Rabu, 23 November 2011

Antara Ingat dan Tak Ingat..



  Seperti biasa blog ni akan update ringkas2 je. Sebab saya tahu ramai tak suka baca panjang2.
 
Ada seorang ulama bernama Syeikh Hamid al-Hallaf telah berkata:
"Orang yang sering mengingati akan mati, orang itu akan dimuliakan dengan tiga hal; iaitu orang itu akan segera untuk bertaubat atas segala dosa-dosanya. Orang itu akan menerima rezeki pemberian Allah SWT kepadanya seadanya serta bersyukur dengan apa yang dia ada. Orang itu juga insyaAllah akan diberi kekuatan dan kerajinan dalam beribadah."

"Orang yang lalai dalam mengingati akan kematian pula akan diseksa dengan tiga perkara; orang itu akan sering terlupa untuk bertaubat yakni tidak bersedia untuk bertaubat dan bertangguh-tangguh. Orang itu akan rasa tidak puas dengan apa yang dia ada dan tidak menerima rezeki pemberian Allah seadanya. Orang itu juga akan ditimpa penyakit malas untuk beribadah." 
[Ini bukan hadis, hanya kata-kata penuh hikmah seorang yang alim. saya dah cuba selidiki tentang ulama ni tapi tak berjumpa infonya. saya berminat nak tahu siapa ulama ini. sila tolong saya cari info tentang beliau ya. syukran]

Jadi kita tahu sekarang kenapa kita susah nak bertaubat, jenis tak bersyukur dan tak puas dengan apa yang kita dapat dan malas beribadah. Ya, inilah sebabnya. Kita ni jenis tak ingat kita akan mati bila-bila masa. Orang yang paling bijak adalah orang yang bersedia menghadapi mati dengan persediaan amalan dan ibadah yang baik. Orang yang menggapai satu tingkatan paling tinggi dalam masyarakatnya atau mempunyai IQ yang genius sekalipun tidak mampu menandingi orang yang ingat mati dan bersedia ke arah itu.


"...mungkin hari ini atau esok aku akan meninggal..Allah..persediaan tak cukup lagi..(T_T)"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan