Bidadari adalah wanita suci yang menyenangkan dipandang mata, menyejukkan apabila dilihat, dan mententeramkan hati setiap pemiliknya. Rupanya cantik jelita, kulitnya mulus. Dia memiliki akhlak yang paling baik, perawan dan dipenuhi dengan cinta.
Siapakah yang orang yang beruntung mendapatkannya ?
Siapa lagi kalau bukan orang-orang yang syahid kerana berjihad di jalan Allah, orang – orang yang tulus dan ikhlas membela agama Allah. Sebahagian dari kita mungkin terfikir, berpeluangkah kita untuk berjumpa dengan bidadari – bidadari itu? Adakah layak untuk kita milikinya? Adakah diantara kalangan mereka mendiami bumi sekarang ini?
Bidadari – bidadari itu telah turun ke bumi. Semenjak Islam mulai bangkit lagi di bumi ini. Bidadari-bidadari itu menghias diri setiap hari. Dia wujud sebagai manusia yang berhati lembut, sedap dipandang mata, menyejukkan apabila dilihat, menenteramkan hati setiap pemiliknya.
Bagaimana bidadari bumi itu?
Dia adalah wanita solehah yang menjaga kesucian dirinya. Setiap perempuan boleh menjadi bidadari.
Tetapi bagaimana ciri-cirinya?
Wanita solehah adalah wanita yang paling taat kepada Allah. Dia sentiasa menyerahkan segala urusan hidupnya kepada hukum dan syariat Allah. Dia menjadikan Al-Quran dan Al-Hadis sebagai sumber hukum dalam seluruh aspek kehidupannya. Ibadahnya baik dan memiliki akhlak serta budi peketi yang mulia.
Tidak mempnyai hobi berdusta, mengumpat dan riya. Berbuat baik dan berbakti kepada orang tuanya. Senantiasa mendoakan ibu bapanya, menghormati mereka, menjaga dan melindungi kedua – duanya. Dia taat kepada suaminya. Menjaga harta suaminya mendidik anak-anaknya dengan kehidupan yang islamik.
Hati akan tenang apabila meninggalkanya untuk pergi bekerja. Dia melayani suaminya dengan baik, berhias hanya untuk suaminya, pandai membangkitkan dan memotivasi suaminya untuk berjuang membela agama Allah. Dia tidak bermewah- mewah dengan dunia, tawadduk dalam bersikap sederhana. Kesabarannya luar biasa atas janji-janji Allah, dia tidak berhenti belajar untuk mencari bekal hidupnya.
Mereka sangat bermanfaat kepada orang sekitar. Pengabdiannya kepada masyarakat dan agama sangat besar. Wanita solehah menyeru manusia kepada Allah dengan kedua tangan dan kata – katanya yang lembut. Hatinya yang bersih, akalnya yang cerdas.
“Dan dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita sholehah”. (HR. Muslim). Dialah bidadari bumi, dialah wanita solehah yang keberadaan dirinya lebih baik dan bererti dari seluruh isi alam ini..
Subhanallah....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan