Ahad, 25 Disember 2011

。★"。☆ "Seharum Pusara Masyitah" 。★"。☆

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum..



Bila mana hati terasa lemah, & iman terasa rapuh, sabar terasa ingin berderai, harapan terasa sudah berkecai... renungilah kembali sirah-sirah lepas yang melakarkan kehebatan insan-insan yang meletakkan tawakal & menyerahkan seluruhnya kepada Allah, sesungguhnya kekuatan & kehebatan mereka-mereka ini datangnya adalah daripada Allah.

Masih ingat kisah Masyitah? Salah seorang serikandi Islam yang dijanjikan syurga oleh Allah kerana tekadnya beliau memegang tauhid Allah hingga ke hujung nafasnya. InsyaAllah, mari kita susuri kisah tokoh Islam yang sangat berani ini, lalu mengambil kekuatan daripada beliau, betapa kukuh pegangannya memegang tali Allah.

Di antara mereka yang beriman dengan dakwah dan seruan Nabi Musa a.s ialah keluarga Masyitah dan suaminya Hazaqil. Hazaqil ialah seorang yang amat dipercayai oleh Fir’aun, manakala Masyitah pula adalah penyisir rambut anak Fir’aun. Mereka amat taat dan beriman kepada Allah SWT namun, mereka berjaya merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan Fir’aun.

Disebabkan Hazaqil menentang Fir’aun kerana menjatuhkan hukuman mati kepada seorang ahli sihir yang menyatakan keimanannya terhadap Allah, maka beliau turut dijatuhkan hukuman mati. Hazaqil menemui ajalnya dengan tangan terikat pada pohon kurma dan tubuhnya penuh dengan ditembusi anak panah. Isterinya, Masyitah sangat bersedih atas kematian suaminya itu.

Pada suatu hari, sewaktu Masyitah sedang menyisir rambut puteri Fir’aun, tanpa sengaja sisir tersebut terjatuh ke lantai, lalu Masyitah pun berkata tanpa disangka-sangka:

“Dengan nama Allah, binasalah Fir’aun.”

Disebabkan marah, anak Fir’aun telah mengadukan perkara tersebut kepada ayahnya. Lalu, Masyitah pun dipanggil oleh Fir’aun untuk disoal siasat.

Ketika disoal sama ada benar atau tidak dia menghina Fir’aun, Masyitah mengiyakan tanpa rasa takut atau gentar. Lalu, Fir’aun menjadi murka. Dua pilihan diberi kepada Masyitah, samada dia mengatakan Fir’aun adalah Tuhan yang patut disembah atau jika dia ingkar, dia dan anak-anaknya akan dimasukkan ke dalam kuali yang sedang mendidih minyaknya.

Masyitah tetap dengan keimanannya. Namun, dia merasa sedikit ragu apabila melihat wajah kedua anaknya. Namun, dengan kekuasaan Allah SWT, anak yang masih menyusu itu berkata;

“Jangan bimbang wahai ibuku. Ini kerana kita semua akan memperolehi ganjaran yang hebat daripada Allah SWT. Pintu syurgaNya akan terbuka luas menunggu kedatangan kita.”

Lantas, tanpa sedikit pun rasa takut, Masyitah terus terjun ke dalam kuali berisikan minyak panas yang sedang menggelegak itu bersama kedua anaknya. Tiada sebarang tangisan ataupun jeritan yang kedengaran. Malahan keajaiban telah terjadi dengan kehendak Allah. Minyak yang sedang menggelegak itu tiba-tiba mengeluarkan haruman yang semerbak."Subhanallah"..

Demikianlah kisah Masyitah. InsyaAllah, semoga kita semua akan dapat mengambil hikmah dan mengikuti jejak langkahnya, meninggal di dalam keadaan yang teguh menggenggam Kalimah Tauhid yang agung..amiin..



--------------------------------------------

Letakkanlah diri kita sekarang di dalam situasi yang dialami oleh Masyitah. Adakah kita akan tetap memegang Tauhid Allah, atau sanggup kita melepaskan Islam & Allah kerana takut dengan minyak yang mendidih & menggelegak itu?

Sesungguhnya, tetaplah berpegang teguh kepada Allah. Berpeganglah pada hukum Allah, dari Dia kita datang, maka, kepada Dia jugalah kita kembali..

Bila mana hati terasa lemah, & iman terasa rapuh, sabar terasa ingin berderai, harapan terasa sudah berkecai... renungilah kembali sirah-sirah lepas yang melakarkan kehebatan insan-insan yang meletakkan tawakal & menyerahkan seluruhnya kepada Allah, sesungguhnya kekuatan & kehebatan mereka-mereka ini datangnya adalah daripada Allah.

Allah telah memberikan kekuatan, keyakinan & keberanian kepada mereka untuk tetap berpegang kepadaNya kerana mereka sentiasa yakin & percaya dengan kekuasaan & pertolongan Allah. Pengajaran inilah yang paling penting untuk kita semua agar iman kita akan terus dikukuhkan oleh Allah. insyaAllah..

Mudah-mudahan, kembalinya kita kelak, walau tidak seharum pusara serikandi agung Masyitah, sekurang-kurangnya, dapatlah kita meraih keredhaan Allah.. amiin ya rabbal 'alamin..

Allahumma inni as aluka ridhoka wal jannah, ya Allah....


 والسلام


Syukran kerana sudi membaca


Sabtu, 24 Disember 2011

Untukmu Wahai Pejuang Islam..


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum..

Buatmu wahai pejuang Islam... Baca dan fahami perkataan dalam gambar tersebut..semoga kita diberi kekuatan untuk melaksanakan dakwah dan perjuangan Islam. Amin..

Blog Dakwah, Kempen, Blog Islam, Blog Media Dakwah, Blog Medium Dakwah, Pendakwah, Pejuang Islam, Daie,Muslim, Pemuda Islam, Islah, I Luv Islam, Testi I Luv Islam
Jangan hanya sekadar menjadi seorang Islam atas nama, tetapi biarlah menjadi seorang MUKMIN yang sejati ^ ^,
Blog Dakwah, Kempen, Blog Islam, Blog Media Dakwah, Blog Medium Dakwah, Pendakwah, Pejuang Islam, Daie,Muslim, Pemuda Islam, Islah, I Luv Islam, Testi I Luv Islam
Untuk mengajak org lain berbuat kebaikan itu amatlah payah dan sukar..
Blog Dakwah, Kempen, Blog Islam, Blog Media Dakwah, Blog Medium Dakwah, Pendakwah, Pejuang Islam, Daie,Muslim, Pemuda Islam, Islah, I Luv Islam, Testi I Luv Islam
Namun, setiap usaha yang anda lakukan pasti tersimpan 1001 kemanisan kelak..
Blog Dakwah, Kempen, Blog Islam, Blog Media Dakwah, Blog Medium Dakwah, Pendakwah, Pejuang Islam, Daie,Muslim, Pemuda Islam, Islah, I Luv Islam, Testi I Luv Islam
Apabila rasa tidak kuat, minta lah pertolongan dari yang Maha Mendengar
Blog Dakwah, Kempen, Blog Islam, Blog Media Dakwah, Blog Medium Dakwah, Pendakwah, Pejuang Islam, Daie,Muslim, Pemuda Islam, Islah, I Luv Islam, Testi I Luv Islam
Jangan bimbang..janji Allah itu pasti. Allah sentiasa bersama dengan orang yang menegakkan agamaNya..
Blog Dakwah, Kempen, Blog Islam, Blog Media Dakwah, Blog Medium Dakwah, Pendakwah, Pejuang Islam, Daie,Muslim, Pemuda Islam, Islah, I Luv Islam, Testi I Luv Islam
Ayuh wahai saudaraku..jangan bazirkan masa mudamu,buatlah amal kebajikan

Blog Dakwah, Kempen, Blog Islam, Blog Media Dakwah, Blog Medium Dakwah, Pendakwah, Pejuang Islam, Daie,Muslim, Pemuda Islam, Islah, I Luv Islam, Testi I Luv Islam
Walaupun anda seorang blogger, gunakan peluang yang ada untuk menyebarkan kebaikan..
Dakwah ada pelbagai cara, mungkin penulisan anda boleh membuatkan orang lain tersedar dari mimpi dan khayalan~

P/s: Entri bergambar, kurang menulis kali ni..yang penting, kawan-kawan faham apa yg ana nak sampaikan..


 والسلام


Syukran kerana sudi membaca

Jumaat, 23 Disember 2011

Adakah anda lupa saat itu ??


بسم الله الرحمن الرحيم 

Manusia memang mudah terlupa. Sering terlupa tempat barang miliknya diletak, terlupa temu janji, terlupa isi-isi penting pelajaran sehingga tidak mampu menjawab dengan tepat dalam peperiksaan dan sebagainya. Sebab itulah manusia memerlukan organizer dan reminder. 


Kucing, Kucing Comel, Cat, Cute Cat, Forget, Terlupa


Tidak mengapa jika manusia sering terlupa itu dan ini. Bukankah manusia dinamakan manusia kerana sifatnya yang pelupa? Itulah asal maksud perkataan al-insan daripada kata akar nasiya (lupa). Namun jangan sekali-kali kita terlupa bahawa kita pernah beraku janji dengan Pemilik timur dan barat serta Pencipta langit dan bumi. Kita pernah "menandatangani" satu kontrak dengan Pencipta kita. Itulah kesaksian Tauhid.

Allah berfirman yang bermaksud : "Dan ( ingatlah), ketika TuhanMu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman) : ' Bukankah Aku ini TuhanMu?' "Mereka menjawab : 'Betul (Engkau Tuhan Kami), kami menjadi saksi.' (Kami lakukan yang demikian itu) agar pada hari Kiamat kamu tidak akan mengatakan : 'Sesungguhnya kami (bani Adam) ialah orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan)." (Surah al-'Araf 7 : 172)


Janji, Promise, Ikatan Janji, Janji Setia, Berjanji


Jika kita selalu ingat "aku janji" dan "kontrak" yang pernah ditandatangani dulu, maka perjalanan kita mencari redha Allah pasti akan jarang tersasar walau iman ada naik dan turunnya. Kekallah fokus demi memenuhi aku janji yang pernah dimeterai dulu dengan sentiasa mengikut majlis ilmu dan mengamalkan ilmu yang ada, bergaul dengan orang soleh dan selau bermuhasabah diri.

والسلام


Syukran kerana sudi membaca

Khamis, 22 Disember 2011

Alangkah kerdilnya diri ini ..


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Selamat pagi semua, alhamdulillah kita masih lagi diberi kesempatan untuk bernafas lagi pada pagi ni..semua ni dengan kehendak dan izin dariNya. Alhamdulillah~

Kali ni saya nak ajak kawan-kawan berfikir sejenak tentang siapa sebenar diri kita, menyedari tentang hakikat seorang hamba yang lemah..yang hanya tiada daya upaya melainkan dengan izin daripada Nya.  Ok, jom ikut saya..


Galaksi, Galaksi Bima Sakti, Galaksi Di Dunia

Ini adalah galaksi bima sakti, dimana terletaknya bumi kita. Salah satu galaksi yang ada di angkasa.

Planets, Gambar Planet, Planet-Planet

Bumi iaitu tempat yang kita diami terletak dalam sistem suria dan merupkan planet yang ketiga kedudukannya daripada sistem suria.

Bumi, Muka Bumi, Dunia, Dunia Bulat, Bumi Bulat, Bulatan, Earth,

Ini ialah bumi, semua orang tau..

Peta Dunia, World Map, Map, Peta, Peta Bumi, Muka Bumi, Dunia

Benua, Benua Asia, Peta Dunia Asia, Bentuk Muka Bumi Asia, Asia

Malaysia terletak di benua Asia..salah satu benua yang terdapat di dalam dunia

Peta, Peta Malysia, Malaysia, Peta di Malaysia, Bentuk Muka Bumi Malaysia

Ni peta Malaysia...



Cuba kawan-kawan bayangkan diri masing-masing...dapat tak kita rasakan bahawa betapa kerdilnya diri kita, betapa hinanya diri kita dihadapan Allah, betapa lemahnya diri kita. Mungkin jika dilihat atau diteropong dari pandangan angkasa Malaysia pun kita tidak kelihatan, apatah lagi jika dilihat daripada galaksi bima sakti tadi kan. 

Tapi, kita tetap angkuh..tetap sombong dengan Allah. Masih lagi berterusan melakukan kemungkaran, hari-hari melakukan maksiat dan dosa.(Astafirullahalazim..ampunilah dosa kami ya Allah (T_T).. Masih lagi ada yang tidak mahu sujud kepadaNya, tidak mahu patuh dengan arahanNya. Walaupun kita melakukan dosa, Dia dengan sifatnya yang Maha Pengasih..masih lagi memberi kesempatan dan peluang untuk kita menggunakan nikmatNya iaitu menyedut udaraNya, makan dan minum, diberikan kesihatan badan, harta kekayaan, dan lain-lain. Dia juga masih memberi peluang dan kesempatan untuk bertaubat selagi nyawa tidak sampai ke kerongkong. Begitu pengasih dan penyayangnya Allah s.w.t.  

Oleh itu, tak perlu lah kita berasa hebat atau ujub dengan diri masing-masing, kita perlu sedar..kita tak memiliki apa-apa, tubuh badan dan nyawa kita pun adalah milik Allah s.w.t. Betul kan? Tak ada sebab untuk kita merasa diri ini begitu hebat, jika tiada bantuan dan izin dariNya..kita tak mampu melakukan apa-apa pun. Muhasabah itu perlu untuk diri kita, supaya kita tak leka dan alpa dan supaya kita sedar bahawa kita hanyalah seorang hamba. Hamba tidak memiliki apa-apa dan hamba hanya mempunyai tugas untuk memberi (berkhidmat) dan bukan memiliki (berasa diri besar dan hebat)..
 
 Sama2 kita muhasabah diri sllu..."Sampaikanlah walaupun satu ayat"


 والسلام


Syukran kerana sudi membaca

Rabu, 21 Disember 2011

Ilmu lebih baik daripada Harta..


بسم الله الرحمن الرحيم

Beza Ilmu dan Harta, Ilmu lebih baik daripada Harta, Ilmu Islam, Harta Kekayaan, Hadith, Ayat Al-Quran, Kebaikan Ilmu, Keburukan Hata Benda

Beza antara ilmu dan harta ialah :

1. Ilmu diwariskan oleh para Nabi manakala harta diwariskan oleh Firaun dan Qarun.

2. Ilmu akan bertambah apabila digunakan manakala harta akan berkurang apabila dibelanjakan, kecuali harta yang dimanfaatkan pada jalan Allah s.w.t.

3. Ilmu akan melindungi pemiliknya manakala harta memerlukan perlindungan daripada pemiliknya.

4. Ilmu dan harta dimiliki oleh orang yang beriman dan tidak beriman, manakala ilmu yang membawa kepada kenal dan takut Allah s.w.t hanya dimiliki oleh orang yang beriman sahaja.

5. Ilmu dan amal akan membantu pemiliknya meniti sirat.

6. Manusia sentiasa memerlukan alim ulama' yang boleh menunjukkan jalan yang lurus,manakala orang yang kaya tidak selalu dipergunakan oleh masyarakat.

7. Ilmu yang dimanfaatkan (amal jariah) dapat menemani hingga ke liang lahad, harta pula akan segera berpisah daripada si empunya setelah roh terpisah dari badan.

Berikut merupakan perbandingan orang yang berilmu dan yang berharta. Kedua-duanya sama penting, tetapi terdapat beberapa perbezaan yang jelas.

Kesimpulannya, jangan berputus asa untuk menimba ilmu kerana tidak ada kerugian melainkan yang ada ialah manfaat dan keuntungan. Yang penting, ilmu yang dituntut hendaklah ilmu yang diredhai oleh Allah. Akhir kata, kita berhak untuk menetukan jalan hidup kita sendiri. Fikir-fikirkan..


والسلام




Syukran kerana sudi membaca


Selasa, 20 Disember 2011

Tanda-tanda Kiamat Semakin Banyak..sama2 kita muhasabah sejenak..


بسم الله الرحمن الرحيم 


Assalamualaikum..

Sebelum tu, ana nak kongsikan dengan sahabat2 satu ayat Al-Quran yang bermaksud :

"Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah 
dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan2 buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)". - Ar Rum 41


Di sini dapatlah kita simpulkan bahawa Allah s.w.t telah menganugerahkan kita sebuah alam yang sangat indah dan sempurna, seimbang dari segi ekosistemnya dan lain-lain. Akan tetapi, manusia itu sendiri yang gagal untuk menjalankan tanggungjawab yang Allah telah berikan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini menyebabkan Allah s.w.t membalas perbuatan tersebut dengan menurunkan bala bencana kepada manusia supaya manusia sedar dan insaf akan kesilapannya. Tugas kita untuk memelihara alam adalah WAJIB dan BERDOSA sekiranya kita tidak menjalankan amanah tersebut dengan baik.

Sebagai contoh kita dapat lihat kebocoran Loji Nuklear di Jepun..mungkin dari satu sudut, nuklear membawa kebaikan akan tetapi, keburukan daripadanya adalah lebih banyak dan besar berbanding kebaikannya. Atas kelalaian dan kecuaian manusia menyebabkan kesan buruk itu kembali kepada manusia semula. Alhmdllah..Subjek mata pelajaran Geografi skrg tlh memuatkan tentang adab2 dlm memelihara alam sekitar agar ia lebih selamat dan diurus dgn baik. (Tingkatan 5).


Bencana, Bencana Alam, Tsunami, Tsunami Jepun, Kesan Bencana Alam, Kiamat, Tanda-tanda Kiamat, Kiamat Kecil, Kiamat Besar


Selain daripada kelalaian dan kecuaian manusia, namun kita perlu ingat bahawa ada satu lagi perkara penting iaitu HARI KIAMAT. Waktu di sekolah dulu, kita semua pernah belajar tanda-tanda kiamat kan. Terbahagi kepada 2 iaitu kecil dan besar.Cuba kita berfikir sejenak, merenung kembali..cuba kita semak semula tanda-tanda tersebut, mungkin ada yang telah berlaku~


Bila matahari tidak lagi terbit dari Timur itulah tandanya kiamat semakin hampir dan ianya merupakan tanda besar hari kiamat. Hari ini sudah banyak tanda-tanda kecil kiamat. Diantara kiamat kecil ialah:

1. Zina bermaharajalela
2. Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik.
3. Bermaharajalela alat muzik.
4. Menghias masjid dan membanggakannya.
5. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
6. Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.
7. Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa.
8. Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda.
9. Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)
10. Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.
11. Akan terdapat banya pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat.
12. Orang akan melakukan homoseksual.
13. Akan terdapat ramai anak luar nikah.
14. Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik
15. Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan
16. Banyaknya berlaku gempa bumi.


Dan apabila melihat pada tanda-tanda kecil berlaku kiamat, maka jelas, diantara 1-16 itu jelas menunjukkan bahawa kiamat semakin hampir. Namun yang paling mengejutkan, tanda-tanda besar kiamat juga sudah ada. Yang paling ketara ialah matahari semakin menaik ke arah barat dan semakin meninggalkan timur.


Jepun,11 Mac 2011 negara matahari terbit telah dilanda tragedi tsunami Jepun dan kali ini ia merupakan paling dahsyat dalam sejarah negara mereka untuk tempoh 140 tahun. Kekuatan kali ini bukan calang-calang iaitu 8.9 skala Richter. Kejadian berlaku di timur laut Tokyo. Dan fenomena itu turut mengubah menyebabkan kedudukan Pulau Honshu yang merupakan pulau utama Jepun itu berganjak sehingga 2.4 meter. 


Ini menunjukkan negara matahari terbit itu sedang mengubah kedudukannya. Maka fenomena ’Retrograde Motion’ yang pernah diperkatakan sejak 1400 tahun dahulu semakin hampir. 


Dan ALLAH swt pernah berjanji bahawa hari kiamat akan tiba dan sesungguhnya ALLAH swt tidak pernah memungkiri janjiNYA.


Semoga kisah Tsunami di Jepun tidak lagi menjadi bahan kelakar. Jadikanlah kisah Tsunami di Jepun sebagai pengajaran buat kita. ALLAH swt baru menyampaikan IKLAN KECIL KIAMAT. Dan sesungguhnya, hari kiamat semakin tiba. Semoga kita tidak merasai hari kiamat dan kita dimatikan sebagai orang yang taat, dan tidak diaibkan pada Hari Kiamat.


Setiap yang bernyawa, setiap yang diciptakan oleh Allah s.w.t pasti ada permulaan dan pengakhirannya. Bumi tempat kita menetap ini pun sama, termasuklah diri kita sendiri. Semua makhluk pasti akan mati. Kullu nafsin zaiqatul maut~ Oleh itu, kita perlu sentiasa beringat-ingat bahawa hidup di dunia ini merupakan satu persinggahan sementara, tempat yang abadi di akhirat kelak. Jangan letakkan dunia di dalam hatimu, tetapi letakkan sahaja di tapak tanganmu supaya kamu tidak terleka dengan tipu daya dunia.

P/s : Kita perlu sentiasa bermuhasabah diri dari semasa ke semasa. Hidup di dunia bukan untuk bersuka ria, akan tetapi kita telah dipertanggungjawabkan sebagai seorang Hamba Allah dan Khalifah di muka bumi sebalum meneruskan perjalanan ke alam yang seterusnya (Alam Kubur). Upgrade iman sentiasa~


Wallahua'alam


والسلام



Syukran kerana sudi membaca


Isnin, 19 Disember 2011

Belajarlah Daripada Alam..


بسم الله الرحمن الرحيم



Matahari, Bintang, Alam Semesta, Belajar Dari Alam, Ciptaan Allah, I Luv Islam, Daun Pokok, Bunga Indah, Testi I Luv Islam



BELAJARLAH DARI MATAHARI: Adil menebar cahaya dan memberikan kehangatan kepada semua,baik di angkasa mahupun yang bertebaran di atas bumi,kepada yang miskin dan yang kaya,yang mulia hatinya juga buat si kejam...kepada semua makhluk ciptaan Illahi.



Matahari, Bintang, Alam Semesta, Belajar Dari Alam, Ciptaan Allah, I Luv Islam, Daun Pokok, Bunga Indah, Testi I Luv Islam

BELAJARLAH DARI BULAN: Tenang memancarkan cahayanya yang kemilau dan indah buat menyuluh malam yang gelap.



Matahari, Bintang, Alam Semesta, Belajar Dari Alam, Ciptaan Allah, I Luv Islam, Daun Pokok, Bunga Indah, Testi I Luv Islam


BELAJARLAH DARI BUNGA:
Sentiasa tersenyum menyebarkan harumannya,menghadiahkan kecantikan untuk mengubati hati yang gundah,dan dapat menggembirakan setiap mata yang memandang...



Matahari, Bintang, Alam Semesta, Belajar Dari Alam, Ciptaan Allah, I Luv Islam, Daun Pokok, Bunga Indah, Testi I Luv Islam

BELAJARLAH DARI DAUN YANG LURUH: Sabar ketika menghadapi kesukaran,sentiasa tersenyum menunggu hari yang baik dan sesuai untuk tumbuh kembali..


Lihatlah ke dalam diri, pelajari sifat-sifat yang dicipta SANG PENGUASA YANG AGUNG.



Ya, belajarlah daripada alam kerana kita juga sebahagian darinya..renung-renungkanlah ye sahabat-sahabat.(^_^)



والسلام



Syukran kerana sudi membaca

Jumaat, 16 Disember 2011

Sekadar Peringatan dan Renungan bersama..


بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum

Saya nak kongsikan dengan kawan-kawan satu artikel ni..semoga kita sama-sama dapat muhasabah diri dan beringat selalu. Betul juga apa yang dikatakan dalam artikel ni. Saya baca di group Jihad Al-Quran.



Mari kita renung-renungkan bersama, fikir-fikirkan bersama.. jika satu hari nanti kita mati, akaun facebook ini hanya kita yang tahu password, hanya kita yang boleh access..

dan

selepas kita mati.. apa yang jadi pada akaun fb kita? mungkin ada yang akan ucapkan takziah.. mungkin ada yang selalu menjenguk bagi mengubat rindu..

tetapi..

sedarkah kita, gambar-gambar kita.. akan terus membuatkan kita terseksa di alam kubur? gambar-gambar yang tidak ditutupi aurat dengan sempurna.. macam mana nanti? lelaki/wanita ajnabi terus-terusan tengok.. dalam masa yang sama, tiada siapa yang boleh deletekan gambar kita.. walau sudah bertahun-tahun kita mati, gambar itu terus ada.. saham dosa terus meningkat..

macam mana? pernah terfikir tak?

tudung singkat yang dipakai tu, akan selamatkan kita dalam kubur nanti? legging dan jeans ketat, boleh selamatkan kita? baju yang membalut aurat itu, seluar pendek yang menunjukkan aurat? bagaimana?

mungkin kini.. kita masih merasa tak sabar nak berkongsi cerita dengan gambar-gambar yang cantik, tempat-tempat yang kita dah lawati di muka bumiNya..

tapi di akhirnya nanti.. semua itu tidak akan membawa erti.. semuanya hanya tinggal kenangan bagi yang masih hidup.. di alam kubur, semua itu tidak sedikit pun boleh menyelamatkan kita..

cuba kita renung-renungkan, saham dosa yang terus meningkat walau setelah ketiadaan kita di muka bumi sehingga hari akhirat.. tutupilah auratmu sebelum auratmu ditutupkan.. peliharalah dirimu sebelum dirimu dikafankan..

jagalah maruah diri sebagai seorang muslimin dan muslimah.. mati itu pasti.. persiapkan diri untuk mati itu satu kewajipan..


P/s : Bukan saja di Fb, malah boleh jadi juga di blog dan laman sosial yang lain. Mati tu suatu yang pasti..kullu nafsin zaiqatul maut. "Setiap yang bernyawa pasti akan mati". Cuma masa dan ketikanya je yang kita tak tau..cepat ke,lambat ke. Macam tu lah juga dengan penulisan kita, akan menjadi saksi bila kita mati nanti. Kalau kita buruk-burukkan orang lain di fb, di blog, di twitter dan lain-lain..kita tak sempat padam dan tak mintak maaf kepada orang yang kita sakiti. Berdosa kita..sama la juga kalau kita memfitnah orang lain dan sebarkan di fb, blog dan sebagainya. Setiap apa yang kita lakukan akan memberi kesan kepada kita apabila kita mati..kadang-kadang perkara ni kita tak pernah terfikir kan.
Jadi, sekarang apa kata kita mula menulis perkara yang baik-baik dan buang gambar-gambar yang kita rasakan kurang sesuai untuk ditunjukkan kepada umum..di kesempatan yg msih ada ini, marilah sama2 kita muhasabah balik diri kita..

 والسلام




Syukran kerana sudi membaca

Menuntut Ilmu itu satu keperluan

بسم الله الرحمن الرحيم

Ilmu, Menuntut Ilmu, Ilmu Fardhu Ain, Ilmu Fardhu Kifayah, Fardhu Ain, Fardhu Kifayah, Maksud Fardhu Ain, Maksud Fardhu Kifayah, Hadith Menuntut Ilmu, Orang Berilmu, Ulama'

Assalamualaikum


Di dalam Islam, ilmu yang wajib dipelajari oleh umatnya terbahagi kepada 2 iaitu Ilmu Fardhu Ain dan Ilmu Fardhu Kifayah. 

Apa itu ilmu fardhu Ain? Ilmu fardhu Ain ialah ilmu yang wajib dipelajari dan diamalkan oleh setiap manusia yang bergelar muslim. Ia merupakan tanggungjawab individu. Maksudnya..kalau dah masuk agama Islam, seseorang tu wajib pelajari ilmu fardhu Ain ni. Contoh ilmu fardhu Ain ialah ilmu aqidah, akhlak, fiqh dan ilmu yang berkaitan dengan Islam. Jika ilmu ini tidak di pelajari dan di amalkan oleh setiap manusia yang bergelar muuslim, maka individu tersebut akan berdosa. 

Apa itu ilmu fardhu kifayah? Ilmu fardhu kifayah ialah ilmu yang wajib dipelajari dan diamalkan oleh sebahagian daripada masyarakat. Jika sebahagian telah mempelajari dan mengamalkannya, maka terlepas dosa bagi masyarakat Islam keseluruhannya tetapi jika langsung tiada yang mempelajari dan mengamalkannya, maka semua umat Islam akan mendapat dosa. Ilmu fardhu kifayah merupakan tanggungjawab sosial. Ia berkait rapat dengan hubungan bermasyarakat. Contoh ilmu fardhu kifayah ialah ilmu kejuruteraan, ilmu kedoktoran, ilmu ekonomi, ilmu perundangan, ilmu kebudayaan dan sebagainya.

Ilmu, Menuntut Ilmu, Ilmu Fardhu Ain, Ilmu Fardhu Kifayah, Fardhu Ain, Fardhu Kifayah, Maksud Fardhu Ain, Maksud Fardhu Kifayah, Hadith Menuntut Ilmu, Orang Berilmu, Ulama'

Kedua-dua ilmu ini sebenarnya saling berkait rapat dan sememangnya tidak boleh dipisahkan. Ilmu fardhu Ain menjadi tunjangnya kepada ilmu fardhu kifayah..jika kurang salah satu, maka akan menjadi pincang individu tersebut seterusnya berkait kepada hubungan kemasyarakat dan yang paling kritikal sekali ialah negara. 

Pada masa kini, kita dapati ramai individu muslim yang kurang mengambil berat tentang ilmu yang wajib dipelajari dan diamalkan oleh setiap individu muslim iaitu ilmu fardhu Ain. Ramai yang lebih mementingkan ilmu fardhu kifayah sebagai ilmu utama..bahkan ilmu fardhu Ain itu merupakan asas kepada ilmu yang lain..akibatnya, lahirnya peguam yang kurang amanah, peniaga yang tidak jujur, pemimpin yang tidak adil dan zalim serta pelbagai lagi jenayah yang wujud. 

Kedua-dua ilmu wajib kita pelajari dan diamalkan dalam kehidup kerana jika tidak ada salah satunya, hidup kita tidak akan sempurna. Kan lebih elok jika jadi seorang jurutera tetapi jurutera yang beriman, kalau menjadi pemimpin..jadi pemimpin yang adil dan saksama, kalau jadi doktor..jadi doktor yang pandai menjaga aib orang lain..kalau jadi peniaga..jadi peniaga yang jujur dan sebagainya. 

Ilmu, Menuntut Ilmu, Ilmu Fardhu Ain, Ilmu Fardhu Kifayah, Fardhu Ain, Fardhu Kifayah, Maksud Fardhu Ain, Maksud Fardhu Kifayah, Hadith Menuntut Ilmu, Orang Berilmu, Ulama'

Sesungguhnya, Islam itu sangat indah...



والسلام


Syukran kerana sudi membaca

Waktu-waktu Mustajab Berdoa


بسم الله الرحمن الرحيم 
 
Assalamualaikum

Doa, Waktu Mustajab Berdoa, Doa Orang Soleh, Doa-doa

Sesungguhhnya doa mempunyai kekuatan dan keajaibannya yang tersendiri sehinggakan dapat menahan ketetapan Qada' dan Qadar dari Allah. Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh At-Tarmizi bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud :

"Dan sesungguhnya doa itu pemberi manfaat kepada yang telah diturunkan dan kepada yang belum diturunkan dan tidak ada yang dapat menangkis ketetapan Allah kecuali doa kerana itu berdoalah kamu"

Baginda juga pernah bersabda yang bermaksud :

"Doa adala senjata orang mukmin, tiang agama dan cahaya dari langit"

(Riwayat Abu Ya'la dan Hakim)

Jadi wajarlah setiap orang mukmin menjadikan doa sebagai senjata dan perisai dalam menghadapai dunia yang penuh dengan dugaan sama ada ditimpa musibah atau dalam kesenangan, gembira atau dukacita, bahagia atau derita, sakit atau sihat hendaklah kita selalu menggunakan "hadiah" yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. selalu iaiatu DOA.

Terdapat waktu-waktu yang mustajab (mudah diterima ) doa, antaranya ialah :

  • Selepas azan
  • Antara iqamah dan sembahyang
  • Antara 2 khutbah
  • Waktu sahur
  • 1/3 malam
  • Waktu hujan turun
  • Di tengah medan peperangan yang terlalu sengit
  • Semasa melihat kaabah
  • Ketika tawaf dan Sa'ie
  • Selepas setiap kali mendirikan sembahyang
  • Ketika berpuasa wajib atau sunat
  • Semasa dalam penderitaan atau kesusahan
  • Selepas membaca Al-Quran
  • Waktu hampir berbuka puasa
  • Semasa meminum air zamzam
  • Ketika ayam berkokok (pagi/subuh)
  • Semasa berkumpul di majlis zikir

Firman Allah yang bermaksud : 

"Dan Tuhan kamu berfirman : Berdoalah kepadaku, nescaya akan ku perkenankan doamu. Sesungguhnya orang-orang yang takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaku akan masuk ke dalam neraka jahanam dalam keadaan yang hina"
(Surah Al-Mu'min 40 : 60)



 والسلام


Syukran kerana sudi membaca

Rabu, 14 Disember 2011

Blogging : Saham pahala atau Saja2..??



بسم الله الرحمن الرحيم  

Assalamualaikum

Mungkin ada yang kata berblogging atau ada blog ni buang masa je kan..mungkin juga ada yang tak tau apa faedahnya ada belog sendiri ni?  Walaupun bukan menulis secara formal dan tidak terlalu ilmiah, tapi sebenarnya kita akan rasa puas dan nikmat bila dapat share something dengan orang ramai terutamanya apabila dpt share sesuatu yang bermanfaat.

Betul ke dengan berblogging kita mudah dapat pahala ?


Yela..sebagai manusia, siapa la kita nak tentukan dia dapat dosa dan dia dapat pahala. Tapi dalam Al-Quran dah digariskan perbuatan yang menyebabkan seseorang itu berbuat kebaikan atau berbuat kejahatan kan. Jadi, itu menjadi kayu pengukur kita untuk menentukan sesuatu perbuatan baik atau buruk. Habis tu, apa kaitan dengan belog?

Memang ada kaitan..setiap perbuatan yang kita lakukan, mesti perbuatan tersebut sama ada baik atau buruk. Bagi saya, blogging tu memang baik sebab dapat kongsi maklumat dengan semua orang, satu dunia boleh baca. Selain tu, dapat asah kemahiran menulis, mengarang, mencipta idea dan mengembangkan idea yang ada.


Abes tu, yang jadi saham pahala macam mana pulak eh?
Bila kita menulis sesuatu yang :

  • Bermanfaat untuk diri, agama, masyarakat amnya.
Maksud kat atas tu memang luas, semua tu termasuklah dapat menginsafkan diri seseorang, dapat mengubah diri menjadi baik, dapat menyebarkan agama Allah dan lain-lain. Selagi ada yang membaca dan menyebarkan apa yang kita tulis, insyaAllah selagi itu juga saham pahala kita akan bertambah meskipun kita sudah tiada. Mudah-mudahan. Sama juga kes nya macam jadi guru, selagi ilmu yang kita ajar dekat seseorang itu digunakan dan diajarkan kepada orang lain..selagi itu jugalah pahala akan terus mengalir kepada kita.




Best kan? Jadi, pilih lah..nak saham yang mana ;)





P/s : Nak buat baik memang susah kan, sebab perlukan pengorbanan dan kena sentiasa menentang arus. Zaman sekarang ni, perkara buruk dah dipandang mulia, perkara baik dah jadi sesuatu yang pelik. Perasan tak? Lihat dengan mata hati, baru boleh perasan. Tapi, bagi sesiapa yang hatinya bersih, nak buat kebaikan itu bukanlah sukar...

So, pilihan ada dihati kita..tepuklah dada, pujuklah hati yg kecil itu ye!! 

Pujuklah ia dgn Iman..(^_^)


 والسلام




Syukran kerana sudi membaca