Rabu, 24 Ogos 2011

Jika benar kau kasih & cintakan wanita itu !!

* WAHAI LELAKI.. *
Jika benar kau kasih & cintakan wanita itu :
•.♥• Bawalah dia ke jalan Allah
•.♥• Nasihatilah dia
•.♥• Perbetulkan kesilapannya
•.♥• Jagalah dia dgn baik
•.♥• Kasihanilah dia
•.♥• Lindungilah dia
•.♥• Berilah kasih syg padanya
•.♥• Hargailah dia
•.♥• Ucapkan terima kasih atas kelebihannya
•.♥• Bersabar dengannya
•.♥• Terimalah & cintailah kekurangannya
•.♥• Jadi IMAM terbaik & redhalah padanya

✿..moga dia menunggumu di SYURGA sebagai bidadarimu..amin..✿

Sabtu, 20 Ogos 2011

...Erti kerinduan...

 
..merindukan detik bersama kalian...
"Suapan pertama adalah untuk sahabat..."

kata2 yang hingga kini tidak akan dilupa sewaktu menjamah rezeki ALLAH..
Moga ALLAH berkati sahabat2 walau di mana pun kalian berada..

Jumaat, 19 Ogos 2011

Jom kenali para Ulama kita...

(Sheikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki)


Dilahirkan di Banjar, Kalimantan Selatan pada tanggal 1 september 1960 masihi. Beliau anak ketiga dari tujuh bersaudara. Belajar Al-Quran pada neneknya, ibu saudaranya, dan pada kakaknya yang sulung.

Pada tahun 1974, beliau sekeluarga telah berhijrah ke tanah suci Mekah dan meneruskan pendidikannya di Madrasah Shaulathiah hingga tahun 1982 dan mendapatkan nilai yang sangat memuaskan.

Disamping belajar secara formal, beliau menyempatkan diri mengikuti majlis pengajian secara tidak formal di Masjidil Haram dan dikediaman para guru. Beliau juga sering mencurahkan ilmunya pada para pelajar Indonesia. Banyak kitab-kitab yang telah diajarkan oleh beliau seperti; kitab Qatrunnada, Fathul Mu'in, Umdatus Salik, dan Bidayatul Hidayah.

Pada tahun !983, beliau melanjutkan pelajarannya ke Universiti Al-Azhar, Kaherah didalam fakulti Syariah. Kemudian, pada tahun 1990 beliau terus menyambung pengajiannya di Institut Pengajian Islam, Zamalik di Kaherah Mesir.


Setelah menamatkan pembelajarannya, beliau menumpahkan perhatiannya dalam mencurahkan ilmunya kepada ratusan pelajar Asia, (Indonesia, Malaysia, Singapura dan Thailand) yang menimba ilmu di Universiti Al-Azhar, sehingga beliau mendapat gelaran Al-Azharus Thani (Azhar kedua). Suatu gelaran yang terhormat dan tulus dari mahasiswa Universiti Al-Azhar.

Selain itu, beliau mengadakan kelas pengajian yang diberi nama "Majlis Al-Banjari Li Tafaquh Fid Din" yang dimulai tahun 1987 hingga 1998. Disamping mengajar, beliau aktif menulis buku agama berbahasa arab dan melayu. Buku bahasa arab yang ditulisnya banyak tersebar luas di timur tengah dan asia.

Diantara buku yang pernah ditulisnya:

Buku Bahasa Arab;
1- Al Ibrah Bi Ba'di Mu'jizati Khairul Bashar.
2- Ma'ah Auliya'i As solihin.
3- Nafaisyi Darar.
4- Adabul Musafahah.
5- Safarul Mar'ah.
6- dan lain-lain lagi.

Buku Bahasa Melayu;
1- Hukum wanita bermusafir.
2- Faedah Bank menurut pandangan Islam.
3- Persoalan Haid, Nifas dan Istihadah.
4- Pandangan Ulama' tentang pemindahan anggota badan.

Beliau juga telah mengarang, mentahqiq serta mensyarah lebih dari 100 buku. Beberapa karyanya kini banyak dijadikan rujukan di beberapa perguruan tinggi, termasuk kitab beliau "Qawa'id Fiqhiyyah" yang kini digunakan sebagai salah satu rujukan di Fakulti Syariah, di beberapa Universiti di Malaysia.

Kini beliau telah membina beberapa madrasah dan tempat pengajian. Antaranya ialah: Ma'had Tarbiah Islamiah (Malaysia) dan Ma'had Az Zain Al Makki Li Tafaquh Fid Din (Bogor, Indonesia)

Beliau adalah seorang Ulama' yang disegani. Seorang Ulama' yang wara' dan berjiwa besar dalam menyampaikan Ilmu-ilmu ALLAH SWT..


Dengan menyayangi golongan Ulama, maka secara x langsung kita menyayangi golongan para2 Nabi n para2 Rasul kita..Golongan Ulama merupakan penyambung tugas dakwah Nabi SAW n Para2 Rasul Kita...

Sayang Allah, Sayang Nabi, sayang Rasul, sayang Ulama, sayang Ibubapa,isteri, kluarga,sahabat2 dll...

Kisah Seorang Kanak-Kanak Lelaki Buta ..

kanak-kanak buta


Ada seorang budak lelaki yang buta duduk ditepi tangga sebuah bangunan, dan ada sebuah topi dikakinya. Beliau memegang sebuah tanda yang bertulis: “Saya buta, tolonglah.”
Terdapat hanya beberapa keping duit syiling dalam topi.

Tiba – tiba ada seorang lelaki sedang berjalan kearah pengemis buta itu. Beliau mengambil beberapa keping duit syiling dari poketnya dan menjatuhkannya ke dalam topi itu. Beliau kemudian mengambil tanda tersebut, berpaling sekeliling, dan menulis beberapa perkataan. Dia meletakkan tanda itu kembali supaya setiap orang yang berjalan melalui tempat itu akan melihat kata-kata baru pada tanda tersebut.

Tidak lama kemudian, topi itu mula terisi. Banyak orang telah memberikan wang kepada budak lelaki buta itu. Petang itu, lelaki yang tadinya telah mengubah tanda tersebut  datang untuk melihat perkembangan budak lelaki buta tersebut. Kanak-kanak buta tersebut yang mengecam bunyi jejak langkah lelaki itu bertanya, “Adakah anda yang mengubah tanda saya pagi ini? Apa yang anda tulis? “
Lelaki itu berkata, Saya hanya menulis kebenaran. Saya berkata, apa yang kamu katakan tetapi dalam cara yang berbeza.”

Apa yang dia telah tulis: Hari ini adalah hari yang indah dan saya tidak boleh melihat.”
Adakah anda berfikir tanda pertama dan tanda kedua berkata perkara yang sama?
Sudah tentu kedua-dua tanda tersebut memberitahu orang bahawa budak lelaki itu buta. Tetapi tanda pertama hanya berkata kanak-kanak itu buta. Tanda kedua memberitahu orang ramai mereka begitu bernasib baik bahawa mereka tidak buta.
Kenapa tanda kedua yang lebih berkesan?
“Dan Dialah jua yang mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.” [surah Al-Mu’minun; 78]

Isnin, 15 Ogos 2011

Puasa Bukan Alasannya..


Perang Badar, antara peperangan terpenting dalam sejarah Umat Islam, 313 orang Islam yang beriman menewaskan lebih dari 1000 orang Musyrikin Mekah. Apa yang istimewa lagi, ia berlaku pada 17 Ramadhan.

Ya, dalam bulan Ramadhan, bulan puasa.



Alasan dan alasan

Ramai diantara kita menjadi puasa sebagai alasan untuk merencatkan sesuatu aktiviti. Buat itu tak mahu, buat ini tak boleh. Kadang – kadang pergi kuliah pun tidak mahu. Semuanya membuat muka lembik dan tidak bermaya.

“Tak larat lah bro bulan puasa ni..”

“Puasa ini, aku takde tenaga la.. tak mampu..”

Adakah wajar kita menjadikan bulan puasa ini sebagai alasan untuk menidakkan segala aktiviti kita?


Kenapa Bulan Ramadhan yang mulia ini telah di “kambing hitamkan” oleh kita?

Pokoknya, ayat tidak mampu adalah akar utama dalam jambangan alasan tersebut.

Kenapa orang suka cakap tak mampu?


Sebab Allah ada sebut: “”Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya…” Surah Al-Baqarah ayat 286. Jadi, dengan menyangka bahawa diri kita menyatakan alasan ‘tidak mampu’, maka taklif itu terangkat daripada kita.

Begitukah? Sebab itu, perkataan tidak mampu agak popular.



Sebenarnya hanyalah “nak atau tak nak je”

Benteng yang menjadi pemisah antara kecemerlangan dunia akhirat seseorang, dengan kegagalan mereka, adalah benteng bernama: “Nak ke tak nak?”

Kalau kita nak dan yakin, alasan “puasa” tidak menjadi penghalang sebenarnya. Asal kita meniupkan semangat dalam jiwa kita. Bila kita bersemangat, kita boleh buat. Lihatlah contoh peristiwa perang Badar, orang – orang yang beriman berjaya meniup semangat dalam diri mereka, mereka nak,  sehingga mereka berjaya menewaskan orang kafir.

Bayangkan, 313 orang Mukmin menewaskan 1000 orang kafir dalam keadaan berpuasa.

Mereka tidak pernah memberi alasan tak mahu berperang kerana “puasa”

Kita? hanya mahu tidur sepanjang masa di bulan Ramadhan.. =.=”



Penutup: kita terlalu memanjakan diri

Orang kata, kalau nak dapat pingat emas dalam apa-apa acara sukan, maka kenalah training habis-habisan. Penat adalah perkara wajib. Letih adalah yang mesti dilalui. Susah adalah teman. Sakit-sakit sendi, sengal-sengal otot adalah sahabat karib.

Agak-agak, nak capai Syurga Allah SWT yang tidak pernah mampu dibayangkan oleh akal manusia biasa ini, bagaimana?


Pastinya ada kepayahan. Ada kesukaran. Pastinya memerlukan tolakan dan paksaan. Tambahan, syurga dipagari oleh perkara-perkara yang dibenci oleh nafsu kita. Lebih keraslah kita perlu bermujahadah.

Namun, perjalanan yang sukar itu, berada dalam kemampuan kita sebenarnya
Allah sentiasa menolong hambaNya yang bertaqwa disamping keikhlasan berjuang keranaNya. Tinggal kita sahaja yang perlu mengikhlaskan diri dan membuang segala alasan dalam diri kita.
Mari kita muhasabah kembali.. :)

Sabtu, 13 Ogos 2011

Mari Bersedekah! ..(^___^)

sedekah
“Sedekah yang paling afdhal (baik) adalah sedekah yang dikeluarkan dalam bulan Ramadan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Ramadhan terkenal dengan gelaran: “Musim Bunga Orang Beriman”. Kenapa musim bunga? kerana orang – orang beriman bergembira menyambut Ramadhan dengan melipatgandakan amalan mereka. Kedatangan bulan Ramadhan setiap tahun tidak henti menjadi penghibur hati orang mukmin. Bagaimana tidak, beribu keutamaan ditawarkan di bulan ini.

Tetapi bagaimana mereka yang tidak dapat berpuasa dan beribadah (Wanita yang datang haid dan uzur yang lain) di bulan yang penuh berkat ini, untuk sama – sama meraih pahala?
Jawapannya adalah sedekah.

Salah satu pintu yang dibuka oleh Allah untuk meraih keuntungan besar dari bulan Ramadhan adalah melalui sedekah. Islam sering menganjurkan umatnya untuk banyak bersedekah. Dan bulan Ramadhan, amalan ini menjadi lebih dianjurkan lagi. Dan demikianlah sepatutnya akhlak seorang mukmin, iaitu dermawan.


Antara adab – adab bersedekah adalah :

1. Tangan di atas memberi lebih baik daripada tangan di bawah (menerima)

2. Ikhlas dalam bersedekah wajib mengikhlaskan sedekah hanya kerana Allah dan demi mendapatkan keredhaan-Nya. Sedekah dengan menunjuk-nunjuk dan berbangga diri menyebabkan kerugian di Akhirat kelak
3. Mendahulukan sedekah yang wajib sebagaimana yang disebut dalam hadis Qudsi yang bermaksud: “…dan tidaklah seorang hamba mendekatkan diri kepada-ku dengan sesuatu yang lebih Aku sukai daripada apa – apa yang aku telah Aku wajibkan keatasnya..” (Riwaya t Al-Bukhari)

4. Tidak boleh menunda untuk membayar sedekah (zakat) yang wajib tanpa adanya keuzuran

5. Sedekah atau zakat yang dikeluarkan hendaklah dipastikan diberikan kepada mereka yang benar – benar memerlukan seperti orang miskin, anak – anak yatim, janda dan sebagainya. Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya zakat hanya untuk orang fakir, miskin, pengurus-pengurus zakat, para mualaf, hamba untuk dimerdekakan, yang berhutang, yang berjuang dijalan Allah dan orang yang bermusafir.” (surah al-Tawbah 9: 60)

6. Bersedekah dengan harta yang halal antara sebab sedekah tersebut diterima oleh Allah dan membuahkan hasil

7. Tidak mengungkit – ungkit sedekahnya Sebagai mana firman Allah “Wahai orang – orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan pahala sedekah mu dengan menyebut-menyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima)..” (Surah al-Baqarah 2: 264)

8. Wajib keatas pemberi sedekah merenung nikmat Allah S.W.T ke atas dirinya kerana Allah memberikan rezeki yang lebih

9. Mendahulukan sedekah kepada waris terdekat “Sedekahlah kepada orang miskin (mendapat satu pahala), sedangkan sedekah kepada kaum kerabat mendapat dua pahala iaitu pahala sedekah dan pahala silaturrahim.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

10. Jangan buruk sikuTidak harus seseorang mengambil kembali sedekahnya daripada orang yang menerimanya. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “Perumpamaan orang yang bersedekah kemudian dia mengambil kembali sedekahnya, seperti anjing yang memuntahkan sesuatu kemudian ia menjilat muntahnya untuk memakannya kembali.” (Riwayat Muslim)

Sedekah jariah yang diberikan dengan ikhlas semata-mata kerana Allah adalah salah satu saham akhirat yang akan mengalir terus pahalanya walaupun ia telah kembali menemui Allah SWT di alam Barzakh.
Kekayaan sebenar bukanlah kerana banyak ‘memiliki’ tetapi kerana banyak ‘memberi’.

Maka bersedekahlah!

Jumaat, 12 Ogos 2011

Ingin bersama ALLAH...?

...maka perbanyakkanlah menyebut nama ALLAH..




Sabda Rasulullah saw: ALLAH SWT berfirman, "Aku bersama hamba-hambaKu tika ia mengingatKU dan bergetar bibirnya menyebut NamaKU.."(Hr Bukhari)

Khamis, 11 Ogos 2011

Puasa Gaya Rasulullah S.A.W



Sahabat yang dihormati Allah, Ramadhan yang kita nanti-nantikan telah tiba untuk sekali lagi kita berada di dalamnya. Ini tanda Allah masih sayang kepada hamba-hambanya dengan memberi sekali lagi peluang untuk kita bertemu dengan bulan yang penuh keberkatan ini. Berpuasa adalah aktiviti terpenting dalam bulan ini.

Persoalannya; bagaimana tips-tips yang diajar oleh Rasulullah s.a.w untuk puasa kita dinilai tinggi oleh Allah? Mari kita telusuri satu persatu.



Rasulullah S.A.W Bersahur
Rasulullah menganjurkan kita untuk bersahur sebelum aktiviti menahan diri dari makan dan minum di siang hari dimulakan. Bagaimana Rasulullah s.a.w bersahur? Bersahur bukanlah dilakukan ditengah malam, tetapi ia dilakukan di awal pagi, iaitu waktu yang sangat hampir dengan waktu solat subuh. Bersahur juga memberi kesegaran untuk kita menghabiskan hari siang kita dengan berpuasa.
Dari Anas Bin Malik r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: Bersahurlah kerana pada sahur itu terdapat keberkatan.(HR: al-Bukhari)
Rasulullah s.a.w juga menekankan kepada kita untuk bangun bersahur kerana ia adalah salah satu dari cirri-ciri bersahur orang Islam. Sabdanya: bermaksud: Perbezaan antara puasa kami dengan puasa ahlu al-Kitab adalah makan sahur (HR: Muslim)


Rasulullah Menyegerakan Berbuka 
Tidak melewat-lewatkan berbuka puasa adalah salah satu tips berpuasa yang di ajar oleh Rasulullah. Ini kerana, perbuatan itu sangat mendatangkan kebaikan untuk mereka yang menahan diri dari makan dan minum.
 Manusia itu akan terus berada dalam kebaikan selagi mana dia menyegerakan berbuka puasa.(al-Bukhari & Muslim)
Perbuatan melambat-lambatkan berbuka puasa adalah salah satu perbuatan yang dilarang oleh Rasulullah s.a.w. Masyarakat kita sering melihat perkara ini sebagai satu isu remeh. Apa yang terjadi dalam rata-rata masyarakat kita di Malaysia, ketika masuknya waktu solat maghrib (waktu untuk berbuka puasa), mereka masih lagi berada di bazaar-bazar ramadhan untuk membeli juadah mereka.

Penjual juga masih lagi melayan pelanggan tanpa terus berbuka walaupun azan maghrib telah berkumandang. Ibu-ibu di rumah pula masih berada di dapur menyiapkan juadah berbuka puasa ketika azan maghrib bergema. Ini kerana melewat-lewatkan berbuka puasa adalah amalan Yahudi dan Kristian.

Persiapan seharusnya dilakukan dengan segera agar seruan Rasulullah s.a.w untuk kebaikan umatnya dapat diamalkan sebaiknya. Rasulullah telah bersabda di dalam satu hadithnya yang dilaporkan oleh Abu Daud & Ibn Majah yang sanadnya berstatus hasan seperti yang dinilai oleh al-Albani r.h yang bermaksud:
Agama ini akan sentiasa zahir (jelas) selagi mana umatnya menyegerakan berbuka puasa, ini kerana orang-orang Yahudi dan Kristian, mereka melewat-lewatkannya.

Berbuka dengan beberapa biji kurma 
Antara kaedah yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w adalah memulakan memakan beberapa biji kurma basah ketika berbuka puasa. Ini untuk memudahkan dirinya bersolat dalam keadaan tidak terlalu kenyang. Pernah diriwayatkan dari Anas Bin Malik, seperti yang dilaporkan oleh Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi yang bermaksud:
Rasulullah s.a.w apabila baginda berbuka puasa, baginda berbuka dengan beberapa biji kurma basah sebelum solat. Jika tiada kurma basah, baginda berbuka dgn kurma kering. Jika tiada kurma kering, baginda berbuka dengan beberapa teguk air. 
Ini adalah sunnah Rasulullah s.a.w. Ramai diantara kita yang sering meninggalkan sunnah ini. Mereka menyegerakan berbuka puasa serta makan dan minum sehingga kekenyangan lalu melewatkan bersolat maghrib. Rasulullah makan dengan beberapa biji kurma, kemudian bersolat. Apabila Rasulullah s.a.w terasa lapar, Rasulullah s.a.w makan selepas baginda solat.


Tidur Qailulah
Nabi s.a.w mengajarkan kepada kita agar sentiasa cergas ketika berpuasa di siang hari dan bersemangat melakukan amal ibadat di malamnya. Antara kaedah yang diajar oleh Rasulullah s.a.w adalah dengan tidur sebentar sebelum solat zohor, perbuatan itu dinamakan dengan Qailulah. Ini untuk memudahkan kita bangun di waktu malam mengerjakan amal ibadat.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Dari Ibnu Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w telah bersabda;
Carilah kekuatan melalui sahur untuk puasa keesokan hari dan melalui Qailulah (tidur sekejap sebelum Zohor) untuk mendirikan ibadah malam.
Apa yang terjadi hari ini pada sesetengah masyarakat kita, mereka tidak menerapkan sunnah ini bahkan perbuatan mereka menyalahi sunnah ini. Mereka terutama anak-anak muda menghabiskan waktu siangnya dengan tidur sepanjang hari dan hanya bangun untuk berbuka puasa sahaja. Berpuasa bukanlah bulan tidur kerana keletihan. Puasa adalah bulan untuk melakukan seberapa banyak amalan sunnah kerana padanya pahala dilipatgandakan.

Menjaga Lidah
Terlalu rugi jika kita berpuasa, tetapi tidak mendapat sedikit pahala dari amalan tersebut. Akibatnya, kita hanya mendapat lapar dan dahaga. Antara faktor berlaku kerugian rohani tersebut adalah kerana tidak menjaga lidah. Mengumpat, mencaci, mengeluarkan kata-kata kesat dan lucah, mengadu domba, banyak bercakap, berbohong, menyanyi lagu-lagu yang lagha juga dilakukan ketika berpuasa.

Umumnya perbuatan ini adalah perbuatan haram untuk dilakukan walaupun bukan pada bulan Ramadhan. Rasulullah s.a.w bersabda dalam sepotong hadis yang diriwayat oleh Ahmad dan al-Tabarani yang bermaksud:
Ramai orang puasa, tetapi balasannya hanya lapar dan dahaga (tiada pahala) dan ramai orang berjaga malam (beribadah) balasannya hanyalah mengantuk (tiada pahala)
Rasulullah s.a.w bersabda lagi dalam sebuah hadis yang dilaporkan oleh Imam al-Bukhari yang bermaksud:
Apabila seseorang daripada kamu berada dalam hari puasa, maka janganlah ia memaki dan mengherdik orang lain. Andainya ia dicela oleh seseorang atau dimusuhi, hendaklah ia berkata “Saya berpuasa”.
Memberi Makan Orang Yang Berpuasa
Antara amalan dan tips yang ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w untuk meningkat neraca kita adalah dengan cara menginfaqkan sedikit harta dengan menyediakan juadah berbuka puasa untuk mereka-mereka yang berpuasa. Terlalu besar ganjarannya seperti yang diberitahu Rasulullah
 Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa (untuk berbuka puasa), dia akan mendapat balasan pahala yang sama seperti pahala orang yang berpuasa itu tanpa dikurangkan sedikitpun daripadanya (Tirmidzi dan Ibn Majah)
Adalah sunnah mereka yang dijemput untuk berbuka puasa mendoakan orang yang menjemput dengan doa-doa yang baik setelah selesai berbuka puasa.


Doa Ketika Berbuka Puasa
Berdoa ketika berbuka puasa adalah mustajab. Kita digalakkan untuk berdoa apa sahaja yang kita ingini ketika menunggu waktu tersebut. Rasulullah s.a.w bersabda
 Tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka: Pemimpin yang adil, Orang yang berpuasa sehingga dia berbuka, dan doa mereka yang dizalimi. (Tirmidzi, Ibn Majah dan Ibn Hibban)
Rasulullah s.a.w juga mengajarkan cara berdoa ketika berbuka puasa. Berikut adalah doa yang baik untuk dibacakan oleh kita sebagai memenuhi tuntutan ittiba’ al-Sunnah. Imam al-Darulqutni menilai sanad hadis ini sebagai hasan. Doa tersebut adalah:

ذهب الظماء وابتلت العروق وثبت الأجر إن شاء الله تعالى

Bermaksud: Telah hilang kehausan, telah basah urat-urat dan telah ditetapkan pahala-pahala insyaAllah.

Marilah sama-sama kita berpuasa sepertimana puasanya Rasulullah s.a.w dan para sahabat yang mulia. Semoga puasa kita pada tahun ini mampu mengubah dimensi hidup kita yang bercerminkan sunnah Rasulullah dalam beribadat. Perbanyakkanlah membaca al-Quran dan berzikir, nasihat menasihati serta berdakwah kepada Islam. Jadikan ramadhan kali ini penuh makna untuk diri kita dan masyarakat. Wallahu A’lam.

Isnin, 8 Ogos 2011

11 Golongan Manusia yg Didoakan Malaikat ...

PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan.

Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan. Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat. Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’”


akuislam.com
3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.” 

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah:Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.” 

5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca Al-Fatihah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.” 

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.” 

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. “Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?” Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’ “

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”


akuislam.com
9. Orang yang membelanjakan harta (infak). Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’”


10. Orang yang sedang makan sahur. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.” 

11. Orang yang sedang melawat orang sakit. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”

akuislam.com

Saat Yang Paling Bahagia ...




Seorang Isteri bertanya kepada suaminya, “Apakah saat paling bahagia didalam hidup abang? “

Suaminya memandang muka isteri dan berkata ” Saat itu belum terjadi lagi.. “

Si Isteri terdiam sejenak.

Kemudian dia bertanya lagi, “Dan bila saat itu akan terjadi?”

Suaminya berkata : “Saat itu adalah hari dimana awak membuka pintu dan berkata kepada saya ‘Abang, Assalamu Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh’ didalam rumah kita di Syurga..”

Sabtu, 6 Ogos 2011

Jadilah Seorang Lelaki Yang..



Jadilah seorang lelaki yang beriman,
Yang hatinya disalut rasa taqwa kepada Allah,
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam,
Yang sentiasa haus dengan ilmu,
Yang sentiasa dahaga akan pahala,
Yang solatnya adalah maruah dirinya,
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar,
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu,
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah.

Jadilah seorang lelaki,

Yang menjaga tutur katanya,

Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,

Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya,

Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang,

Yang mempunyai kawan dan tidak mempunyai musuh.

 
Jadilah seorang lelaki,
Yang menghormati ibu bapanya,

Yang sentiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga,

Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga,

Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam,

Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan,

Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat.

 
Jadilah seorang lelaki,
Yang sentiasa bersedia untuk menjadi imam,

Yang hidup di bawah naungan al-Quran dan mencontohi sifat-sifat Rasulullah,

Yang boleh diajak berbincang dan berbicara,

Yang menjaga matanya dari berbelanja,

Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya.

 
Jadilah seorang lelaki,
Yang tidak pernah membazirkan masa,

Matanya kepenatan kerana membaca al-Quran,

Suaranya lesu kerana penat berzikir,

Tidurnya lena dengan cahaya keimanan,

Bangunnya Subuh penuh kecerdasan,

Kerana sehari lagi usianya bertambah kematangan.

 
Jadilah seorang lelaki,
Yang sentiasa mengingati mati,

Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat,

Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga,

Agar berputik tunas yang bakal menjaga baka yang baik,

Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian.

Jadilah seorang lelaki,
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia,
Kerana dia mengimpikan syurga Allah.

Selasa, 2 Ogos 2011

Prep Ramadhan: Seni Untuk Cemerlang Di Bulan Ramadhan

ramadhan



10 Tip untuk Mencapai Kecemerlangan Dalam Ramadhan

1.Laparkan Kejayaan : apa-apa pun target anda pada diri sendiri, anda akan mencapai sekurang-kurangnya 80% daripada target anda itu. Jangan jadikan kegagalan sebagai pilihan anda pada Ramadhan kali ini, tanamkan keinginan dan laparkan kejayaan



2.Tetapkan Matlamat : Apabila kita menetapakan matlamat kita pada Ramadhan kali ini, tetapkan matlamat yang tinggi! Allah S.W.T telah menetapkan matlamat yang tinggi kepada kita semua, iaitu Syurga Firdaus, Insyaallah. Kita tidak boleh hanya menetapkan matlamat, tetapi berusaha untuk mencapainya.

3.Bina Keyakinan Pada Ramadhan Ini : Jangan mendengar kepada mereka yang cuba menjatuhkan atau mengkritik terhadap perubahan yang cuba anda lakukan. Juga jangan membiarkan diri anda jatuh atau kecewa pada diri sendiri, jika anda gagal untuk mencapai matlamat jangka pendek.

4. Buat Apa Yang Kita Suka Buat: pilih amalan yang paling gemar kita lakukan dan tingkatkan ia pada Ramadhan kali ini. Samada membaca Al-Quran, memasak/memberi makan, Qiamulail atau Bertahmid dan berzikir memuji tuhan. Lakukan amalan ini lebih dibulan Ramadhan. Nabi Muhamad S.A.W mahukan amalan ini berterusan walaupun ia kecil.

5. Kaji Kejayaan: Bukan hanya sekadar mengkaji, tetapi belajar daripada mereka yang lebih berilmu. Ia akan merangsang dan memotivasikan untuk kita menjadi lebih baik. Contoh terbaik adalah Nabi Muhamad S.A.W dan para sahabat. Baca kisah tentang mereka, insyaallah kehebatan dan kecekalan mereka akan memotivasikan kita.

6. Bersahabat Dengan Orang Cemerlang: Tidak dinafikan bahawa orang yang bergaul dengan kita akan mempengaruhi diri kita samada untuk menjadi baik mahupun buruk. Jika kita ingin berjaya, berkawanlah dengan orang berjaya. Tabiat baik mereka akan berjangkit kepada kita dan Insyallah ia akan memotivasikan kita dengan lebih baik lagi

7. Berusaha Sehabis Daya: Mengambil serius tentang pencapaian kita dan menjadikan mereka sebagai keutamaan. Insyaallah pada Ramadhan kali ini kita cuba untuk lebih fokus pada perubahan yang ingin kita lakukan, kerana kita tidak tahu mungkin ini adalah Ramadhan yang terakhir buat kita.

8. Bersedia Mengubah Rancangan : lazimnya jadual harian kita akan berubah semasa bulan Ramadhan. Sekurang-kurangnya cuba untuk mengubahnya dan hindari tabiat lama kerana ini adalah bulan untuk perubahan. Ia bermaksud bukanlah kita harus mengubah rutin harian semuanya sekali, tetapi menyesuaikan rutin itu mengikut kesesuaian dan keselesaan kita. Juga, jangan buat perkara yang mundur ke belakang atau memadatkan rutin harian kita kerana tiada siapa yang dapat menjangka bila hal kecemasan boleh berlaku

9.Ingatkan Diri Kita Tentang Hakikat Kejayaan Yang  Kita Capai : Ini ada beberapa cara. Antaranya adalah dengan pergi kepada seseorang yang boleh sentiasa mengigatkan kita, atau kita boleh mengingatkan diri kita sendiri. Ingatkan diri kita tentang amalan kita pada bulan ini dan kita mungkin tidak berpeluang seperti ini lagi.

10.Jangan Berputus Asa : Syaitan sentiasa membuatkan kita berputus asa atas perkara yang baik, tetapi pada bulan ini, syaitan dibelenggu. Oleh itu, Kita hanya bertarung dengan diri sendiri – Jangan anggap kita tidak mampu lakukan! Jika kita seorang yang beriman kepada Allah, jangan berputus asa, Berbuatlah perkara baik sehingga ke hujung bulan Ramadhan, walaupun mungkin kita penat seketika, tetapi jangan berputus asa!

Semoga Allah  SWT memberi keampunan kepada kita, insyaAllah..moga2 dijadikan Ramadhan kali ni penuh dengan Rahmat dan Kenikmatan dalam beribadah serta moga2  Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yg paling baik n produktif untuk diri kita! 

Amin..

Isnin, 1 Ogos 2011

Jemputan ALLAH...*Ramadhan Kareem*

Sabda Radulullah saw:
Wahai sekalian manusia. Telah datang kepada kamu Ramadhan. Bulan yang penuh keberkatan. Bulan yang difardhukan ke atas kamu oleh Allah ‘Azza wa Jalla puasanya. Di bulan itu pintu Syurga dibuka, pintu neraka Jahim ditutup dan para Syaitan dirantai. Padanya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Barangsiapa yang terlepas peluang meraih rahmat ini, maka sesungguhnya dia itu hakikatnya diharamkan dari rahmat Allah... [Hadith riwayat al-Nasaai]
 
6.00 pm:
…bersama keluarga tersayang membersihkan kawasan rumah…
Cuti yang ada cuba untuk dimanfaatkam sebaik mungkin untuk bersama ahli keluarga.Tekad di hati, biarlah kepulangan ku  ini dapat menggembirakan hati ma,abah dan ahli keluarga yang lain..
Hilir angin yang ada terasa memberi kesan pada hati..
“ma..angin ramadhan ni…=) Kita banyakkan amal dan doa ya ma..ma tolong dokan anak2 ma dan keluarga deh. InsyaALLAH doa ma,doa ibu dekat dengan ALLAH..

Kita sudah berada di ambang pintu,
sudah mulai tercium bau Ramadhan, insya`ALLAH,
mudah²an disampaikan umur kita ke bulan Ramadhan…"
- Hubabah Halimah al-`Aydrus

Buat semua saudara dan sahabat yang dikasihi..
Salam ramdhan..
Mohon maaf atas khilaf yang ada..Bukanlah kerana ramadhan maaf ini diucapkan,namun kerana menyedari hamba Allah yang lemah ini sentiasa berada dalam kekhilafan yang mungkin tidak disedari.. Moga tiada perkara yang menghalang untuk kita semua sampai pada ALLAH..
Semoga madrasah ramadhan kali ini dapat memberi kesan yang lebih baik pada jiwa kita semua,jiwa seorang hamba.. InsyaALLAH..

Khutbah Rasululullah SAW di Hari Terakhir Bulan Sya’ban


Wahai para manusia..
Telah menyelubungi kalian bulan yang agung, bulan yang dilimpahi Keberkahan yang padanya terdapat suatu malam yang lebih mulia dari seribu bulan, Allah jadikan puasa padanya kewajiban, dan solat malamnya sunnah, Barangsiapa yang beramal (dibulan itu) dengan amal yang sunnah maka baginya pahala seakan melakukan ibadah yang fardhu, Barangsiapa mengamalkan amal yang fardhu maka seakan menjalankan 70 hal yang fardhu dibulan yang lain,Dia adalah (ramadhan) Bulan kesabaran, dan balasan sabar adalah syurga, Dialah bulan saling tolong menolong, Ditambahkan (oleh Allah) padanya rezeki orang-orang mukmin. Barangsiapa yang menjamu makan orang yang berpuasa maka baginya pengampunan atas dosa-dosanya dan pembebasan dari neraka, dan ia mendapat pahala puasa seperti orang itu tanpa dikurangkan..
Maka berkatalah sebagian dari mereka : “tidak semua dari kami mempunyai rezeki menjamu orang berbuka puasa”
maka Rasulullah saw menjawab : “Allah tetap memberikan pahala itu walaupun hanya dengan sebutir kurma atau segelas air. Dialah bulan yang pada awalnya Rahmat (Kasih Sayang Allah), dan pertengahannya Pengampunan, dan akhirnya adalah pembebasan dari neraka, Barangsiapa yang memberi keringanan pada budaknya (atau pembantunya) maka diampuni dosa-dosanya dan baginya pembebasan dari neraka.

Maka perbanyaklah empat hal, yang dua hal adalah keredhaan Tuhanmu dan yang dua lainnya adalah tiada kemampuan kalian mendapatkannya (Allah yang memiliki), Dua hal yang pertama adalah syahadat bahwa tiada Tuhan selain Allah, dan yang kedua adalah kalian beristighfar pada Nya, Dan dua hal yang bukan milik kalian adalah mintalah syurga dan berlindunglah padanya dari neraka, Barangsiapa yang memberi minum untuk berbuka orang yang berpuasa di bulan itu maka Allah akan memberinya minum dari telagaku hingga tak akan ia haus hingga ia sampai ke syurga” (Shahih Ibn Khuzaimah hadits no.1887).