Sabtu, 14 April 2012

:: AL - QUR'AN KALAMULLAH ::

 
 
*~ Kepada yang MAMPU, hafallah..
*~ Kepada yang TIDAK MAMPU, bacalah..
*~ Kepada yang LEMAH, berusahalah dlm memperbaiki pembacaan kita..

CARILAH MASA untuk membaca AL Quran.....
ada Hamba Allah selalu berkata :
"Jika tidak bisa membaca 1 juz sehari,
bacalah sehelai sehari....atau 1 muka surat sehari,
atau membaca setakat mana terdaya yg mampu..."

“Orang MAHIR dalam bidang Al-Quran maka ia akan bersama para Nabi dan syuhada....adapun orang yg MEMBACA DENGAN GAGAP
(tidak mahir) namun hatinya TERTAMBAT kepadanya,
maka ia memperolehi DUA PAHALA.”
(Hadis riwayat Muslim)

Mohonlah kekuatan dari Allah untuk melawan Nafsu malas kita krna sesungguh tiada daya dan upaya,
hanya kepada Allah tempat pertolongan....

Ada satu Hadis Nabi saw yang mengatakan kepada sesiapa saja yang membaca Al-Quran, mempelajarinya dan mengamalkanya, maka akan dipakaikannya kepada kedua IBU BAPANYA pada hari kiamat MAHKOTA DARI CAHAYA yg sinarnya bagaikan sinar matahari, dan dikenakan kepada kedua orang tuanya DUA PERHIASAN yang nilai tidak tertanding oleh dunia....
Subhanallah.., terlalu indahnya sahabat2.....
rebutlah PELUANG yg ada untuk ibu dan ayah kita....smoga diri kita ini dpt menjadi permata buat Ayah Bonda nnti..Insyaallah..

:: InsyaAllah, smoga kt terus ISTIQAMAH dan MUJAHADAH dalam membaca AL-QURAN ::



Rabu, 11 April 2012

Bidadari di dunia itu.. Wanita Solehah..




Seindah-indah perhiasan adalah wanita solehah..
Sayap kiri kpd perjuangan suami yg Sejati (Soleh)..
Sedikit perkongsian bt Muslimah..

1. Jaga solat pada awal waktu. Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita meninggalkan solat.

2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi s.a.w di rumah dengan keluarga. Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman Nabi s.a.w sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yang soleh yang mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia akhirat.

3. Baca Al-Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat. Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al-Quran dan muhasabah “Ya Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini”.

4. Mendidik anak secara islam. Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun, iaitu doa seharian Nabi s.a.w seperti doa tidur,bangun tidur, makan dan sebagainya.

5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami. Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yang hidup sederhana. Setiap titisan air masakan & basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah s.w.t atas wanita tersebut.

6. Galakkan suami untuk bermujahadah atas Agama Allah. Seorang isteri yang menggalakkan suami untuk solat berjemaah di Masjid / Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri.

Mudah-mudahan ulasan ringkas ini bermanfaat. Muzakarahlah bersama kawan2 muslimat yg lain supaya hakikat amalan ini dpt masuk ke dalam hati kita & mudah utk  diamalkan..insyaAllah..
 
Selamat beramal...
 
"Sampaikanlah walaupun satu ayat, insyaAllah smoga ia bermanfaat bt smua"..

Maka carilah aku sbg temanMu ....

 



1 hari aku akan tinggalkan kamu,

1 hari aku akan lari darimu,

1 hari kamu akan menyesal kerana tidak memiliku,

1 hari kamu akan tahu bahawa akulah segalanya untukmu,

1 hari bila kamu menyedarinya,

kamu sedih kerana terlambat memilikiku,

kerana aku "AL,QURAN"

sebagai panduan hidupmu....

Maka carilah aku sebelum,

aku kembali ke sisi

PENCIPTA KU.....





Rabu, 4 April 2012

Baiti Jannati.."RumahKu syurgaKu...InsyaAllah..



AMALAN KETIKA ANAK SEDANG TIDUR

Sedikit perkongsian bt bakal2 ibu dan bapa..
Sebagai ibu bapa eloklah kita cuba lakukan kepada anak-anak....
 
"Sesungguhnya Anak2 itu anugerah Allah, kita sbg Ibu dan bapa diamanahkan dlm mencorakkan keperibadian anak2 kita...smoga ia bermanfaat bt smua..insyaallah...

►Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke ubun-ubun kepalanya sebanyak yang mungkin atau 100 kali. seterusnya,

►Membaca surah al fatihah 1 kali,alam Nasyrah 1 kali.Berbisiklah ditelinga anak dengan lembut dan perlahan-lahan ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya.

►Bisikan tersebut hendaklah berupa nasihat, pujian dan perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu sangatlah berkesan kepada jiwa dan rohnya.

►Ayah dan ibu juga hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan ubun-ubun anak.

♥ﻻ ﺇﻟﻪ ﺇﻻ ﺍﻟﻠﻪ ..

Jumaat, 30 Mac 2012

Mari ikut cara Nabi S.A.W..


SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH
Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardhu dan solat Subuh secara berjemaah.
Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.

AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN
Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.
“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (HR. Muslim)

TIDAK PERNAH MAKAN BERLEBIHAN
Sabda Rasulullah w yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)
Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.
Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.

GEMAR BERJALAN KAKI
Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.
Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.

TIDAK PEMARAH
Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.
Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.
Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wudhu’ dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah di hati.

OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA
Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakkal kepada Allah s.w.t.

TIDAK PERNAH IRI HATI
Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat Mahmudah.”

PEMAAF
Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.
Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.

“BAHAGIA sebenarnya bukan MENDAPAT tetapi dengan MEMBERI. Sebenarnya, banyak lagi cara hidup sihat Rasulullah. Semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya.”
         mari ikut cara nabi. :)

Jumaat, 27 Januari 2012

Jangan Malu-Malu Kucing..



Assalamualaikum..

 Sedikit perkongsian bt sahabat/iah dek lama sudah x bertintakan kata2 dan noktah utk dicoretkan di ruangan maya ini. "Tajuk jgn malu2 dlm berdakwah"..Tak perlu kita malu lagi utk berdakwah, tak perlu malu bawak penampilan Islam yang indah di depan mata kawan-kawan kita yang banyak melagho. Kita buka surat khabar je, tengok majalah, tengok TV semua macam-macam benda yang tak patut disiarkan, telah dipromosi dengan hebatnya disitu..astafirullahalazim..

Kita tengok je keadaan skrg ni, sbg contoh bila kita usha2 cerita2 kt TV spt cerita mat saleh, cite jepun, korea, hong kong, hindustan dan sebagainya. banyak benda2 yg x elok disiarkan disitu..so,jika ia terdedah kpd anak2 kecil, maka akan menjadi barah penyakit buat proses pembentukan akhlak peribadi insan2 kecil itu yg secara fitrahnya suci bersih laksana kain putih itu... so,kita selaku pemegang amanah Allah inilah yg berperanan dlm membaluti diri mereka dan juga masyarakat diluar sana dgn balutan iman dan takwa serta berusaha utk mengubah keadaan masyarakat skrg ini..


Makanya, jangan konfius lagi kwn2.. Usaha dakwah dah jatuh hukum fardhu ain buat kita semua. Kita telah diserang dengan dahsyat dari sudut pemikiran. Apa lagi duk malu-malu lg skrg..Biarpun kecil usaha kita itu, insyaAllah ia amat bermakna di sisi Allah s.w.t..utk agama yg kita cintai ini..

Lupakah kita dgn ungkapan keramat dr Amirul Mukminin (Khalifah Umar Al-Khattab)

"Kita dahulunya merupakan kaum yang hina, Allah SWT telah memuliakan kita dengan Islam, andainya kita mencari kemuliaan selain daripada apa yang telah Allah muliakan kita dengannya, maka kita akan dihina oleh Allah."



"Sampaikanlah walaupun satu ayat"..insyaAllah smoga ia bermanfaat bt smua..

~siri peringatan bt diri dan sedikit perkongsian bt sahabat/sahabiah juga..


 والسلام



Syukran kerana sudi membaca



Khamis, 26 Januari 2012

Jagalah Allah, Allah pasti menjaga kita..


Dari Abil Abbas Abdullah bin Abbas dia berkata :

“Dahulu aku pernah berada di belakang Rasulullah, lalu beliau bersabda :
“Wahai anak kecil sesungguhnya aku ingin mengajarimu beberapa kata, jagalah Allah, maka pasti Allah menjagamu, jagalah Allah pasti kau akan menjumpai-Nya dihadapanmu. Apabila engkau meminta maka mintalah kepada Allah dan jika engkau meminta pertolongan maka mintalah pertolongan kepada Allah. Ketahuilah, seandainya suatu umat berkumpul untuk memberikan manfaat kepadamu maka mereka tidak mampu memberi manfaat tersebut kecuali yang telah ditakdirkan Allah untukmu dan apabila mereka berkumpul untuk memudaratkanmu maka mereka tidak mampu memudaratkanmu kecuali dengan apa-apa yang ditakdirkan oleh Allah atasmu, telah di angkat pena dan telah kering tinta”

 
(HR. Tirmidzi, dan dia berkata hadits hasan shohih).