Selasa, 29 November 2011

Putera Agama..



"Allah..jangan sllu sedih-sedih ye..la tahzan.."
"Dalam satu riwayat Ahmad, ada satu doa yang berbunyi: "Ya Allah..Aku memohon kepadaMu dengan semua nama yang Engkau miliki dan Engkau namakan diriMu dengannya..jadikanlah al-Quran sebagai penyejuk hatiku, cahaya di dadaku serta penghilang kesedihan dan kegelisahanku..""
"..Jadi, bila dirimu sedih, bacalah al-Quran..insyaAllah..kan tenang hatimu..dah-dah, senyum sikit ya :)"

Saya pasti kata-kata ini tidak akan terungkap dari mulut lelaki biasa. Kecuali dia adalah Rijal al-Din, yakni Putera Agama. Kata-katanya persis kata-kata al-Quran dan hadis. Bicaranya lembut, bermuka manis, sabar dan hati-hati dalam penuturan kata-kata. Kata-katanya bukan saja mampu buat hati sejuk mendengarnya, tapi tertawan dengan luhur budinya kesantunan akhlaknya.
 
Putera agama itu...

.. tatkala manusia membelakangkan agama, dia ke depan memperjuangkan bendera agama. Ketika lelaki-lelaki lain sibuk mengayat awek-awek cun, dia sibuk mengayat Allah dengan zikrullah dan solat malamnya. Sedang lelaki lain berusaha memanah hati-hati wanita lemah, dia lagi hebat berusaha dengan "panahan malam" yakni doa yang tidak tertolak di tahajjud sepertiga malam. Sedang lelaki-lelaki lain sibuk memikirkan masa depan dan kerjaya, dia tidak pula mengenepikan masa depannya tetapi memikirkan sekali masa depan umat Islam dan memberikan idea serta alternatif dalam membangunkannya.

Putera agama itu..
 
..tatkala lelaki lain mencuci mata melihat aurat wanita yang terdedah, putera agama itu berusaha menutup dan menjaga maruah para muslimah. Sementelah ketika lelaki lain sibuk merosakkan masa depan wanita, dia tampil melindungi dan membela. Di saat lelaki lain berusaha untuk terus hidup di atas dunia, putera agama sibuk dengan persiapan menghadapi mati. Ketika lelaki lain kurang menyenangi dakwah, dia giat membangkit usrah, menyampai tarbiyyah. Katanya "daulah" semuanya bermula dari bawah. Di waktu lelaki lain hanya melihat kezaliman demi kezaliman pada orang Islam, putera agama makin kuat semangat ingin berjihadnya.

Putera agama itu..
 
..tatkala lelaki lain sibuk update status fb dan twitter, putera agama sibuk update dan upgrade imannya, al-Qurannya, akhlak dan ilmunya. Ketika lelaki lain sedang memikirkan sesuatu untuk jangka masa pendek, dia sudah memikirkan sesuatu yang lebih baik untuk jangka masa panjang. Di saat lelaki lain bergelumang dengan maksiat perhubungan dengan wanita, putera agama giat mencari duit halal untuk menyegerakan akad nikah. Di waktu lelaki lain tersungkur putus asa-kecewa-gagal dalam kehidupan, putera agama tegar dengan al-Quran dan semangat Rabbani.

Putera agama itu..

..tatkala lelaki lain mengenepikan Allah, putera agama makin mendalam cintanya pada Allah dan RasulNya.
 
Putera agama, satu dalam sejuta. Selamat jalan putera agama. Engkau berani untuk hidup, juga sedia untuk mati.
Putera agama, bukan putera biasa..

Ahad, 27 November 2011

Bicara dengan izin Allah...




Bismillah wal hamdulillah..
 
Segala puji bagi Allah yang masih menggerakkan tiap denyut nadi ini dengan nikmat iman dan Islam..hanya Allah swt yang Maha Tahu bahawa langkah kaki ini seringkali tersasar dari landasan-Nya..namun ampunan dan kasih-Nya tidak pernah kurang buat diri..


Ya..biar sebanyak mana kali pun kita pernah tersungkur..jatuh..namun jangan pernah putus asa untuk bangun..carilah Allah kembali..kerana Allah swt itu Maha Dekat dalam diri kita…keampunan Allah lebih besar daripada dosa2 kita..


“katakanlah ( wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri(dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah swt, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa;sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Az-Zumar 39;53)


Saat ini, hati dan jiwa sedang mengintai2 ruang & jalan yang boleh memberi kekuatan..tawa di bibir bukanlah gambaran segalanya..bicara yang dilafaz bukanlah bicara hati yang hakiki.. hanya Allah swt jua yang Maha Memahami segalanya.. kadang-kala jalan yang dilalui terasa sukar..hati ini menangis..rasa malu menghimpit diri.. malu untuk meminta & merayu kepada-Nya..hina diri bersalut dosa & noda tiada henti..


Pagi tadi..ustaz berbicara tentang sifat seorang mukmin.. ya Allah.. diri ini ternyata jauh dari-Mu..namun bait2 bicara ustaz seakan memujuk diri.. jangan putus asa dari istighfar... ya..diri ini amat mengharapkan redha  dari Illahi sebagai penawar bt hati tatkala tika sedang bermusafir di dunia yg sementara ini..


“Barang siapa bersyukur, sesungguhnya syukurnya itu untuk dirinya sendiri”..(An-Naml;40)
 

Diri ini masih lemah dlm mengenali makna syukur kepada-Nya yang sebenar…berikan hamba kekuatan Ya Rabbi...pimpin hamba ke jalan yang benar..lunakkan hati hamba hanya untuk mencintai-Mu..cukupkan hamba dengan takdir-Mu..

...Amin...

Rabu, 23 November 2011

Antara Ingat dan Tak Ingat..



  Seperti biasa blog ni akan update ringkas2 je. Sebab saya tahu ramai tak suka baca panjang2.
 
Ada seorang ulama bernama Syeikh Hamid al-Hallaf telah berkata:
"Orang yang sering mengingati akan mati, orang itu akan dimuliakan dengan tiga hal; iaitu orang itu akan segera untuk bertaubat atas segala dosa-dosanya. Orang itu akan menerima rezeki pemberian Allah SWT kepadanya seadanya serta bersyukur dengan apa yang dia ada. Orang itu juga insyaAllah akan diberi kekuatan dan kerajinan dalam beribadah."

"Orang yang lalai dalam mengingati akan kematian pula akan diseksa dengan tiga perkara; orang itu akan sering terlupa untuk bertaubat yakni tidak bersedia untuk bertaubat dan bertangguh-tangguh. Orang itu akan rasa tidak puas dengan apa yang dia ada dan tidak menerima rezeki pemberian Allah seadanya. Orang itu juga akan ditimpa penyakit malas untuk beribadah." 
[Ini bukan hadis, hanya kata-kata penuh hikmah seorang yang alim. saya dah cuba selidiki tentang ulama ni tapi tak berjumpa infonya. saya berminat nak tahu siapa ulama ini. sila tolong saya cari info tentang beliau ya. syukran]

Jadi kita tahu sekarang kenapa kita susah nak bertaubat, jenis tak bersyukur dan tak puas dengan apa yang kita dapat dan malas beribadah. Ya, inilah sebabnya. Kita ni jenis tak ingat kita akan mati bila-bila masa. Orang yang paling bijak adalah orang yang bersedia menghadapi mati dengan persediaan amalan dan ibadah yang baik. Orang yang menggapai satu tingkatan paling tinggi dalam masyarakatnya atau mempunyai IQ yang genius sekalipun tidak mampu menandingi orang yang ingat mati dan bersedia ke arah itu.


"...mungkin hari ini atau esok aku akan meninggal..Allah..persediaan tak cukup lagi..(T_T)"

Ahad, 20 November 2011

Masih dimanakah kita ??



Dimanakah kita??.Adakah kita??.. Bila siang kita sibuk dengan hal kita, bila malam kita masih sibuk dengan hal kita. Kadang-kadang hal siang membuatkan kita penat dan malamnya tertidur lena sampai ke pagi. Ulang sketsa yang sama setiap hari...
Astafirullahalazim..(T_T) 
  Ayuh! sama2 kita renungkan kata-kata Rabiatul Adawiyah:
"Telah menipu seseorang yang mendakwa cinta kepadaKu, 
tetapi apabila malam, mereka tidur dan meninggalkanKu; 
bukankah setiap kekasih rindu untuk bersendirian dengan kekasihnya?" 
al-Haddad, 1989

Ayuh! Bangun sedikit dari malam, bertahajjud dan menangislah puas-puas menangisi kesalahan diri. 
Hidup ni tak sentiasa indah. Hidup ni tak lama. Hari ni kita ada. Esok belum tentu.
Tanyalah diri, bermonologlah dgn diri, pujuklah hati kecil itu..
"Dunia ini hnya persinggahan,..perjalanan kita masih jauh, jgn kita leka dgn kesenangan yg kita kecapi di dunia, carilah bekalan yg secukupnya bt perjalanan yg bakal ditempohi ini utk smpai ke negeri abadi"...

Rabu, 9 November 2011


Bi idznillah..
Melangkah ke bilik guru,terlihat kata2 ini di meja seorang sahabat..

"..orang yang berilmu itu sentiasa menang dalam pergaulan kerana ia membiasakan dirinya:
  • Caci disambut dengan senyuman
  • Penghinaan ditangkis dengan lemah lembut
  • Kemarahan dibalas dengan diam
  • Kejahatan dibalas dengan kebaikan
Renungan diri pada kata2 ustaz Pahrol (adaptasi);
"...untuk menyelesaikan masalah insani, memerlukan hikmah(ilmu).Dan hikmah itu diperolehi dengan kekuatan hubungan dengan ALLAH.."

Selasa, 1 November 2011

BerMonolog Dengan Diri...

Cakap Dengan Diri sendiri...

Aku : Okay, azan sudah kedengaran. Masa untuk solat!
Syaitan : Eh, siapkan la kerja tu dulu! solat Asar boleh dibuat nanti nak masuk Maghrib, lambat lagi. Jangan buang masa la!
Aku : Hmm..… 
Syaitan : Belajarkan salah satu dari ibadah, jadi tak payah la bimbang ok? Mestilah Allah faham, tak gitu?
Aku : Tapi, jika ajal aku sampai sebelum aku sempat menunaikan solat, macam mana ye?
Syaitan: ….??
Aku : (Selepas selesai solat) Hmm.. aku rase nak berzikir n baca Mathurat la pulak..
Syaitan : Eh, tolong la jangan buang masa! Keje kau banyak kamu tahu tak?
Aku : Tapi.. ini  ayat2 cinta dr Allah, kalam Allah..
Syaitan : Betul tu.. jadi kenapa kamu nak buang masa lagi?  Tak berdosa la kalau tak buat!
Aku: Tapi Allah akan lebih sayang aku jika aku buat, kan?! :)

Kadang-kadang apa yang kita perlu adalah bicara yang jujur dengan diri sendiri, untuk membuat perkara yang baik, Insyaallah!..