai orang yang bertaqwa..apatah lagi untuk mendapatkan nikmat2 ALLAH..Malu kadang2 untuk meminta dengan ALLAH..Bukan berputus asa dan bergantung atas kudrat, tetapi malu kerana diri dan hati yang belum sepenuhnya pada ALLAH. Taqwa itu bukanlah pada kata2 dan perbuatan sahaja,tetapi pada hati..itu yang utama. Mujadah untuk memupuk taqwa di hati.Itu yang sebenarnya..

~Hanya berdoa moga ALLAH menunjukkan jalan pada diri ini dalam menujuNya~ Sempurnakanlah ketaatan kami padaMu Ya ALLAH..

Lembaran Hidup Wanita Solehah..


Assalamualaikum wbt..
Menjadi puteri solehah pada pandangan ALLAH..itu yang utama.
ALLAH tidak memandang rupa, tetapi ALLAH memandang kebaikan budi dan akhlak kita..
'setiap saat adalah peluang untuk menjadi solehah..'




Ciri-ciri hamba Ar Rahman..

'Guide line' ALLAH pada kita semua untuk menjadi hamba yang di redhaiNya..=)
Semuanya boleh didapati dari Al Quran..Sangat baik untuk dijadikan muhasabah, juga kayu ukur diri. Kata2 untuk diri ini terutamanya..
وَعِبَادُ الرَّحْمَنِ الَّذِينَ يَمْشُونَ عَلَى الْأَرْضِ هَوْناً وَإِذَا خَاطَبَهُمُ الْجَاهِلُونَ قَالُوا سَلَاماً
Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini;.وَالَّذِينَ يَبِيتُونَ لِرَبِّهِمْ سُجَّداً وَقِيَاماً
Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang tekun mengerjakan ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari dengan sujud dan berdiri,وَالَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا اصْرِفْ عَنَّا عَذَابَ جَهَنَّمَ إِنَّ عَذَابَهَا كَانَ غَرَاماً
Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, sisihkanlah azab Neraka Jahannam dari kami, sesungguhnya azab seksanya itu adalah mengertikan.إِنَّهَا سَاءتْ مُسْتَقَرّاً وَمُقَاماً
Sesungguhnya Neraka Jahannam itu tempat penetapan dan tempat tinggal yang amat buruk;
وَالَّذِينَ إِذَا أَنفَقُوا لَمْ يُسْرِفُوا وَلَمْ يَقْتُرُوا وَكَانَ بَيْنَ ذَلِكَ قَوَاماً
Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu.
وَالَّذِينَ لَا يَدْعُونَ مَعَ اللَّهِ إِلَهاً آخَرَ وَلَا يَقْتُلُونَ النَّفْسَ الَّتِي حَرَّمَ اللَّهُ إِلَّا بِالْحَقِّ وَلَا يَزْنُونَ وَمَن يَفْعَلْ ذَلِكَ يَلْقَ أَثَاماً
Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak) dan tidak pula berzina dan sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya;
يُضَاعَفْ لَهُ الْعَذَابُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَيَخْلُدْ فِيهِ مُهَاناً
Akan digandakan baginya azab seksa pada hari kiamat dan dia pula akan kekal di dalam azab itu dengan menerima kehinaan;
إِلَّا مَن تَابَ وَآمَنَ وَعَمِلَ عَمَلاً صَالِحاً فَأُوْلَئِكَ يُبَدِّلُ اللَّهُ سَيِّئَاتِهِمْ حَسَنَاتٍ وَكَانَ اللَّهُ غَفُوراً رَّحِيماً
Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
وَمَن تَابَ وَعَمِلَ صَالِحاً فَإِنَّهُ يَتُوبُ إِلَى اللَّهِ مَتَاباً
Dan sesiapa yang bertaubat serta beramal soleh, maka sesungguhnya (dengan itu) dia bertaubat kepada Tuhannya dengan sebenar-benar taubat;وَالَّذِينَ لَا يَشْهَدُونَ الزُّورَ وَإِذَا مَرُّوا بِاللَّغْوِ مَرُّوا كِرَاماً
Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya dengan cara membersihkan diri daripadanya.وَالَّذِينَ إِذَا ذُكِّرُوا بِآيَاتِ رَبِّهِمْ لَمْ يَخِرُّوا عَلَيْهَا صُمّاً وَعُمْيَاناً
Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat keterangan Tuhan mereka, tidaklah mereka tunduk mendengarnya secara orang-orang yang pekak dan buta..وَالَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَاماً
Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa.أُوْلَئِكَ يُجْزَوْنَ الْغُرْفَةَ بِمَا صَبَرُوا وَيُلَقَّوْنَ فِيهَا تَحِيَّةً وَسَلَاماً
Mereka itu semuanya akan dibalas dengan mendapat tempat yang tinggi di Syurga disebabkan kesabaran mereka dan mereka pula akan menerima penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya,
خَالِدِينَ فِيهَا حَسُنَتْ مُسْتَقَرّاً وَمُقَاماً
Mereka kekal di dalam Syurga itu; amatlah eloknya Syurga menjadi tempat penetapan dan tempat tinggal
-Amiin..

Ya Rasulullah..



Suatu ketika dahulu,pernah diri ini mendengar tentang Rasulullah saw.. Bagaimana Rasulullah diiktiraf sebagai individu yang paling unggul di dunia. Yang mengiktiraf baginda bukan sahaja pengkaji Islam, namun diakui oleh pengkaji sejarah bukan Islam. Waktu itu hati mengakuinya berdasarkan firman2 Allah tentang Rasulullah saw. Bila disebut tentang firmAn ALLAH, maka itu adalah benar dan tidak diragui sama sekali. Dalam kuliah ilmu yang dihadiri baru2 ini juga, sekali lagi hati tersentuh dengan cerita Rasulullah..Bagaimana ALLAH memelihara dan mengkhususkan nama Rasulullah hanya untuk Nabi Muhammad saw sahaja. Bermula dengan ayahanda Adam a.s sehinggalah nabi Isa a.s. tiada satu susuk individu pun yang dinamakan dengan Ahmad / Muhammad. Sedangkan dalam kitab2 yang terdahulu sudah ada keterangan mengenai kedatangan seorang utusan Allah yang dinamakan Ahmad.. MAHA SUCI ALLAH YANG MAHA MEMILIHARA DAN MENGETAHUI. Dan kita adalah ummat Nabi Muhammad saw tersebut..

Semua ini menyebabkan hati ini semakin tertarik untuk mengkaji dan menyusuri sejarah hidup Rasulullah saw.. Bagaimana hubungan baginda dengan Allah, hubungan baginda dengan manusia, akhlak dan qudwah baginda dengan sahabat dan keluarga,cara hidup Rasulullah dan sebagainya..Sungguh, bicara tentang Rasulullah menyebabkan hati ini tenang dan makin dekat dengannya..

Perkongsian bersama tentang kejayaan Rasulullah dalam menyebarkan Islam. Prinsip2 yang Rasulullah saw pegang yang memangkin kejayaan baginda. Sama2 kita teladani cara hidup Rasulullah secara keseluruhannya..


'Pada dalam diri kamulah utusan dari Allah milik budi pekerti yang indah untuk setiap orang yang harapan mereka terletak pada Allah dan hari kemudian…' (Quran 33:21)


Menurut Al-Quran, Nabi Muhammad s.a.w. merupakan contoh terunggul untuk ummah manusia keseluruhannya. Para pakar pengkaji sejarah yang bukan Islam turut mengiktiraf beliau sebagai salah seorang personaliti paling berjaya dalam sejarah.
Pada tahun 1946 Reverend Bosworth-Smith dalam 'Mohammed & Mohammedanism.' Menulis tentang Nabi s.a.w.:

“Daripada ketua kerajaan dan kepada ketua gereja, beliaulah 'Caesar' dan 'Pope' dalam satu; tetapi beliau adalah 'Pope' tanpa dakyah-dakyah politik, 'Caesar' tanpa barisan tentera 'Caesar', tanpa pengawal peribadi, tanpa mahligai istana, tanpa saraan pendapatan gaji yang tetap. Kalaulah ada dakwaan di dunia ini yang mengatakan adanya seorang manusia yang benar-benar memerintah di dunia atas kuasa yang datang terus dari langit maka orang itu hanyalah, Mohammad., Kerana hanya beliaulah seorang yang memiliki kuasa tanpa mekanisme jajahan kuasa dan tanpa pertolongan kerajaan. Beliau tidak mengendahkan tentang kuasa yang datang dari pengaruhnya. Kesederhanaan hidupnya mencerminkan caragaya hidupnya mentadbirkan persona dirinya dalam bersama orang ramai dan tidak terjejas langsung akibat kedudukannya sebagai orang yang paling berpengaruh di dunia ini.”

Pada tahun 1978 Michael Hart menulis dalam bukunya '100 orang paling berpengaruh dalam sejarah', beliau memilih nabi Muhammad sebagai orang yang paling berpengaruh dalam sejarah dan berkata:
“Keputusan saya memilih Muhammad untuk mengetuai senarai nama orang yang paling berpengaruh di dunia mungkin akan mengejutkan pembaca dan pasti akan dipersoalankan orang, tetapi pada hemat saya beliau seorang sahaja yang berjaya baik dari peringkat sekular dan juga dari peringkat keagamaan…… Oleh kerana kebolehannya megadunkan dua unsur ini tanpa tolok bandingannya berbanding dengan personaliti-personaliti lain dalam sejarah maka saya merasakan Muhammadlah yang berhak mendapat jolokan sebagai seorang individu yang paling berpengaruh dalam lembaran sejarah tamadun manusia.”
Tingkah-laku serta ucapan yang keluar dari bibirnya memberi bimbingan untuk kita umat manusia untuk mencapai kejayaan , bukan sahaja di dunia ini tetapi juga di akhirat juga.
Nabi s.a.w. seorang yang berfikiran positif. Setiap urusannya adalah ke arah yang bermatlamat. Beliau mengelakkan dari setiap tindak-tanduk yang berunsur negatif yang akan menghalang proses kejayaan seperti benci, dengki, bongkak dan tamak, etc.
Setiap tindak-tanduknya adalah berniat bersih dan adalah kerana Allah s.w.t.

Dari mengkaji kehidupan Nabi Muhammad s.a.w. insyaAllah kita akan memeperolehi prinsip-prinsip kejayaanya..