Selasa, 2 Ogos 2011

Prep Ramadhan: Seni Untuk Cemerlang Di Bulan Ramadhan

ramadhan



10 Tip untuk Mencapai Kecemerlangan Dalam Ramadhan

1.Laparkan Kejayaan : apa-apa pun target anda pada diri sendiri, anda akan mencapai sekurang-kurangnya 80% daripada target anda itu. Jangan jadikan kegagalan sebagai pilihan anda pada Ramadhan kali ini, tanamkan keinginan dan laparkan kejayaan



2.Tetapkan Matlamat : Apabila kita menetapakan matlamat kita pada Ramadhan kali ini, tetapkan matlamat yang tinggi! Allah S.W.T telah menetapkan matlamat yang tinggi kepada kita semua, iaitu Syurga Firdaus, Insyaallah. Kita tidak boleh hanya menetapkan matlamat, tetapi berusaha untuk mencapainya.

3.Bina Keyakinan Pada Ramadhan Ini : Jangan mendengar kepada mereka yang cuba menjatuhkan atau mengkritik terhadap perubahan yang cuba anda lakukan. Juga jangan membiarkan diri anda jatuh atau kecewa pada diri sendiri, jika anda gagal untuk mencapai matlamat jangka pendek.

4. Buat Apa Yang Kita Suka Buat: pilih amalan yang paling gemar kita lakukan dan tingkatkan ia pada Ramadhan kali ini. Samada membaca Al-Quran, memasak/memberi makan, Qiamulail atau Bertahmid dan berzikir memuji tuhan. Lakukan amalan ini lebih dibulan Ramadhan. Nabi Muhamad S.A.W mahukan amalan ini berterusan walaupun ia kecil.

5. Kaji Kejayaan: Bukan hanya sekadar mengkaji, tetapi belajar daripada mereka yang lebih berilmu. Ia akan merangsang dan memotivasikan untuk kita menjadi lebih baik. Contoh terbaik adalah Nabi Muhamad S.A.W dan para sahabat. Baca kisah tentang mereka, insyaallah kehebatan dan kecekalan mereka akan memotivasikan kita.

6. Bersahabat Dengan Orang Cemerlang: Tidak dinafikan bahawa orang yang bergaul dengan kita akan mempengaruhi diri kita samada untuk menjadi baik mahupun buruk. Jika kita ingin berjaya, berkawanlah dengan orang berjaya. Tabiat baik mereka akan berjangkit kepada kita dan Insyallah ia akan memotivasikan kita dengan lebih baik lagi

7. Berusaha Sehabis Daya: Mengambil serius tentang pencapaian kita dan menjadikan mereka sebagai keutamaan. Insyaallah pada Ramadhan kali ini kita cuba untuk lebih fokus pada perubahan yang ingin kita lakukan, kerana kita tidak tahu mungkin ini adalah Ramadhan yang terakhir buat kita.

8. Bersedia Mengubah Rancangan : lazimnya jadual harian kita akan berubah semasa bulan Ramadhan. Sekurang-kurangnya cuba untuk mengubahnya dan hindari tabiat lama kerana ini adalah bulan untuk perubahan. Ia bermaksud bukanlah kita harus mengubah rutin harian semuanya sekali, tetapi menyesuaikan rutin itu mengikut kesesuaian dan keselesaan kita. Juga, jangan buat perkara yang mundur ke belakang atau memadatkan rutin harian kita kerana tiada siapa yang dapat menjangka bila hal kecemasan boleh berlaku

9.Ingatkan Diri Kita Tentang Hakikat Kejayaan Yang  Kita Capai : Ini ada beberapa cara. Antaranya adalah dengan pergi kepada seseorang yang boleh sentiasa mengigatkan kita, atau kita boleh mengingatkan diri kita sendiri. Ingatkan diri kita tentang amalan kita pada bulan ini dan kita mungkin tidak berpeluang seperti ini lagi.

10.Jangan Berputus Asa : Syaitan sentiasa membuatkan kita berputus asa atas perkara yang baik, tetapi pada bulan ini, syaitan dibelenggu. Oleh itu, Kita hanya bertarung dengan diri sendiri – Jangan anggap kita tidak mampu lakukan! Jika kita seorang yang beriman kepada Allah, jangan berputus asa, Berbuatlah perkara baik sehingga ke hujung bulan Ramadhan, walaupun mungkin kita penat seketika, tetapi jangan berputus asa!

Semoga Allah  SWT memberi keampunan kepada kita, insyaAllah..moga2 dijadikan Ramadhan kali ni penuh dengan Rahmat dan Kenikmatan dalam beribadah serta moga2  Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yg paling baik n produktif untuk diri kita! 

Amin..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan