Rabu, 24 Ogos 2011

Jika benar kau kasih & cintakan wanita itu !!

* WAHAI LELAKI.. *
Jika benar kau kasih & cintakan wanita itu :
•.♥• Bawalah dia ke jalan Allah
•.♥• Nasihatilah dia
•.♥• Perbetulkan kesilapannya
•.♥• Jagalah dia dgn baik
•.♥• Kasihanilah dia
•.♥• Lindungilah dia
•.♥• Berilah kasih syg padanya
•.♥• Hargailah dia
•.♥• Ucapkan terima kasih atas kelebihannya
•.♥• Bersabar dengannya
•.♥• Terimalah & cintailah kekurangannya
•.♥• Jadi IMAM terbaik & redhalah padanya

✿..moga dia menunggumu di SYURGA sebagai bidadarimu..amin..✿

Sabtu, 20 Ogos 2011

...Erti kerinduan...

 
..merindukan detik bersama kalian...
"Suapan pertama adalah untuk sahabat..."

kata2 yang hingga kini tidak akan dilupa sewaktu menjamah rezeki ALLAH..
Moga ALLAH berkati sahabat2 walau di mana pun kalian berada..

Jumaat, 19 Ogos 2011

Jom kenali para Ulama kita...

(Sheikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki)


Dilahirkan di Banjar, Kalimantan Selatan pada tanggal 1 september 1960 masihi. Beliau anak ketiga dari tujuh bersaudara. Belajar Al-Quran pada neneknya, ibu saudaranya, dan pada kakaknya yang sulung.

Pada tahun 1974, beliau sekeluarga telah berhijrah ke tanah suci Mekah dan meneruskan pendidikannya di Madrasah Shaulathiah hingga tahun 1982 dan mendapatkan nilai yang sangat memuaskan.

Disamping belajar secara formal, beliau menyempatkan diri mengikuti majlis pengajian secara tidak formal di Masjidil Haram dan dikediaman para guru. Beliau juga sering mencurahkan ilmunya pada para pelajar Indonesia. Banyak kitab-kitab yang telah diajarkan oleh beliau seperti; kitab Qatrunnada, Fathul Mu'in, Umdatus Salik, dan Bidayatul Hidayah.

Pada tahun !983, beliau melanjutkan pelajarannya ke Universiti Al-Azhar, Kaherah didalam fakulti Syariah. Kemudian, pada tahun 1990 beliau terus menyambung pengajiannya di Institut Pengajian Islam, Zamalik di Kaherah Mesir.


Setelah menamatkan pembelajarannya, beliau menumpahkan perhatiannya dalam mencurahkan ilmunya kepada ratusan pelajar Asia, (Indonesia, Malaysia, Singapura dan Thailand) yang menimba ilmu di Universiti Al-Azhar, sehingga beliau mendapat gelaran Al-Azharus Thani (Azhar kedua). Suatu gelaran yang terhormat dan tulus dari mahasiswa Universiti Al-Azhar.

Selain itu, beliau mengadakan kelas pengajian yang diberi nama "Majlis Al-Banjari Li Tafaquh Fid Din" yang dimulai tahun 1987 hingga 1998. Disamping mengajar, beliau aktif menulis buku agama berbahasa arab dan melayu. Buku bahasa arab yang ditulisnya banyak tersebar luas di timur tengah dan asia.

Diantara buku yang pernah ditulisnya:

Buku Bahasa Arab;
1- Al Ibrah Bi Ba'di Mu'jizati Khairul Bashar.
2- Ma'ah Auliya'i As solihin.
3- Nafaisyi Darar.
4- Adabul Musafahah.
5- Safarul Mar'ah.
6- dan lain-lain lagi.

Buku Bahasa Melayu;
1- Hukum wanita bermusafir.
2- Faedah Bank menurut pandangan Islam.
3- Persoalan Haid, Nifas dan Istihadah.
4- Pandangan Ulama' tentang pemindahan anggota badan.

Beliau juga telah mengarang, mentahqiq serta mensyarah lebih dari 100 buku. Beberapa karyanya kini banyak dijadikan rujukan di beberapa perguruan tinggi, termasuk kitab beliau "Qawa'id Fiqhiyyah" yang kini digunakan sebagai salah satu rujukan di Fakulti Syariah, di beberapa Universiti di Malaysia.

Kini beliau telah membina beberapa madrasah dan tempat pengajian. Antaranya ialah: Ma'had Tarbiah Islamiah (Malaysia) dan Ma'had Az Zain Al Makki Li Tafaquh Fid Din (Bogor, Indonesia)

Beliau adalah seorang Ulama' yang disegani. Seorang Ulama' yang wara' dan berjiwa besar dalam menyampaikan Ilmu-ilmu ALLAH SWT..


Dengan menyayangi golongan Ulama, maka secara x langsung kita menyayangi golongan para2 Nabi n para2 Rasul kita..Golongan Ulama merupakan penyambung tugas dakwah Nabi SAW n Para2 Rasul Kita...

Sayang Allah, Sayang Nabi, sayang Rasul, sayang Ulama, sayang Ibubapa,isteri, kluarga,sahabat2 dll...

Kisah Seorang Kanak-Kanak Lelaki Buta ..

kanak-kanak buta


Ada seorang budak lelaki yang buta duduk ditepi tangga sebuah bangunan, dan ada sebuah topi dikakinya. Beliau memegang sebuah tanda yang bertulis: “Saya buta, tolonglah.”
Terdapat hanya beberapa keping duit syiling dalam topi.

Tiba – tiba ada seorang lelaki sedang berjalan kearah pengemis buta itu. Beliau mengambil beberapa keping duit syiling dari poketnya dan menjatuhkannya ke dalam topi itu. Beliau kemudian mengambil tanda tersebut, berpaling sekeliling, dan menulis beberapa perkataan. Dia meletakkan tanda itu kembali supaya setiap orang yang berjalan melalui tempat itu akan melihat kata-kata baru pada tanda tersebut.

Tidak lama kemudian, topi itu mula terisi. Banyak orang telah memberikan wang kepada budak lelaki buta itu. Petang itu, lelaki yang tadinya telah mengubah tanda tersebut  datang untuk melihat perkembangan budak lelaki buta tersebut. Kanak-kanak buta tersebut yang mengecam bunyi jejak langkah lelaki itu bertanya, “Adakah anda yang mengubah tanda saya pagi ini? Apa yang anda tulis? “
Lelaki itu berkata, “Saya hanya menulis kebenaran. Saya berkata, apa yang kamu katakan tetapi dalam cara yang berbeza.”

Apa yang dia telah tulis: “Hari ini adalah hari yang indah dan saya tidak boleh melihat.”
Adakah anda berfikir tanda pertama dan tanda kedua berkata perkara yang sama?
Sudah tentu kedua-dua tanda tersebut memberitahu orang bahawa budak lelaki itu buta. Tetapi tanda pertama hanya berkata kanak-kanak itu buta. Tanda kedua memberitahu orang ramai mereka begitu bernasib baik bahawa mereka tidak buta.
Kenapa tanda kedua yang lebih berkesan?
“Dan Dialah jua yang mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.” [surah Al-Mu’minun; 78]

Isnin, 15 Ogos 2011

Puasa Bukan Alasannya..


Perang Badar, antara peperangan terpenting dalam sejarah Umat Islam, 313 orang Islam yang beriman menewaskan lebih dari 1000 orang Musyrikin Mekah. Apa yang istimewa lagi, ia berlaku pada 17 Ramadhan.

Ya, dalam bulan Ramadhan, bulan puasa.



Alasan dan alasan

Ramai diantara kita menjadi puasa sebagai alasan untuk merencatkan sesuatu aktiviti. Buat itu tak mahu, buat ini tak boleh. Kadang – kadang pergi kuliah pun tidak mahu. Semuanya membuat muka lembik dan tidak bermaya.

“Tak larat lah bro bulan puasa ni..”

“Puasa ini, aku takde tenaga la.. tak mampu..”

Adakah wajar kita menjadikan bulan puasa ini sebagai alasan untuk menidakkan segala aktiviti kita?


Kenapa Bulan Ramadhan yang mulia ini telah di “kambing hitamkan” oleh kita?

Pokoknya, ayat tidak mampu adalah akar utama dalam jambangan alasan tersebut.

Kenapa orang suka cakap tak mampu?


Sebab Allah ada sebut: “”Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya…” Surah Al-Baqarah ayat 286. Jadi, dengan menyangka bahawa diri kita menyatakan alasan ‘tidak mampu’, maka taklif itu terangkat daripada kita.

Begitukah? Sebab itu, perkataan tidak mampu agak popular.



Sebenarnya hanyalah “nak atau tak nak je”

Benteng yang menjadi pemisah antara kecemerlangan dunia akhirat seseorang, dengan kegagalan mereka, adalah benteng bernama: “Nak ke tak nak?”

Kalau kita nak dan yakin, alasan “puasa” tidak menjadi penghalang sebenarnya. Asal kita meniupkan semangat dalam jiwa kita. Bila kita bersemangat, kita boleh buat. Lihatlah contoh peristiwa perang Badar, orang – orang yang beriman berjaya meniup semangat dalam diri mereka, mereka nak,  sehingga mereka berjaya menewaskan orang kafir.

Bayangkan, 313 orang Mukmin menewaskan 1000 orang kafir dalam keadaan berpuasa.

Mereka tidak pernah memberi alasan tak mahu berperang kerana “puasa”

Kita? hanya mahu tidur sepanjang masa di bulan Ramadhan.. =.=”



Penutup: kita terlalu memanjakan diri

Orang kata, kalau nak dapat pingat emas dalam apa-apa acara sukan, maka kenalah training habis-habisan. Penat adalah perkara wajib. Letih adalah yang mesti dilalui. Susah adalah teman. Sakit-sakit sendi, sengal-sengal otot adalah sahabat karib.

Agak-agak, nak capai Syurga Allah SWT yang tidak pernah mampu dibayangkan oleh akal manusia biasa ini, bagaimana?


Pastinya ada kepayahan. Ada kesukaran. Pastinya memerlukan tolakan dan paksaan. Tambahan, syurga dipagari oleh perkara-perkara yang dibenci oleh nafsu kita. Lebih keraslah kita perlu bermujahadah.

Namun, perjalanan yang sukar itu, berada dalam kemampuan kita sebenarnya
Allah sentiasa menolong hambaNya yang bertaqwa disamping keikhlasan berjuang keranaNya. Tinggal kita sahaja yang perlu mengikhlaskan diri dan membuang segala alasan dalam diri kita.
Mari kita muhasabah kembali.. :)

Sabtu, 13 Ogos 2011

Mari Bersedekah! ..(^___^)

sedekah
“Sedekah yang paling afdhal (baik) adalah sedekah yang dikeluarkan dalam bulan Ramadan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Ramadhan terkenal dengan gelaran: “Musim Bunga Orang Beriman”. Kenapa musim bunga? kerana orang – orang beriman bergembira menyambut Ramadhan dengan melipatgandakan amalan mereka. Kedatangan bulan Ramadhan setiap tahun tidak henti menjadi penghibur hati orang mukmin. Bagaimana tidak, beribu keutamaan ditawarkan di bulan ini.

Tetapi bagaimana mereka yang tidak dapat berpuasa dan beribadah (Wanita yang datang haid dan uzur yang lain) di bulan yang penuh berkat ini, untuk sama – sama meraih pahala?
Jawapannya adalah sedekah.

Salah satu pintu yang dibuka oleh Allah untuk meraih keuntungan besar dari bulan Ramadhan adalah melalui sedekah. Islam sering menganjurkan umatnya untuk banyak bersedekah. Dan bulan Ramadhan, amalan ini menjadi lebih dianjurkan lagi. Dan demikianlah sepatutnya akhlak seorang mukmin, iaitu dermawan.


Antara adab – adab bersedekah adalah :

1. Tangan di atas memberi lebih baik daripada tangan di bawah (menerima)

2. Ikhlas dalam bersedekah – wajib mengikhlaskan sedekah hanya kerana Allah dan demi mendapatkan keredhaan-Nya. Sedekah dengan menunjuk-nunjuk dan berbangga diri menyebabkan kerugian di Akhirat kelak
3. Mendahulukan sedekah yang wajib – sebagaimana yang disebut dalam hadis Qudsi yang bermaksud: “…dan tidaklah seorang hamba mendekatkan diri kepada-ku dengan sesuatu yang lebih Aku sukai daripada apa – apa yang aku telah Aku wajibkan keatasnya..” (Riwaya t Al-Bukhari)

4. Tidak boleh menunda untuk membayar sedekah (zakat) yang wajib tanpa adanya keuzuran

5. Sedekah atau zakat yang dikeluarkan hendaklah dipastikan diberikan kepada mereka yang benar – benar memerlukan seperti orang miskin, anak – anak yatim, janda dan sebagainya. Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya zakat hanya untuk orang fakir, miskin, pengurus-pengurus zakat, para mualaf, hamba untuk dimerdekakan, yang berhutang, yang berjuang dijalan Allah dan orang yang bermusafir.” (surah al-Tawbah 9: 60)

6. Bersedekah dengan harta yang halal – antara sebab sedekah tersebut diterima oleh Allah dan membuahkan hasil

7. Tidak mengungkit – ungkit sedekahnya – Sebagai mana firman Allah “Wahai orang – orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan pahala sedekah mu dengan menyebut-menyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima)..” (Surah al-Baqarah 2: 264)

8. Wajib keatas pemberi sedekah merenung nikmat Allah S.W.T ke atas dirinya kerana Allah memberikan rezeki yang lebih

9. Mendahulukan sedekah kepada waris terdekat – “Sedekahlah kepada orang miskin (mendapat satu pahala), sedangkan sedekah kepada kaum kerabat mendapat dua pahala iaitu pahala sedekah dan pahala silaturrahim.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

10. Jangan buruk siku – Tidak harus seseorang mengambil kembali sedekahnya daripada orang yang menerimanya. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “Perumpamaan orang yang bersedekah kemudian dia mengambil kembali sedekahnya, seperti anjing yang memuntahkan sesuatu kemudian ia menjilat muntahnya untuk memakannya kembali.” (Riwayat Muslim)

Sedekah jariah yang diberikan dengan ikhlas semata-mata kerana Allah adalah salah satu saham akhirat yang akan mengalir terus pahalanya walaupun ia telah kembali menemui Allah SWT di alam Barzakh.
Kekayaan sebenar bukanlah kerana banyak ‘memiliki’ tetapi kerana banyak ‘memberi’.

Maka bersedekahlah!

Jumaat, 12 Ogos 2011

Ingin bersama ALLAH...?

...maka perbanyakkanlah menyebut nama ALLAH..




Sabda Rasulullah saw: ALLAH SWT berfirman, "Aku bersama hamba-hambaKu tika ia mengingatKU dan bergetar bibirnya menyebut NamaKU.."(Hr Bukhari)