Berikut adalah kelebihan-kelebihan sembahyang tarawih itu mengikut malam ia dikerjakan.
Ø Malam pertama :Diampunkan dosa-dosa orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.
Ø Malam ke 2 : Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan sembahyang tarawih beserta dengan dosa-dosa kedua ibu bapanya.
Ø Malam ke 3 : Malaikat di bawah Arasy berseru supaya orang-orang yang mengerjakan sembahyang tarawih itu meneruskan sembahyangnya pada malam-malam yang lain dan semoga Allah memaafkan dan mengampunkan dosa-dosa mereka.
Ø Malam ke 4 : Orang-orang yang mengerjakan sembahyang tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kita Taurat, Zabur, Injil dan Al Quran.
Ø Malam ke 5 : Allah SWT akan mengurniakannya pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjid Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.
Ø Malam ke 6 : Allah SWT akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan untuk mereka.
Ø Malam ke 7 : Seolah-olah dia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong nabi itu menentang musuhnya iaitu Firaun dan Hamman.
Ø Malam ke 8 : Allah SWT mengurniakan pahala orang yang bersembahyang tarawih sebagaimana yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
Ø Malam ke 9 : Allah SWT akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambaNya seperti Nabi Muhammad SAW.
Ø Malam ke 10 : Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.
Ø Malam ke 11 : Dia meninggalkan dunia dalam keadaan bersih dari dosa seumpama baru dilahirkan.
Ø Malam ke 12 : Akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.
Ø Malam ke 13 : Dia akan datang pada hari kiamat dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.
Ø Malam ke 14 : Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka sembahyang tarawih serta Allah SWT tidak akan menyesatkan mereka.
Ø Malam ke 15 : Semua malaikat yang memikul Arasy dan Qursy akan bersalawat dan mendoakan supaya Allah mengampunkannya.
Ø Malam ke 16: Allah SWT menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
Ø Malam ke 17 : Allah SWT menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala nabi-nabi.
Ø Malam ke 18 : Malaikat akan menyeru ; “Wahai hamba Allah, sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapa engkau. (yang masih hidup atau telah meninggal dunia.)”
Ø Malam ke 19 : Allah SWT akan meninggikan darjatnya di dalam syurga Firdaus.
Ø Malam ke 20 : Allah SWT mengurniakan kepadanya pahala sekalian orang yang mati syahid dan orang-orang yang soleh.
Ø Malam 21 : Allah SWT akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.
Ø Malam ke 22 : Dia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang kekalutan pada hari tersebut.
Ø Malam ke 23 : Allah SWT akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.
Ø Malam ke 24 : Allah SWT akan membuka peluang untuk 24 doa yang makbul pada hari itu.
Ø Malam ke 25 : Allah SWT akan mengangkat siksa dari kuburnya.
Ø Malam ke 26 : Allah SWT akan mengurniakan pahala 40 tahun ibadah bagi orang-orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam tersebut.
Ø Malam ke 27 : Allah SWT akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.
Ø Malam ke 28 : Allah SWT akan menaikkannya 1000 darjatnya diakhirat.
Ø Malam ke 29 : Allah SWT akan mengurniakan kepadanya pahala 1000 haji yang mabruk.
Ø Malam ke 30 : Allah SWT akan member penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firmanNya, “Wahai hambaKu, makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai Salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad SAW yang bernama Al-Kautsar.”
>>> SELAMAT BERIBADAT DALAM BULAN RAMADAN.
>>>SELAMAT BERPUASA
>>>SELAMAT BERTARAWIH
>>>SELAMAT BERQIAMULLAIL MENCARI LAILATUL QADR
>>>SELAMAT KHATAM AL-QURAN DALAM BULAN TURUNNYA KALAMULLAH INI…
~~~~SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN KEKASIH ALLAH,,NABI MUHAMMAD SAW~~~~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan