Sabtu, 11 Ogos 2012

Memburu Kemanisan Iman..


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhkU6x47ngA8U-0nVqIgXQOKCFkdlxfqDzL3cejam8vTVaElilzqRXv76uB4iKT6gFXXrIxekvfMjPVU-WrDavXx5M8vJfRmi4FYLTQbNKVhxBZEKjlk6LlpbiGVU4gaNcFrzs2S-FYcNVB/s1600/KW5.jpg


Assaalmu'alaikum wbt..
Perkongsian bersama dalam menuju ALLAH..
 Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Ada tiga hal, yang jika tiga hal itu ada pada seseorang, maka dia akan berasakan manisnya iman. (Iaitu) Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai daripada selain keduanya; mencintai seseorang, dia tidak mencintainya kecuali kerana Allah; benci untuk kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkan darinya, seperti bencinya jika dicampakkan ke dalam api.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim dari Anas bin Malik ra)
 Berdasarkan hadis ini, ada tiga sifat yang jika ada pada seseorang maka orang itu akan berasakan manisnya iman. Manisnya iman adalah rasa nikmat ketika melakukan ketaatan kepada Allah, ketenangan jiwa, kesenangan hati dan lapangnya dada.
 Al-Imam Ibn Hajar al-Asqalani berkata, “Syaikh Abu Muhammad bin Abu Hamzah berkata: “Pengungkapan dengan lafaz ‘manis’ kerana Allah mengumpamakan iman seperti pohon, seperti di dalam firman-Nya bermaksud: “Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik.” (Surah Ibrahim, ayat 24)
 Kalimat yang baik adalah kalimat ikhlas, kalimat tauhid, sedangkan pohon adalah pokok daripada keimanan, cabangnya adalah menjalankan perintah dan menjauhi larangan, daun-daunnya adalah segala amal kebaikan yang harus diperhatikan seorang mukmin, dan buahnya adalah tingkatan Ihsan dalam kerja-kerja amal yang dilakukan yang dirasai di sebaliknya pemerhatian Allah .
 Manisnya buah pula amat dirasai ketika buah sudah cukup tua bersedia untuk dinikmati.
Mencintai Allah mestilah melebihi cintanya kepada orang lain seperti orang tua, anak, diri sendiri dan sesiapa saja yang dekat dengan kita. Beriman kepada Allah memiliki rasa manis yang tidak mungkin dinikmati, kecuali oleh orang yang beriman dengan sebenar-benar keimanan, penuh keikhlasan dan ilmu.
 Oleh kerana itu, tidak semua orang yang mengatakan dirinya Muslim atau mukmin secara automatik dapat berasakan manisnya iman. Iman bukan cukup hanya dengan angan-angan, tetapi wajib dimantapkan dalam hati, dikuatkan dengan perkataan dan perbuatan yang dijiwai sepenuh hati. Kata kunci segala permasalahan ini adalah ikhlas, dan ikhlas pula adalah hadian dianugerahi pada hamba yang bersih hatinya.
Mengikut Ibrahim al-Khawas , proses pembersihan hati berlaku melalui langkah-langkah berikut :
- Membaca al-Quran dengan merenungkan dan memahami maknanya.
- Qiyamullail
- banyak beristighfar
- Berkawan dengan orang yang jujur mencintai Allah dan orang salih
- Kurangkan makan 
Mencintai Rasulullah SAW yang menyusul selepas mencintai Allah adalah ciri terpenting yang harus dimiliki siapa saja yang ingin berasakan kelazatan iman..
Dalam sebuah hadith yang sahih Saidina Umar al-Faruq pernah berkata kepada Nabi SAW: “Wahai Rasulullah, sungguh engkau lebih aku cintai daripada segala sesuatu apa pun, kecuali diriku.” Maka Nabi SAW menjawab, “Bukan begitu, demi zat yang jiwaku berada di tangan-Nya, sehingga aku lebih engkau cintai daripada dirimu sendiri.” Maka Umar menjawab, “Demi Allah, sesungguhnya engkau sekarang lebih aku cintai daripada diriku sendiri.” Maka Nabi SAW menjawab, “Sekarang Umar, (telah sempurna imanmu).”
 Al-Syaikahani meriwayatkan dari Anas r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak beriman salah seorang di antara kalian, sehingga aku lebih dia cintai daripada orang tuanya, anaknya dan seluruh manusia.”menurut Dr Aish al-Qarniy dalam kitabnya Rahmatan Lil Alamin, antara cara mencintai Nabi SAW:
 -Beriman bahawa Muhammad SAW adalah utusan Allah, yang diutus kepada seluruh umat manusia, sebagai pemberi peringatan dan khabar gembira, sebagai penyeru ke jalan Allah dengan pembawa cahaya kebenaran.
- Menjalankan perintah Baginda dan menjauhi larangannya.
- Memperjuangkan sunnahnya, mengamalkan dan menyebarkan
- Banyak berselawat dan bersalam kepada Rasulullah SAW.
- Mencintai sahabat dan kaum kerabat Baginda dan membela mereka.
- Mengkaji perjalanan hidup dan sirah Baginda
Mencintai seseorang kerana Allah maksudnya menjaga hubungan kasih sayang antara seorang Muslim dengan saudaranya atas landasan iman kepada Allah SWT dan amal soleh.
Kita mencintai saudara kita bukan kerana keuntungan kebendaan atau harta, kita membencinya atau menjauhinya bukan kerana kemiskinan atau tidak memperoleh manfaat dunia darinya. Ukuran kecintaan kita kepadanya adalah atas dasar iman dan amal salih.Tanda mencintai seseorang muslim juga ialah menolongnya pada saat dia memerlukan bantuan, tidak membuka aib, tidak membenci, tidak iri dan dengki terhadap nikmat yang diberikan Allah kepada saudara kita.
Selain itu kita juga hendaklah mendoakan buat saudara kita tanpa pengetahuannya dan mengucapkan salam jika bertemu, bertanya khabar keadaannya, tidak berkelakuan sombong kepadanya.
InsyaALLAH.. 
Petikan blog Ustaz Zahazan Mohammad
..tundukkanlah kembali hati ini padaMu Ya ALLAH...

Isnin, 25 Jun 2012

Pertemukanlah kami dengannya..





بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum..
 
Walau tidak layak untuk melafazkan kata2 ini namun diri ini sentiasa menyimpan rasa dan hasrat;
"...daku ingin bersamamu Ya Rasulullah...."
Umatmu ini meyakini bahawa bersama setiap sunah dan teladanmu ada kekuatan..

Ceriakanlah wajah Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam
dengan kebaikan amal-amal baik kalian.."

[Al-Habib Ali bin Muhammad Al-Habsyi]

Rezekikan kami untuk sentiasa melakukan kebaikan Ya ALLAH.. Memilih jalan-jalan kebaikan,berada dalam kebaikan,berfikir dalam kebaikan,bertindak dalam kebaikan.Rezekikanlah juga kami untuk memandu diri dan saudara2 kami ke arah kebaikan yang boleh menyampaikan kami padaMU..dan mempertemukan kami dengan kekasihMu..

Allahhumma amiin..

Selasa, 24 April 2012

Smogaku menjadi tetamuMu itu ya Allah..amin..


Ambil masa 5 minit.. tarik nafas dan lepas.. tenangkan diri..
"Bismillahirahmanirrahim.. (Hayatilah dgn mata hati kita sahabat)

Bayangkan sekarang anda berada di atas pesawat MH256 yang akan berlepas ke Jeddah.. Pesawat pun menerjah ke ufuk langit meninggalkan bumi Malaysia.. Anda sudah siap berpakaian ihram dan anda tak sabar untuk tiba di lapangan terbang Jeddah.. Beberapa lama kemudian terdengar suara menyuruh anda berniat umrah dan ihram kerana anda sudah tiba di kawasan miqat Yalamlam. Anda pun berniat..Pesawat tiba di lapangan terbang Jeddah, di bumi Arab yang sudah hampir dengan Kota Mekah.. Anda turun dari pesawat, gementar dan teruja, bercampur baur perasaan anda.. Anda menjejakkan kaki anda di tanah Jeddah lalu menitis air mata dari hati yang rindukan tanah suci selama ni.. Anda bertakbir lalu sujud syukur di situ.. Anda teruskan perjalanan dan dibawa ke hotel tempat penginapan.. Setelah selesai urusan, anda mengikut ketua rombongan dan mutawwif menuju ke suatu tempat yang asing bagi anda, tapi selalu anda lihatnya di kaca TV dan internet sambil laungan talbiah diseru di segenap penjuru..

langkah demi langkah berlalu.. besarnya bangunan masjidil haram ini.. anda memasuki salah satu pintu gerbangnya.. dari jauh anda terlihat suatu objek yang sangat anda kenali.. Kaabah di depan mata anda, anda makin hampir dengannya.. Berderai air mata bila melihatnya.. lalu anda berdoa pada Allah atas nikmat yang Dia berikan kerana membenarkan anda menjejaki dan melihat rumah suciNya.. anda mula bertawaf di sekeliling bangunan hitam itu.. indahnya perasaan ketika itu.. anda teringat kembali kisah2 Nabi sewaktu di situ.. doa demi doa dibaca.. anda terlihat batu syurga dari jauh.. anda melambaikan tangan anda ke arahnya, teringin mengucupnya.. selesai tawaf, anda solat sunat 2 rakaat di belakang makam Ibrahim.. kusyuk sungguh solat anda.. manakan tidak, Kaabah di depan mata anda.. anda berdoa bersungguh2..

langkah anda diteruskan ke bukit safa, di situ anda akan melakukan ibadah sa'ie.. teringat pula kisah Siti Hajar yang berulang alik antara bukit safa dan marwah untuk mencari air buat anaknya Nabi Ismail yang dahaga.. kelihatan dekat saja jaraknya, namun siapa tahu kepahitan yang dialami Siti Hajar ketika panas terik di bumi Mekah yang kontang ketika itu.. menitis sekali lagi air mata anda apabila anda pula yang menyelami 7 perjalanan yang 'dekat' itu.. anda selesai sudah bersa'ie, anda kemudian bertahallul dan selesailah sudah umrah anda.. di sudut hotel anda melihat masjidil haram.. anda teringin sekali turun untuk masuk ke dalam masjid Allah untuk mengabdikan diri di sana.. anda mencari suatu ketenangan dan kekusyukan dalam solat.. anda kemudian tawaf buat kali terakhir dan melambai pada Kaabah.. anda akan menuju pula ke madinah, tanah suci kedua umat Islam..

hati meronta tidak ingin meninggalkan baitullah, namun hati teringin sangat bertemu dengan manusia paling agung atas muka bumi, yakni kekasih Allah.. anda turun dari bas dan menjejakkan kaki atas tanah madinah, tanah di mana jasad Nabi Muhammad s.a.w dimakamkan di dalamnya.. mulianya tanah Madinah.. sujud syukur anda pada Allah kerana menyampaikan hajat untuk berada di sana.. dari jauh kelihatan masjid Nabawi.. anda masuk ke masjid, lalu menunaikan solat tahiyatul masjid.. anda cuba masuk ke raudhah, satu dari taman-taman syurga yg ada di dunia, letaknya antara rumah baginda Nabi s.a.w dan mimbarnya.. anda habiskan masa dengan baik di raudhah, tidak sedikit masa itupun anda lalai kerana beribadah di dalamnya sangat memberikan kesan yang baik dalam hati.. anda keluar dari raudhah, ada satu tempat yang dah lama anda idamkan untuk pergi ke situ.. anda berjalan dan terlihat pintu emas yang di mana di dalamnya ada maqam Rasulullah yang anda cintai.. menitis air mata tatkala itu sebagai seorang kekasih yang hanya mampu melihat maqam kekasihnya yang mulia.(T_T).. dalam hati ingin sekali mengikuti Baginda dan bersama baginda di barzakh madinah.. kerinduan demi kerinduan dilepaskan.. hanya Allah yang tahu bagaimana luluh hati anda mengenangkan kekasih Allah itu..

saatnya sudah tiba, anda sudah tak lama di sana kerana akan pulang ke tanah air.. hati memberontak sekali lagi tidak mahu pulang.. tidak mahu berpisah dengan Nabi Allah.. rasanya ingin sekali dipanggil maut disana dan dimakamkan di Baqi' bersama para syuhada', wali Allah, ulama' dan mereka yang soleh.. namun apa daya, anda perlu juga pulang.. anda melambaikan tangan ke arah masjid nabawi, kerinduan anda tinggalkan di sana.. hati anda tetap mencintainya.. anda bertekad untuk kembali lagi agar tidaklah Nabi lupa wajah anda pada hari syafaat diberikan.. titisan demi titisan air mata jatuh dan mengering.. anda tiba di bumi malaysia.. anda berazam menjadi seorang yang lebih baik dan soleh/solehah.. anda ingin sekali mendidik anak2 serta kaum keluarga agar menjadi mukmin sejati.. anda ingin berbakti pada agama.. anda berazam akan bawa keluarga anda pula sujud di tanah haram yang para malaikat sentiasa menjaganya serta anda ingin membawa keluarga bertemu dengan Rasulullah s.a.w yang selalu anda ceritakan pada mereka..insyaallah...


Pintaku, smoga diriku ini terpilih menjadi tetamuMu itu pd suatu hari 
nnti ya Allah..insyaallah...amin ya Robb..(T_T)

Sabtu, 14 April 2012

:: AL - QUR'AN KALAMULLAH ::

 
 
*~ Kepada yang MAMPU, hafallah..
*~ Kepada yang TIDAK MAMPU, bacalah..
*~ Kepada yang LEMAH, berusahalah dlm memperbaiki pembacaan kita..

CARILAH MASA untuk membaca AL Quran.....
ada Hamba Allah selalu berkata :
"Jika tidak bisa membaca 1 juz sehari,
bacalah sehelai sehari....atau 1 muka surat sehari,
atau membaca setakat mana terdaya yg mampu..."

“Orang MAHIR dalam bidang Al-Quran maka ia akan bersama para Nabi dan syuhada....adapun orang yg MEMBACA DENGAN GAGAP
(tidak mahir) namun hatinya TERTAMBAT kepadanya,
maka ia memperolehi DUA PAHALA.”
(Hadis riwayat Muslim)

Mohonlah kekuatan dari Allah untuk melawan Nafsu malas kita krna sesungguh tiada daya dan upaya,
hanya kepada Allah tempat pertolongan....

Ada satu Hadis Nabi saw yang mengatakan kepada sesiapa saja yang membaca Al-Quran, mempelajarinya dan mengamalkanya, maka akan dipakaikannya kepada kedua IBU BAPANYA pada hari kiamat MAHKOTA DARI CAHAYA yg sinarnya bagaikan sinar matahari, dan dikenakan kepada kedua orang tuanya DUA PERHIASAN yang nilai tidak tertanding oleh dunia....
Subhanallah.., terlalu indahnya sahabat2.....
rebutlah PELUANG yg ada untuk ibu dan ayah kita....smoga diri kita ini dpt menjadi permata buat Ayah Bonda nnti..Insyaallah..

:: InsyaAllah, smoga kt terus ISTIQAMAH dan MUJAHADAH dalam membaca AL-QURAN ::



Rabu, 11 April 2012

Bidadari di dunia itu.. Wanita Solehah..




Seindah-indah perhiasan adalah wanita solehah..
Sayap kiri kpd perjuangan suami yg Sejati (Soleh)..
Sedikit perkongsian bt Muslimah..

1. Jaga solat pada awal waktu. Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita meninggalkan solat.

2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi s.a.w di rumah dengan keluarga. Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman Nabi s.a.w sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yang soleh yang mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia akhirat.

3. Baca Al-Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat. Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al-Quran dan muhasabah “Ya Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini”.

4. Mendidik anak secara islam. Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun, iaitu doa seharian Nabi s.a.w seperti doa tidur,bangun tidur, makan dan sebagainya.

5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami. Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yang hidup sederhana. Setiap titisan air masakan & basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah s.w.t atas wanita tersebut.

6. Galakkan suami untuk bermujahadah atas Agama Allah. Seorang isteri yang menggalakkan suami untuk solat berjemaah di Masjid / Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri.

Mudah-mudahan ulasan ringkas ini bermanfaat. Muzakarahlah bersama kawan2 muslimat yg lain supaya hakikat amalan ini dpt masuk ke dalam hati kita & mudah utk  diamalkan..insyaAllah..
 
Selamat beramal...
 
"Sampaikanlah walaupun satu ayat, insyaAllah smoga ia bermanfaat bt smua"..

Maka carilah aku sbg temanMu ....

 



1 hari aku akan tinggalkan kamu,

1 hari aku akan lari darimu,

1 hari kamu akan menyesal kerana tidak memiliku,

1 hari kamu akan tahu bahawa akulah segalanya untukmu,

1 hari bila kamu menyedarinya,

kamu sedih kerana terlambat memilikiku,

kerana aku "AL,QURAN"

sebagai panduan hidupmu....

Maka carilah aku sebelum,

aku kembali ke sisi

PENCIPTA KU.....





Rabu, 4 April 2012

Baiti Jannati.."RumahKu syurgaKu...InsyaAllah..



AMALAN KETIKA ANAK SEDANG TIDUR

Sedikit perkongsian bt bakal2 ibu dan bapa..
Sebagai ibu bapa eloklah kita cuba lakukan kepada anak-anak....
 
"Sesungguhnya Anak2 itu anugerah Allah, kita sbg Ibu dan bapa diamanahkan dlm mencorakkan keperibadian anak2 kita...smoga ia bermanfaat bt smua..insyaallah...

►Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke ubun-ubun kepalanya sebanyak yang mungkin atau 100 kali. seterusnya,

►Membaca surah al fatihah 1 kali,alam Nasyrah 1 kali.Berbisiklah ditelinga anak dengan lembut dan perlahan-lahan ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya.

►Bisikan tersebut hendaklah berupa nasihat, pujian dan perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu sangatlah berkesan kepada jiwa dan rohnya.

►Ayah dan ibu juga hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan ubun-ubun anak.

♥ﻻ ﺇﻟﻪ ﺇﻻ ﺍﻟﻠﻪ ..