Jumaat, 17 Jun 2011

BIDAYATUL HIDAYAH (PERMULAAN JALAN HIDAYAH)


PERMULAAN HIDAYAH ITU ADALAH DENGAN ILMU
Bismillah wal hamdulillah..

Perkongsiaan bersama..
Memetik penulisan Al Imam Hujjatul Islam Al Ghazali ra dalam kitab bidayatul hidayah mengenai adab-adab awal dalam menuntut ilmu. Moga ianya dapat dimanfaat oleh kita semua..

Ketahuilah~ wahai saudaraku yang sangat berminat dan mempunyai perhatian dalam mencari ilmu,yang telah menunjukkan cita2 yang tinggi dan rasa yang sangat dahaga terhadap ilmu pengetahuan~ Seandainya dirimu berminat dengan mencari ilmu ini untuk berlumba2 dan mendapatkan kemegahan dan terkemuka dalam kalangan kawan2 dan untuk menarik perhatian orang ramai terhadap dirimu dan menghimpunkan kekayaan dunia, maka sebenarnya engkau telah berusaha menghancurkan agamamu dan membinasakan dirimu sendiri dan menjual akhiratmu untuk mendapatkan harta dunia, maka penjualanmu adalah rugi dan perniagaanmu porak peranda dan guru yang mengajarmu adalah dikira menolongmu dalam membuat maksiat dan ia juga akan merasa kerugian. Ketika itu guru yang mengajarmu laksana seorang yang menjual pedang kepada perompak seperta sabda Rasulullah saw:

“..sesipa yang menolong orang lain melakukan sesuatu maksiat walaupun hanya dengan setengah kalimat maka orang itu dikira berkongsi dalam melakukan maksiat tersebut..”

Dan jika niatmu dalam mencari ilmu itu untuk mencari keredhaan ALLAH dan mencari hidayah, bukan semata2 untuk pandai bercakap mka hendaklah engkau bergembira, kerana para malaikat telah mengembangkan sayapnya apabila engkau berjalan dan ikan yang berada di lautan dan hidupan yang berada di daratan akan memohon keampunan untukmu..
Hendaklah dirimu mengetahui bahawa hidayah itu adalah buah daripada ilmu dan bagi hidayah itu ada ‘bidayah’ (permulaan) dan ahda pula nidayah(kesudahan) dan ada ‘zahir’ dan ada ‘batin’. Dan dirimu tidak akan sampai pada nidayahtul hidayah dan tidak akan dapat menyelami batin hidayah kecuali dirimu telah selesai daripada menyempurnakan segala urusan yang berkenaan zahir hidayah..

Dan ketahuilah bahawa manusia dalam menuntut ilmu ini terbahagi kepada tiga keadaan:
1. Orang yang menuntut ilmu untuk menjadikan ia sebagai bekalan ke negeri abadi maka ia tidak berniat dengan mencari ilmu selain hanya mendapatkan redha ALLAH dan negeri akhirat. Maka orang itu termasuk dalam golongan orang yang beruntung.

2. Orang yang mencari ilmu untuk mendapat keuntungan yang segera (dunia) dan mendapatkan kemuliaan pangkat dan harta benda sedang ia menyedari hal ini dan merasa dalam hatinya akan kejahatan keadaan yang dialaminya dan kehinaan maksudnya. Orang ini berada dalam golingan yang berbahaya. Jika matinya tidak sempat untuk bertaubat maka ia dalam golongan yang merugikan diri dan matinya dalam su-ul khatimah(diserahkan pada ALLAH urusannya samada dimaafkan ALLAH ataupun diseksa). Namun seandainya ia bertaubat dan memperbaiki amal dan ilmunya maka ia akan bersama golongan yang beruntung.

3. Orang yang dikuasai oleh syaitan maka ia menjadikan ilmu yang dituntutnya itu sebagai alat untuk menghimpunkan harta benda dan bermegah megahan dengan kedudukan dan merasa bangga dengan ramainya pengikut. Dia menggunakan ilmunya untuk mencapai segala hajatnya untuk mengaut keuntungan dunia. Walaupun demikian dia menganggap dia mempunyi kedudukan yang tinggi di sisi ALLAH kerana zahirnya ia menyerupai para ulama. Dia bercakap seperti percakapan ulama dan berpakaian seperti pakaian ulama, namun pada hal zahir dan batinnya penuh dengan tamak dan haloba dalam menghimpun kekayaan dunia. Golongan ini termasuk dalam golongan orang yang binasa dan tertipu dengan helah syaitan dan sangat tipis harapanya untuk bertaubat kepada ALLAH kerana ia telah menyangka berbuat baik dan terlupa akan firman ALLAH Taala:

Hai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat?..As saff:2

Maka jadikanlah dirimu bersama golongan pertama dan berhati-hatilah supaya tidak termasuk dalam golongan yang kedua kerana banyak sekali orang yang lalai yang telah diragut kematian sebelum sempat ianya bertaubat dan memperbaiki kesilapan yang ada. dan jangan sama sekali kamu termasuk ke dalam golongan yang ketiga maka engkau akan terjerumus ke jurang kebinasaan yang sukar untuk diperbaiki..

~ Imam Al Ghazali ra~

Maka jika dirimu bertanya;' ..apakah langkah permulaan yang mesti diikuti dalam usaha menuju hidayah?..maka ketahuilah bahawa permulaan jalan hidayah itu ialah menyempurnakan taqwa zahir dan kesudahannya ialah mencapai taqwa yang batin. Kerana syurga itu tidak dapat dicapai melainkan dengan taqwa.. dan tiada petunjuk bagi orang yang tidak menyediakan dirinya untuk bertaqwa..Dan taqwa itu terbahagi kepada dua bahagian:

1-menjunjung segala perintah ALLAH SWT (melaksanakan segala ketaatan)

2-menjauhi segala larangan ALLAH SWT (dengan meninggalkan segala maksiat).


p/s:
MUHASABAH BERSAMA DALAM MELETAKKAN NIAT HANYA KERANA ALLAH..

Selamat meneruskan pengajian buat sahabat2 dan adik2 di KUO dan kampus UPSI. Moga semuanya diniatkan kerana ALLAH…

Juga selamat berjuang buat sahabat dan saudara islam semuanya..
~Menuntut dan menyebarkan ilmu itu juga adalah jihad~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan