 Hadis  Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Aku telah  didatangi Buraq. Iaitu seekor binatang yang berwarna putih, lebih besar  dari keldai tetapi lebih kecil dari baghal. Ia merendahkan tubuhnya  sehinggalah perut buraq tersebut mencecah bumi.
Hadis  Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Aku telah  didatangi Buraq. Iaitu seekor binatang yang berwarna putih, lebih besar  dari keldai tetapi lebih kecil dari baghal. Ia merendahkan tubuhnya  sehinggalah perut buraq tersebut mencecah bumi.Baginda  bersabda lagi: Tanpa membuang masa, aku terus menungganginya  sehinggalah sampai ke Baitulmuqaddis. Baginda bersabda lagi: Aku  mengikatnya pada tiang masjid sebagaimana yang biasa dilakukan oleh para  Nabi.
Baginda  bersabda lagi: Sejurus kemudian aku masuk ke dalam masjid dan  mendirikan sembahyang sebanyak dua rakaat. Setelah selesai aku terus  keluar, secara tiba-tiba aku didatangi dengan semangkuk arak dan  semangkuk susu oleh Jibril a.s. Aku memilih susu. Lalu Jibril a.s  berkata: Engkau telah memilih fitrah.
Lalu  Jibril a.s membawaku naik ke langit. Ketika Jibril a.s meminta agar  dibukakan pintu, kedengaran suara bertanya: Siapakah engkau? Dijawabnya:  Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s  menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan?  Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Lalu dibukakan pintu  kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Adam a.s, beliau menyambutku  serta mendoakan aku dengan kebaikan.
Seterusnya  aku dibawa naik ke langit kedua. Jibril a.s meminta supaya dibukakan  pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya:  Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s  menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan?  Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan  kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Isa bin Mariam dan Yahya bin  Zakaria, mereka berdua menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan.
Aku  dibawa lagi naik langit ketiga. Jibril a.s meminta supaya dibukakan  pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya:  Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s  menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan?  Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan  kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Yusuf a.s ternyata dia telah  dikurniakan sebahagian dari keindahan. Dia terus menyambut aku dan  mendoakan aku dengan kebaikan.
Aku  dibawa lagi naik ke langit keempat. Jibril a.s meminta supaya dibukakan  pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya:  Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s  menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan?  Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan  kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Idris a.s dia terus  menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan. Firman Allah s.w.t Yang  bermaksud: Dan kami telah mengangkat ke tempat yang tinggi darjatnya.
Aku  dibawa lagi naik ke langit kelima. Jibril a.s meminta supaya dibukakan  pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya:  Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s  menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan?  Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan  kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Harun a.s dia terus  menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan.
Aku  dibawa lagi naik ke langit keenam. Jibril a.s meminta supaya dibukakan  pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya:  Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s  menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan?  Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan  kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Musa a.s dia terus  menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan.
Aku  dibawa lagi naik ke langit ketujuh. Jibril a.s meminta supaya  dibukakan. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya:  Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s  menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan?  Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan  kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Ibrahim a.s dia sedang  berada dalam keadaan menyandar di Baitul Makmur. Keluasannya setiap hari  memuatkan tujuh puluh ribu malaikat. Setelah keluar mereka tidak  kembali lagi kepadanya. Kemudian aku dibawa ke Sidratul Muntaha.  Daun-daunnya besar umpama telinga gajah manakala buahnya pula sebesar  tempayan. Baginda bersabda: Ketika baginda merayau-rayau meninjau  kejadian Allah s.w.t, baginda dapati kesemuanya aneh-aneh. Tidak seorang  pun dari makhluk Allah yang mampu menggambarkan keindahannya.
Lalu  Allah s.w.t memberikan wahyu kepada baginda dengan mewajibkan solat  lima puluh waktu sehari semalam. Tatakala baginda turun dan bertemu Nabi  Musa a.s, dia bertanya: Apakah yang telah difardukan oleh Tuhanmu  kepada umatmu? Baginda bersabda: Solat lima puluh waktu. Nabi Musa a.s  berkata: Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan kerana umatmu  tidak akan mampu melaksanakannya. Aku pernah mencuba Bani Israel dan  memberitahu mereka. Baginda bersabda: Baginda kemudiannya kembali kepada  Tuhan dan berkata: Wahai Tuhanku, berilah keringanan kepada umatku.  Lalu Allah s.w.t mengurangkan lima waktu solat dari baginda.
Baginda  kembali kepada Nabi Musa a.s dan berkata: Allah telah mengurangkan lima  waktu solat dariku. Nabi Musa a.s berkata: Umatmu masih tidak mampu  melaksanakannya. Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan lagi.  Baginda bersabda: Baginda tak henti-henti berulang-alik antara Tuhan dan  Nabi Musa a.s, sehinggalah Allah s.w.t berfirman Yang bermaksud: Wahai  Muhammad! Sesungguhnya aku fardukan hanyalah lima waktu sehari semalam.  Setiap solat fardu diganjarkan dengan sepuluh ganjaran. Oleh yang  demikian, bererti lima waktu solat fardu sama dengan lima puluh solat  fardu.
Begitu  juga sesiapa yang berniat, untuk melakukan kebaikan tetapi tidak  melakukanya, nescaya akan dicatat baginya satu kebaikan. Jika dia  melaksanakannya, maka dicatat sepuluh kebaikan baginya. Sebaliknya  sesiapa yang berniat ingin melakukan kejahatan, tetapi tidak  melakukannya, nescaya tidak sesuatu pun dicatat baginya. Seandainya dia  melakukannya, maka dicatat sebagai satu kejahatan baginya. Baginda turun  hingga sampai kepada Nabi Musa a.s, lalu aku memberitahu kepadanya. Dia  masih lagi berkata: Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan.  Baginda menyahut: Aku terlalu banyak berulang alik kepada Tuhan,  sehingga menyebabkan aku malu kepada-Nya. (HR Muslim)
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan